ANALISIS MENARIK Implikasi‬ Selepas PRK: Senario Awal Ke Arah PRU 15*



Abd Malek Hussein.

‪⚫ Aku membuat kiraan untuk mengetahui purata peratus kemerosotan undi Parlimen PH berdasarkan PRK yang telah diadakan bagi 5 kerusi Parlimen, iaitu P.132 Port Dickson, P.078 Cameron Highlands, P.186 Sandakan, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Dalam 5 PRK kerusi Parlimen itu, PH memperolehi undi kumulatifnya berjumlah 76,885 undi. Berbanding dengan keputusan PRU 14 lalu yang berjumlah 98,070 undi di 5 kerusi Parlimen tersebut, PH mengalami kemerosotan undi Parlimen berjumlah 21,185 atau purata kemerosotan 21.6% per Parlimen.‬

‪⚫ Dengan menggunakan purata kemerosotan 21.6% per Parlimen itu, dan tanpa mengambil kira peningkatan undi BN, diunjurkan bahawa PH mengalami kekalahan di 18 kerusi Parlimen yang telah dimenangi di Semenanjung pada PRU 14 lalu. ‬

‪⚫ 18 kerusi Parlimen PH di Semenanjung yang terjejas akibat kemerosotan undi PH itu terdiri daripada berikut:‬
‪P.8 Pokok Sena (AMANAH)‬
‪P.10 Kuala Kedah (PKR)‬
‪P.57 Parit Buntar (AMANAH)‬
‪P.63 Tambun (PPBM)‬
‪P.74 Lumut (AMANAH)‬
‪P.77 Tanjung Malim (PKR)‬
‪P.80 Raub (DAP)‬
‪P.88 Temerloh (AMANAH)‬
‪P.89 Bentong (DAP)‬
‪P.93 Sungai Besar (PKR)‬
‪P.119 Titiwangsa (PPBM)‬
‪P.129 Kuala Pilah (PPBM)‬
‪P.133 Tampin (AMANAH)‬
‪P.112 Kuala Langat (AMANAH)‬
‪P.136 Tangga Batu (PKR)‬
‪P.141 Sekijang (PKR)‬
‪P.149 Sri Gading (PPBM)‬
‪P.165 Tanjung Piai (PPBM)‬

‪⚫ Ringkasan pecahan 18 kerusi yang terjejas itu menurut parti-parti PH, ialah AMANAH 6, PKR 5, PPBM 5 dan DAP 2.‬

‪⚫ Dalam PRU 14, PH menang 98 kerusi Parlimen di Semenanjung, 10 kerusi Parlimen di Sarawak dan 14 di Sabah (termasuk yang dimenangi WARISAN), dengan jumlah keseluruhannya 122 kerusi Parlimen.‬

‪⚫ Dengan unjuran terjejasnya 18 kerusi Parlimen kerana faktor kemerosotan undi PH, jumlah kerusi PH bersama WARISAN yang asal akan tinggal hanya 104 kerusi sahaja. [Jumlah MP Kerajaan kini bertambah dengan kemasukan MP-MP pembangkang yang melompat.]‬

‪⚫ Senario ini belum mengambil kira kesan gabungan BN dan PAS menerusi Muafakat Nasional (UMNO-PAS). Di atas kertas, gabungan ini jika terkesan, ia akan mengunjurkan perubahan keputusan di dalam tidak kurang 10 kerusi Parlimen yang dimenangi PH yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PH, BN dan PAS pada PRU 14 lalu.‬

‪⚫ 10 kerusi Parlimen PH yang terjejas susulan dari gabungan BN dan PAS itu ialah:‬
‪P.2 Kangar (PKR)‬
‪P.5 Jerlun (PPBM)‬
‪P.6 Kubang Pasu (PPBM)‬
‪P.14 Merbok (PKR)‬
‪P.15 Sungai Petani (PKR)‬
‪P.17 Padang Serai (PKR)‬
‪P.18 Kulim Bandar Baharu (PKR)‬
‪P.82 Indera Mahkota (PKR)‬
‪P.83 Kuantan (PKR)‬
‪P.109 Kapar (PKR)‬

‪⚫ Ringkasnya, pecahan 10 kerusi yang terjejas itu akibat gabungan BN dan PAS menurut parti-parti PH, ialah PKR 8 dan PPBM 2.‬

‪⚫ Secara keseluruhannya, jumlah kerusi Parlimen PH yang diunjurkan terjejas berikutan kemerosotan undi PH kini dan implikasi gabungan BN dan PAS berjumlah 28 kerusi di Semenanjung.‬

‪⚫ Aku juga membuat kiraan mengenai purata peratus pencapaian undi BN berdasarkan PRK Parlimen yang ditandingi BN di tiga kerusi Parlimen, iaitu P.078 Cameron Highlands, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis. [BN tidak bertanding di P.132 Port Dickson dan P.186 Sandakan.]‬

‪⚫ Dalam tiga PRK Parlimen itu, undi BN meningkat semuanya berbanding undi yang diperolehinya pada PRU 14. Undi BN meningkat 1,731 (16.8%) di P.078 Cameron Highlands, 4,735 (22.8%) di P.165 Tanjung Piai dan 764 (6.4%) di P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Keseluruhannya, purata peningkatan undi BN dalam tiga PRK Parlimen itu ialah 16.8%.‬

‪⚫ Apakah natijah dan implikasinya kepada PH? Dalam pembacaan awal ini, dua elemen utama boleh dijadikan faktor yang boleh mengunjurkan kekalahan PH dalam PRU 15, iaitu:‬

‪1. Sokongan undi kepada PH merosot pada purata 21.6% per Parlimen.‬

‪2. Sokongan undi kepada BN meningkat pada purata 16.8% per Parlimen.‬

‪⚫ Dalam senario kemerosotan purata 21.6% undi PH dan peningkatan purata 16.8% undi BN ini, BN diunjurkan mampu mengubah kekalahannya pada PRU 14 lalu.‬

‪🔴 Menangganinya, PH tiada pilihan selain perlu bertindak serius dan segera melakukan perubahan drastik demi mengembalikan sokongan majoriti rakyat Malaysia yang dibina semasa PRU 14 lalu dan mengelak dari diunjurkan menjadi Kerajaan Persekutuan untuk hanya sepenggal dengan kekalahan dalam PRU 15 akan datang.

*ABD MALEK HUSIN*

No comments: