Anwar akan balas surat Hadi, penuh fitnah kerana cemburu

Anwar akan balas surat Hadi, penuh fitnah kerana cemburu
"Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik... ini bahaya," kata Anwar.



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membalas surat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dihantar kepada pemimpin gerakan Islam yang disifatkan penuh dengan fitnah yang antaranya kerana cemburu.
Bagi beliau, surat tersebut sarat dengan fitnah yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh beliau.
Selepas surat Hadi itu beredar beberapa hari lalu, ini pertama kali Anwar mengulasnya dalam bentuk satu video ringkas berdurasi 4 minit.
“Ustaz Hadi, sahabat lama saya nampaknya menjadikan saya sebagai musuh pribadi dan melemparkan tuduhan dan fitnah yang agak berat.
“Soal dia hendak pilih Umno atau Bersatu itu hal dia. Soal kita bersetuju atau tidak, itu soal lain.
“Tetapi tak perlulah beliau memfitnah tanpa bukti,” kata Anwar dalam video itu.
Antara tuduhan Hadi, kata Anwar, adalah beliau ahli dan pemimpin kanan Freemason.
Gambar yang menunjukkan Anwar Ibrahim dalam senarai Freemason bukan Anwar Ibrahim Presiden PKR.
“Rupanya dia merujuk kepada satu dokumen yang menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai anggota Freemason.
“Cuba lihat gambar Anwar Ibrahim tu. Takkan saya pada tahun 2006 yang sihat segar bugar tu,” kata Anwar merujuk kepada sekeping gambar bertarikh 4 November 2006 yang menunjukkan nama Anwar Ibrahim tetapi bukannya beliau.
Bagi Anwar, Hadi perlu semak fakta dan perawi kepada sesuatu cerita agar ianya sahih sebelum membuat apa-apa tuduhan.
Kepada pengikut Pas pula, Anwar berpesan agar mereka boleh walak dan patuh kepada pemimpin tetapi bukan menjadi pak turut membabi buta.
“Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik… ini bahaya,” kata Anwar.

No comments: