IMBAS KEMBALI PERISTIWA PENGKHIANATAN DI PERAK TAHUN 2009 DENGAN PENGKHIANATAN TAHUN 2020



SEMUA GAMBAR ASAL ADALAH DARI WRLR YANG BERTUGAS SEBAGAI WARTAWAN SUARA KEADILAN


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, pokok, tumbuhan, malam, jambatan dan luar


Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri, orang ramai dan luar

Apabila kerajaan PH tumbang angkara perbuatan belot dan khianat, puak-puak  pengkhianat dan sekutunya menjual nama Istana. Agong tidak boleh dilibatkan dengan perbuatan khianat. Bahkan, Agong tidak akan ambil tahu mana-mana pemimpin di dalam parti yang melakukan khianat kepada parti mereka atau khianat kepada mandat rakyat. Istana bukan orang politik.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri


Tahun 2009, sewaktu kerajaan PR Perak di mana MB nya dari pas iaitu YB Nizar jatuh kerana dua adun PKR dan satu adun DAP khianat, maka umno jadi MB perak yang baru. Ketika itu pas kata itu satu perbuatan khianat kerana mandat rakyat adalah untuk PR perintah Perak bukan Umno/Bn.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai dan luar

Ulamak-ulamak Pas buat solat hajat dan melaknat perbuatan khianat tersebut, shinggakan ahli-ahli Pas berbaring di atas jalanraya depan istana untuk menghalang angkat sumpah MB perak yang baru. Sultan Perak akhirnya akui YB Zamri dari umno untuk jadi MB perak.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai, langit dan luar

 Pas tidak iktiraf MB perak ketika itu hinggakan speaker dun Perak diusung keluar dari dewan. Wakil-wakil rakyat Pas, PKR dan DAP buat sidang dun bawah pokok kerana tidak iktiraf kerajaan yang dirampas. Pemimpin Pas kata gaji MB Perak itu haram kerana dapat kuasa tanpa mandat rakyat. Itu sejarah Pas di perak.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalam
Apa bezanya dengan kejatuhan kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat? Situasinya sama iaitu khianat. Tiba-tiba kali ini Pas juga bersubahat dengan Muhyidin, Umno untuk melakukan khianat sepertimana yang berlaku kepada Nizar di Perak dulu.
Imej mungkin mengandungi: api
Apakah hukum berubah? Bila Pas rugi, kerajaan Pas jatuh, hukumnya haram merampas mandat rakyat. Tapi bila mnguntungkan Pas di mana Pas boleh jadi kerajaan dan menteri, hukumnya boleh pula?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luar
Allahu akbar...aku berlindung dari puak-puak yang menjual agama mereka demi kepentingan politik.

WFAUZDIN NS



No comments: