SAMBUT BAIK TINDAKAN DSAI



Kita sambut baik tindakbalas segera daripada Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini terhadap satu dakwaan terhadap beliau semalam.

Dakwaan itu serius kerana membabitkan seorang individu yang membuat dakwaan terbuka melalui sebuah akuan bersumpah.(walaupun tidak ada bukti lebih kukuh seperti video dll ditampilkan)

Setiap pemimpin wajib membersihkan dirinya daripada dakwaan yang boleh mencemar nama baik mereka.Ini persoalan maruah dan tidak boleh dikompromi samasekali. 

Tindakbalas Dato Seri Anwar dengan laporan polis dan notis tuntutan kepada pendakwa adalah langkah perlu dan tepat.Beliau juga telah menyatakan kesediaan untuk mengambil langkah2 lain menerusi peruntukan undang2 untuk membersihkan namanya.

Kita berharap setiap pemimpin melakukan tindakan serupa didalam menghadapi dakwaan yang boleh mencemarkan imej dan nama baik mereka kerana sebagai pemimpin imej mereka adalah cerminan imej bangsa dan negara.

Kita melihat sebelum ini ada pemimpin yang membisu dan kaku didalam menghadapi dakwaan yang lebih serius dan tidak langsung membuat sebarang tindakan mempertahan maruah mereka.Sikap seperti itu salah dan tidak mewajarkan mereka terus diangkat sebagai pemimpin.

Mohamad Ezam Mohd Nor

No comments: