JASA ADLY UNTUK MELAKA



Di antara jasa besar Adly Zahari untuk Melaka ialah menyelesaikan isu sempadan laut antara Melaka dan Negeri Sembilan. Ianya memahat sejarah yang tersendiri untuk negara ini kerana inilah kali pertama isu sempadan di antara dua negeri dapat dimeterai.  Tidak ada negeri-negeri lain di Malaysia yang berjaya menyelesaikan isu sempadan laut di antara mereka.

Ianya tidak mudah. Adly sendiri terpaksa mengambil inisiatif berjumpa Menteri Besar Negeri Sembilan, menteri-menteri di peringkat kerajaan persekutuan dan malah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat bagi membincangkan perkara tersebut. Ia mengambil masa setahun.

Kenapa Adly begitu bersungguh-sungguh menyelesaikan isu ini? Apa signifikannya untuk Melaka?

Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi dilancarkan pada tahun 2014 lagi. Tetapi sejak itu, tiada perkembangan. Projek itu tersangkut kerana tidak mendapat kelulusan dari Majlis Fizikal Negara.  Syarat untuk mendapat kelulusan ialah perlu selesaikan dahulu sempadan laut antara Melaka dan Negeri Sembilan kerana projek tersebut berada di sempadan keduanya.  Pentadbiran kerajaan yang lalu tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang begitu rumit. Mereka biarkan sahaja sehingga projek tersebut tergendala begitu lama.

Tetapi Adly melihat projek ini penting untuk negeri Melaka. Keagungan Melaka sejak 500 tahun dahulu adalah kerana pelabuhannya.  Melaka perlu kembalikan zaman kegemilangan tersebut.  Adly mahu projek tersebut dijayakan. Kalau masalahnya ialah isu sempadan, maka isu itu mesti ada cara untuk diselesaikan. Demi untuk rakyat Melaka, Adly sanggup buat apa sahaja.  Akhirnya Adly berjaya selesaikan.

Terima kasih Adly Zahari

No comments: