BERTAUBATLAH DARI MEMBURUK DAN MEMFITNAH



Kalau benarlah surat yang tersebar dalam bahasa Arab,Usaha haji Hadi melobi gerakan Islam Dunia dengan mengangkat kerajaan tebuk atapnya sebagai gerakan Islah..  حركة الإصلاح gerakan reformasi, bukannya الإنقلاب - kudeta. mengejutkan aku baca teks Surat tersebut..

Tanpa rasa malu..Lepas tu dia fitnah pulak PH dan Ds Anwar dapat sokongan/bantuan بمساندة US, Singapore,Eropah dan Zionis.. Kalau betul kitu surat rasmi, maka benarlagh Haji Hadi ini sebenar benar Ulama Jahat akhir Zaman ini.. Allah cuma memerlihatkan kita kejahatan hadi dia akhir usia dia,,

Sifat Ashabiyah,Takfiri dan Kebencian kesumat dihati haji Hadi telah merosakkan diri dia sendiri.. Malah sebelum ini bila lihat dalam video secara terbuka dia mengfitnah Ds Anwar tanpa rasa bersalah..bagaimana pula perangai dia menghasut rang lain ketika bertemu secara peribadi dengan kelompok lain..

Bukan kali pertama.. hatta ketika penubuhan Amanah, Penipuan dari mulut Haji Hadi ini pernah disebarkan ke Malaysia seolah olah Yusuf Qaradawi menfatwakan haram menubuhkan Amanah dengan melabelkan Yusuf Qaradawi sebagai Pekak..

Benarlah kata Sheikh Said ramadhan Al Bhuti, "

"Bila Kebencian telah mengakar di hati.. Bersedialah kehilangan Akal yang sihat(Kewarasan),,,"

Itu lah yang sifat yang menyesatkan Iblis biarpun dalam setengah riwayat sebelumnya merupakan makhluk Allah yang beribadah beribu tahun lamanya(Al-A'abid)..

Benarllah kata Tok Guru Nik Aziz.. Mereka ini Boneka UMNO..Sebagaimana ISIS dan Al-Qaeda yang menjadi boneka US dan Israel menghancurkan Negara Ummat Islam .dengan membawa slogan slogan Agama dan Daulah Islam..Inilah gambaran Khawarij..

Inilah gambaran Nabi akan kelompok ruwaibidhah yang mucul di akhir Zaman.. antara sifat mereka..

.
؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ..

" Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta"

bagaimana dikatakan si Hj Hadi ini sebagai watak pendamai..Biarpun belum dilantik secara rasmi sebagai rasmi sudah mula menghasut.. Dr Wan Azizah, Ds Anwar biarpun teruk dikhianati..Bila mereka dipuncak kuasa,Biarpun ada hubungan baik dengan Sheikh Yusuf Qaradawi pun tidak pernah memburukkan haji Hadi walaupun Haji Hadi jelas datang dari kelompok Khianat dan jahat..

Haji Hadi ni kalau jadi Duta di Asia Barat, mana mungkin damaikan negara Islam.. Mahu huru hara.. Sedangkan Negeri sendiri suatu ketika berbalah soal Aqidah, ada sembelihan tidak dimakan, Ada Isteri Bercerai berai..ada solat dua imam hanya kerana perbuatan takfirnya..

Kalau digandingkan Hj Hadi dengan Mufti Utara,Kalau hantar ke Bulanpun..Bulan akan hancur lebur bergaduh sesama bintang sebagai ibaratnya..

Semoga Allah memberikan mereka hidayah dan Petunjuk..ataupun aku mengangkat tangan atas Doa Doa Almarhum Tok Guru Nik Aziz kepada kelompok Khianat ini seperti Doa Tok Guru Nik aziz kepada Najib dan Zahid....

Bertaubatlah haji Hadi..

Ipohmali

No comments: