JANGAN POLITIKKAN ISU COVID 19

Mohd Asri Bakar


Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahhitawakkaltu 'alalallah WA la haulawala kuwwata illa billahhilaliyyil aziim.....

Assalamualaikum wbt.

Hari ini(semalam), takat jam 10.30am, sudah 35 nyawa korban Covid-19. Innalillahhiwainna ilaihirojiuun!!! Al fatehah untuk ruh-ruh arwah mereka2 yang beragama islam.

"Jangan di politikkan isu COV-19 ni" Kata pemimpin-pemimpin dan cai-cai PN.

Apa yang kami politikkan tu, cer cerita sikit. Benda betul2 yang sedang dan telahpun terjadi kenapa kami nak diamkan sahaja...kan?

Dulu, masa tragedi atau isu di Sg Kim-Kim Johor....bukan korang ker yang wat fitnah macam2. Sampai aku terpaksa pergi ke Johor dan minum air sg Kim-kim tu secara live untuk membuktikan bahawa sungai itu sudah tiada pencemaran. Ketika itu, korang langsung tak membantu apa2 pun. Takat datang ambik gambar tu, adalah...issshhhh, suka2  korang jer wat fitnah, kan?...astaghfirullahhalaziim.

Kali ini...wajarlah kami tanya pulak, kenapa masih ada yang hilang nyawa walupun dah minum bertan-tan air suam tu?. nanti ada cai PN akan jawab "dah kehendak Allah". Korang cai-cai PN ni bukannya membantu apa-apa pun, sekadar mengaharapkan simpati dan wang ihsan dari KERA jaan jer laaa. Tak macam kami ni...yang bertungkus lumus membantu pejuang2 di barisan hadapan.

Tahniah dan terima kasih kepada para doktor2, jururawat2, Pembantu2 perubatan, attendan klinik/hospital, pemandu2 ambulan, ahli2 farmasi hospital, juruteknik makmal, pengawal keselamatan di hospital2, bahagian pengurusan dan pendaftaran dan sebagainya.

Tidak di lupakan kepada semua anggota keselamatan negara seperti PDRM, ATM, APM, BOMBA dan lain2 agensi keseleamatan yang kini sedang bertungkus lumus dalam menjalankan Operasi PKP.

Terima kasih....dan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik, usaha serta penat lelah kalian semua.

No comments: