Monday, February 24, 2020

MAHATHIR KINI LAYAK DIANUGERAHKAN GELARAN TOKOH PENGKHIANAT NEGARA



Perkembangan politik sejak semalam yang masih belum ada kesudahannya sehingga hari ini yang memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad ingin mengenepikan PH dan membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang tidak lain adalah satu bentuk pengkhianatan paling besar dalam sejarah negara.

Lebih buruk lagi, pengkhianatan itu diketuai oleh Tun Mahathir sendiri yang berjawatan Perdana Menteri melalui mandat rakyat yang diberi kepada PH yang bertanding menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu.

Dengan kemenangan itulah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi kini beliau mahu membawa lari kerajaan yang dipimpinannya dengan mengencingkan parti-parti dalam PH yang pernah menyokong dan bersamanya untuk bergabung pula dengan blok pembangkang bagi membentuk kerajaan baru.

Tidakkah ini suatu pengkhianatan yang jelas dan nyata?

Usaha membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang ini tujuan besarnya hanyalah bertujuan untuk Tun Mahathir kekal berkuasa dengan lebih lama, sehingga habis penggal atau sehingga bellau mati.

Dalam hal, Tun Mahathir secara jelas telah mengkhianati konsensus Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu yang menyetujuinya menentukan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sehingga selesai Sidang Apec, November depan.

Sebelum ini, beliau berkali-kali mengatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun atau sehingga Mei dan selepas itu akan menyerahkan jawatannya kepada pengganti yang telah dipersetujui oleh PH iaitu Anwar.

Maka, dengan cuba menubuhkan kerajaan baru hanya setelah dua hari konsensus itu dimuktamadkan, apakah ia bukan suatu pengkhianatan namanya?

Ketika kempen PRU14 lalu, Tun Mahathir telah menunjukkan beliau seolah-olah insaf ingin menyelamatkan negara dengan antaranya, sanggup berbaik semula dengan Anwar, menghadiri Himpunan Bersih dan sedia bersama-sama PH melakukan reformasi dalam negara.

Dengan perubahan sikapnya itu, PH sedia menerimanya untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri sementara sehingga menunggu Anwar dibebaskan daripada penjara dan diberi pengampunan.

Dengan apa yang berlaku semalam, terbukti Tun Mahathir dalam usia tua 95 yang bila-bila masa saja nyawanya boleh dicabut Tuhan telah membuktikan beliau bukan saja mengkhianati dirinya sendiri sebagai seorang manusia dan muslim, malah mengkhianti seluruh orang yang selama ini mempercayai dianya telah berubah serta insaf.

Pihak yang menang dalam PRU14 lalu adalah PH, manakala yang kalah ialah BN, UMNO dan Pas.

Secara moralnya, kemenangan PH itu tidak boleh dibawa lari oleh Perdana Menteri atau beliau cuba melompatkan kerajaan untuk bersama dengan blok pembangkang yang telah tewas.

Jika tidak mahu lagi bersama PH, Tun Mahathir sama ada harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau menyerahkan semula penentuan mandat kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula.

Dalam hal ini, kalau Ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti pun dipanggil pengkhianat, apakah jika Perdana Menteri sendiri yang membawa lari kerajaan bukan suatu pengkhianatan juga?

Tun Mahathir sebelum ini mengajak rakyat bersama-samanya menolak UMNO yang disifatkannya sudah busuk hingga ke usus serta di dalamnya penuh dengan perompak, pencuri serta penyamun.

Tetapi, dengan kini menjemput UMNO bersamanya membentuk kerajaan baru, bukankah Tun Mahathir, demi ketamakan kuasa, sebenarnya telah bersikap khianat kepada diri dan mereka yang pernah menyokongnya?

Apa yang mahu dikatanya kepada UMNO sekarang?

Setelah janji manifesto banyak dimungkiri dan janji peralihan kuasa pula dikhianati, apa lagi yang boleh rakyat percayai daripada kata-kata Tun Mahathir selepas ini?

Atas semua yang dilakukannya, Tun Mahathir pada hakikatnya layak diberikan anugerah Tokoh Pengkhianat Negara.

Tidak pernah pengkhianatan sebegini besar berlaku dalam negara kita dan tidak pernah juga seorang Perdana Menteri bersikap khianat sedemikian rupa.

Kalaulah ditakdirkan beliau meninggal dunia dalam waktu terdekat ini, bersama deretan pengkhianatannya yang masih segar dalam ingatan rakyat, tidakkah kematiannya nanti mungkin tidak ditangisi atau diratapi sama sekali?

Atau Tun Mahathir seorang yang tak pernah ingat kepada mati? (ShahbudinHusin 24/02/2020)

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers