JANGAN LETAKKAN MARUAH PH LEBIH RENDAH DARI LOKMAN ADAM



Lokman Adam tahu mengapa Zahid Hamidi dan beberapa kumpulannya mahu sangat bawa Umno untuk menyokong Tun M.  Beliau pun sedar mengapa parti lebai pun tiba2 sokong Tun M yang lebai pernah kata negara akan rosak binasa kalau Tun M jadi PM.  

Lokman dapat lihat jelas tanpa kabur seperti video semburit.  Hanya perompak yang kenal perompak.  Kita tidak kata, tapi Lokman sendiri sebut tindakan Zahid untuk menyeret Umno untuk menyokong Tun M adalah kerana terlalu banyak pertuduhan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi di mahkamah sekarang.  Begitu juga Hishamuddin, sepupu Najib yang disebut terlibat di dalam skandal "Land Swap".    Lokman Adam pun sedar mengapa Azmin begitu bersungguh2 melawan Presidennya sendiri dan berbaik rapat dengan beberapa MP Umno sehingga dijemput ke rumah untuk makan.  Azmin sedar fail kes video semburit belum ditutup kemas lagi dan bila2 masa boleh dibuka kembali.  Lebai pula bimbang kalau2 partinya tersangkut kerana memakan duit 1MDB.  Bukankah Nik Abduh mengaku memang ada lebai yang makan duit Umno?  Duit Umno atau duit 1MDB?  Tidak pelik tiba2 lebai begitu menyanjung Tun M.  

Semuanya ada 'hutang' dengan Tun M.  Semuanya ada masalah besar.  Tiada jalan lain, "Kalau kita tidak berdaya melawan musuh, lebih baik kita bersama musuh".  Itu jalan paling selamat walaupun tidak bermaruah.

Cuma apa yang kita wajib ingatkan Tun M dan Pakatan Harapan kerajaan yang diangkat dan diharapkan oleh rakyat untuk melakukan reformasi dan menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan Umno/Bn sebelum ini, jangan sesekali khianat kepada rakyat.  Jangan kerana tamak kuasa dan kedudukan, sanggup kita bersekongkol dan melindungi perompak2 tersebut.  Jangan jual 'undi' rakyat untuk bekerjasama dengan puak2 yang berpuluh tahun menyusahkan kita.

Pemimpin PH jangan letakkan maruah anda lebih rendah dari Lokman Adam.  Kalau Lokman Adam pun menentang kerjasama jijik itu, adakah ada di antara pemimpin PH yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermaruah seperti itu?  

WFAUZDIN NS


No comments: