Thursday, January 23, 2020

KENYATAAN MEDIA



1. Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan menyokong tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota KeAdilan yang melanggar tatatusila berorganisasi dan disiplin Parti demi maruah, kredibiliti serta kewibawaan Parti.

2. Tindakan disiplin tersebut mesti diambil melalui proses serta prosedur mengikut peruntukkan Perlembagaan Parti

3. Dalam isu disiplin, adalah diharapkan para barisan kepemimpinan menunjukkan contoh serta menjadi ikutan yang terbaik bagi anggota parti.

4. Oleh itu, adalah amat terkesan kepada parti jika pelanggaran disiplin itu dilakukan sendiri oleh para pimpinan parti.

5. Kami yakin, Lembaga Disiplin Parti telah mengambil kira semua faktor yang relevan dan bertindak sewajarnya dengan mengeluarkan surat tunjuk-sebab kepada YB Zuraida Kamaruddin (Naib Presiden Parti) untuk tindak balas (response) olehnya dalam tempoh 14 hari. Biarlah ia berjalan mengikut proses sewajarnya (due process).

6. Mengambil roh serta pengajaran dari pendirian tegas Ar-Rasul saw. “Seandainya Fatimah Putri Rasulullah mencuri, Rasulullah sendiri yang akan memotong tangannya, bukan membela, walaupun Fatimah adalah Putri yang tersayang”, maka kami mengambil ketetapan tidak kira samaada ia seorang anggota atau pimpinan parti, jika melanggar disiplin parti dan telah melalui proses sewajarnya(due process), maka tindakan mesti diambil  terhadapnya. Tiada pilih kasih dalam tindakan menegakkan kebenaran dan keadilan.

7. Kepemimpinan Cabang dan Ranting serta anggota akar umbi KEADILAN Wilayah Persekutuan akan terus bersama mendokong kepimpinan Parti KEADILAN yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti yang istiqamah membawa dan meneruskan dengan Agenda Reformasi demi Rakyat dan Negara.

ZAHIR HASSAN
Pengerusi
Parti KeAdilan Rakyat
Wilayah Persekutuan


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers