LAUNGAN PECAT ZURAIDA BERGEMA DI NEGERI TOK GAJAH, KARTEL DI KUALA TERENGGANU TERGAMAM?

TERKINI

Zulimran Nasution

LAUNGAN PECAT ZURAIDA BERGEMA DI NEGERI TOK GAJAH, KARTEL DI KUALA TERENGGANU TERGAMAM?

Bagai menyahut laungan kemenangan setelah kegagalan Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menghantar sendiri surat tunjuk sebab ke atasnya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, laungan Pecat Zuraida menjalar ke Pahang pula.

Pasukan anti-Zuraida mengadakan himpunan berhampiran tebing Sungai Pahang di Temerloh sebentar tadi dengan disertai ahli parti yang setia kepada pimpinan parti.

Terdahulu, hanya Setiausaha Politik Zuraida, Hizwan Ahmad dilihat menghantar surat berkenaan sambil diiringi para penyokongnya yang jelas gagal menguasai suasana himpunan di hadapan ibu pejabat parti kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Dikhabarkan kegagalan himpunan pro-Zuraida di Petaling Jaya memberi kesan berantai kepada himpunan yang cuba dilakukan di tempat lain berkemungkinan malu dengan perkembangan sambutan dingin dan hambar di ibu pejabat parti.

Setakat laporan ini ditulis, himpunan kumpulan pro-Zuraida yang diketuai penyelaras NGO Penggerak Muafakat negeri di Kuala Terengganu dikhabarkan belum dimulakan kemungkinan kerana jumlah anggota Cawangan Khas (SB) lebih ramai daripada peserta himpunan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden sebentar tadi meminta semua pihak supaya bersurai dan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Lembaga Disiplin parti.

-

No comments: