AKIBAT FITNAH, PEJABAT ANWAR DIPERSALAHKAN




ARINA RIANA






Semalam aktivis PSM telah memarahi Pusat Khidmat PD.

Katanya : 

"Lihatlah bagaimana penjarakkan sosial disini. Ini berlaku di Pusat Khidmat PD Anwar Ibrahim. Memang tak faham bahasa."



Selepas itu, tuan punya badan edit postnya selepas menyedari beliau telah melakukan fitnah. 10 kali dia edit. 🤭.

Apa yang berlaku seterusnya, ialah KESAN. Kesan dari penyebaran fitnah itu ialah, orang ramai telah memaki hamun PH & Anwar Ibrahim secara peribadinya.
Kenapa? Selain dishare semula di Facebook, ada yang copy paste dan share kat WhsatsApp.


Pembetulan yang dilakukan tuan punya post tidak disedari oleh mereka yang terlebih awal berkongsikannya di sosial media.

Sebagai rekod, aktiviti ini bukan sebahagian dari program di kelolaan Pejabat Parlimen PD. Nama Anwar dijaja. Tetapi bukan Anwar punya kerja.
Terima kasih.

No comments: