Saturday, February 22, 2020

**Jiwa besar Anwar selamatkan kesepakatan PH malam tadi*

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi dipercayai tegang apabila seorang presiden parti mencadangkan supaya isu tarikh peralihan kuasa dibincangkan berdua antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber yang hadir dalam mesyuarat Big Six (Wakil enam orang parti dalam Mesyuarat Majlis Presiden) berkata, idea presiden parti itu  bagaimanapun dibantah bulat-bulat oleh seorang timbalan presiden parti gabungan itu.

“Beliau bantah dan tegaskan semua keputusan mesti lalu Majlis Presiden PH terlebih dahulu.

“Beliau kemudian mencadangkan agar Tun Dr Mahathir memegang jawatan untuk satu penggal penuh, banyak lagi agenda dan wawasan lain nak dilaksanakan,” kata sumber  berkenaan.

Idea timbalan presiden disokong seorang naib presiden dan wakil daripada parti pimpinan Dr Mahathir.

Perbincangan itu semakin hangat apabila wakil parti Bersatu bertegas sekiranya ada tekanan daripada mana-mana pihak kepada Dr Mahathir, parti itu akan meninggalkan gabungan PH.

“Kalau tekanan terus pada Tun M, Bersatu akan keluar daripada PH”,” kata pemimpin yang dilantik dalam parti.

Bagaimana Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan tidak ada masalah dengan keputusan yang telah dicapai semalam.

Sumber itu berkata presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan tegas menjawab: “Kami tak ada masalah, puluh tahun dah kami jadi pembangkang.”

Keputusan Mat Sabu itu dipercayai disambut baik dan disokong pemimpin DAP.

Di tengah-tengah ketegangan itu, Anwar meminta semua kepimpinan Big Six agar bertenang dan meminta Dr Mahathir menentukan sendiri tarikh peralihan kuasa selepas penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Semua akur akan cadangan Anwar,” kata sumber itu lagi.

Semalam, Majlis Presiden sebulat suara memutuskan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar tetap akan berlangsung selepas APEC tanpa ada tarikh dan masa yang spesifik.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada Dr Mahathir sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak. – -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/02/22/jiwa-besar-anwar-selamatkan-kesepakatan-ph-malam-tadi/

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers