Sunday, January 26, 2020

PHEIC ADA RUJUKAN BAGI LARANGAN SEKATAN.



1.  ramai yang kecam bila dijelaskan tentang garis panduan PHEIC oleh WHO. Kecaman adalah sebahagian daripada feedback yang menjadi indicator betapa banyak lagi pencerahan perlu dibuat untuk mencerdikkan masyarakat.

2. PHEIC adalah guideline. Memang betul, suka hati negara nak ikut atau tak.

3. Tapi, kalau kerajaan terus nak sekat warga China keseluruhannya, kena ada hujah dan data yang kukuh. Kalau tak, akan timbul masalah kemudian hari. Sebab itu, banyak negara ambil keputusan untuk ikut guideline.

4. Ramai yang dapat maklumat tak tepat tentang isu sekat warga China. Ada yang kata Filipina, Indonesia, Russia dah sekat pelancong dari China. Itu semua tak tepat.

5. Filipina hanya hantar balik 500 orang yang datang dari Wuhan. Sememangnya, kerajaan China dah sekat mana-mana penerbangan dari Wuhan dan beberapa bandar di China keluar. Yang 500 orang ini terlepas. Sebab itu kena hantar balik.

6. Adapun, flight dari bandar lain masih boleh masuk ke Filipina, cuma dengan saringan yang lebih ketat.

7. Russia pun sama, tak pernah sekat warga China. Yang ada cuma, mereka ketatkan saringan di sempadan.

8. Malaysia sebenarnya lebih awal dah hentikan penerbangan dari dan ke Wuhan. Flight Air Asia awal-awal lagi tidak dibenarkan terbang ke Wuhan.

9. Siapa yang cakap Malaysia takut, pengecut berbanding Filipina, sebenarnya korang sendiri salah fakta.

10. Setakat hari ini, BELUM ADA lagi mana-mana negara yang sekat kemasukan warga China ke negara mereka disebabkan Coronavirus Wuhan. Semua masih tunggu WHO isytihar PHEIC.

11. Memang lah betul, mencegah lebih baik. Tapi nak cegah, kerajaan perlu ada parameter yang jelas. Setakat ini, tindakan memperketatkan saringan di airport sudah cukup baik, sama macam wabak MerCoV dulu.

12. Cuma, lagi baik kalau kerajaan dapat mewajibkan semula visa untuk pelancong dari China yang sebelum ini telah dikecualikan.

13. Inilah fakta. Tak mahu terima, terpulang.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers