BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MASYARAKAT

Wana Jailin

Bantuan Barangan Keperluan kepada Masyarakat Melalui UPPM Kawasan N.8 Usukan, Kota Belud.
6 Mukim melibatkan 46 buah kampung di dalam Kawasan Dun Usukan telah menerima bantuan berupa barangan dapur melalui UPPM N.8 Usukan. Penyenaraian penama menerima sumbangan kami berikan kepercayaan & kebijaksanaan MPKK kampung masing2 kerana mereka lagi arif & lebih kenal akan penduduk kampung sendiri.Tiada penerangan foto disediakan.

Kami juga telah memaklumkan kepada MPKK, senarai penerima adalah diutamakan kepada golongan Ibu tunggal, anak yatim, OKU & asnaf. Dan kita juga utamakan di kalangan penerima sumbangan yang bukan penama bantuan Ekasih, BSH atau belum lagi menerima bantuan daripada YB.
Tujuannya adalah untuk memastikan penama tidak bertindih menerima sumbangan dan kita berusaha untuk memastikan setiap Keluarga di kampung tersebut pernah & merasai sumbangan.
Kami di Unit sendiri berusaha & semampunya menyampaikan sumbangan ini kepada golongan sasar, tapi kita faham, sumbangan tidak akan cukup & tidak pernah akan dapat memuaskan hati semua orang.
Di saat tempoh PKP kami berusaha berkhidmat yang terbaik untuk masyarakat Usukan. Biar kami yang datang pada anda. Anda cuma #StayAtHome dan menerima bantuan.
Terima kasih atas jasa tenaga kepada semua yang terlibat.
Sama2 kita mendoakan semoga tempoh sukar ini berlalu dengan segera.
#UPPMN8Usukan

No comments: