SIRI 1 SIAPA PENGKHIANAT



Salute you Tan Sri.

Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari orang umno sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin kerana berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% melayu yang masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin korup umno termasuk prof dan cendiakawan Melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah pas yang sanggup bekerjasama dengan perosak bangsa.

Sebagai anak Pulau Pinang dan dibesarkan sejak 60 an..dan kini berada ditempat orang..aku rasa beruntung, betapa Penang adalah negeri yang telah jauh maju...tidak bergelut lagi dengan Letrik,air,telefon,perumahan  ...ianya selesai sejak 60an,70an...perumahan, sehingga kini rumah kos rendah adalah untuk anak tempatan.. Dan diselesaikan oleh pemerintah kini iaitu DAP.
Aku percaya Bn tidak lagi akan dapat mengambil semula Penang kerana apa yang dilakukan DAP adalah terbaik kerana bangsa Melayu sendiri tidak menjaga bangsa Melayu.


Hanya sekadar perkongsian... 

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dengar jugak dari pihak PH...


*SIAPA PENGKHIANAT*

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.


No comments: