Tuesday, January 28, 2020

TAK ADAKAH KERAJAAN ATAU WAKIL MELIHAT KEADAAN INI?



Tok-tok Wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang dapat ghanimah RM50,000.00 "untuk rakyat tapi masuk akaun peribadi" tu x tau ke ada rakyat dia yang kerja selongkar tong sampah untuk sara keluarga..? 

Anak muda ini saya temui ketika keluar buang sampah di Kedai Pulai Chondong.

Anak muda lain seusianya mungkin sedang tekun di kampus2 atau ada setengahnya malam2 kerja selongkar kereta2 orang di masjid atau selongkar peti masjid atau cungkil pintu rumah orang utk cari duit biaya dadah. Tapi anak muda sanggup lakukan kerja ini utk biayai adik sekolah.

Namun Khalid Ali atau Lid dr Kok Lanas tanpa rasa malu atau kotor selongkar tong2 sampah untuk cari bahan yg boleh recycle untuk dijual.

Saya menyapanya dan dia sedikit pun tidak tunjuk rasa malu. Lid cakap dia buat ini untuk biayai adik2 beliau 3 orang sdg sekolah dan pemdapatanya Alhamdulillah mencukupi.

Saya lihat beliau bukan jenis suka meminta simpati ramai sambil hulur tangan, mungkin bg beliau perbuatan itu lagi memalukan dari selongkar tong sampah.

Allahuakbar.... sahabat pakat2lah kita doakan semoga adik Khalid Ali ini berjaya dalam hidup bersama adik2nya dan adik2nya tidak akan lupa kpd pengorbanan abangnya yg sdh 5 tahun melakukan kerja ini.

Dari FB - Md Zulaimi Kazin


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers