Mutu gerai di pantai Port Dickson perlu dipertingkatkan

Tarikh kemaskini: 26/01/2020









PORT DICKSON, 25 Jan -- Pihak Berkuasa Tempatan perlu meningkatkan mutu gerai-gerai di pantai Port Dickson bagi menarik perhatian pelancong, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson mengenai perkara itu.

“Saya tengok kawasan ada masalah sikit, terlalu sesak dan terbatas bagaimanapun isu kebersihan dan kesihatan pihak majlis telah ambil tindakan dan saya berpuas hati dan kalau tengok pengawasannya jauh lebih baik daripada dahulu.

“Mengenai khemah di pantai Port Dickson ini pula, memang Yang Dipertua Majlis sudah memaklumkan kepada saya bahawa khemah memang kita akan ambil alih supaya dapat diseragamkan dan tingkatkan mutunya... tetapi perlu ambil masa untuk dilaksanakan sebab ia dalam peruntukan tahun ini iaitu peruntukan suku pertama tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di Teluk Kemang di sini, hari ini.

Mengenai wabak koronavirus, Anwar berkata meskipun belum ada kes dilaporkan di daerah ini, namun semua pihak perlu lebih berhati-hati.

Beliau berkata sehubungan itu, pengunjung dari China tidak boleh diberi kelonggaran seperti biasa demi menjaga keselamatan orang ramai.

No comments: