PAS CUBA GUNAKAN KEHADIRAN YDP MAJLIS ULAMA DUNIA.TAPI TAK JADI AKHIRNYA.



Oleh: Awang

Sheikh Dr Ahmad Al-Raisuni ialah Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.... Dia berkunjung ke Terengganu sebagai tetamu, memenuhi undangan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak.... Tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Terengganu, jauh sekali ada kaitan dengan parti PAS.

Tetapi pihak PAS cuba mengambil kesempatan dengan mengatur pertemuan dengan Haji Hadi di Rusila.... Sheikh Dr Ahmad setuju untuk bertemu Haji Hadi tetapi atas dasar pertemuan biasa sahaja.... Tetapi pihak PAS Terengganu telah merancang suatu program yang besar di Rusila sempena kedatangan Sheikh Dr Ahmad.

Perkara itu sampai ke pengetahuan Sheikh Dr Ahmad, dan ternyata dia tidak senang dengan perkembangan itu, lalu dia meminta program besar itu dibatalkan.

Pihak PAS terpaksa akur dengan permintaan Sheikh, takut nanti Sheikh batalkan pertemuan dengan Haji Hadi.

Persoalannya, apa tujuan PAS...? Mudah saja jawapannya, PAS mahu ambil kesempatan untuk dapatkan keuntungan politik dari kunjungan Presiden Kesatuan Ulamak Dunia.... Itu saja.... Nanti boleh dicanangkan kononnya Haji Hadi seorang ulamak hebat, Presiden Kesatuan Ulamak Donia pun kalau datang Ke Malaysia pergi jumpa dia dulu di Rusila.





Ingat tak beberapa tahun dulu PAS mengadakan program atas nama kesatuan Ulama Dunia ketika Haji Hadi dilantik jadi Naib Presiden...? Saya ada dengar cerita, tapi tak pasti betul ke tidak, sebenarnya jumlah peruntukan wang yang besar dari Kesatuan Ulamak Dunia itu ialah untuk membuka pejabat Kesatuan di rantau belah sini, lebih tepatnya di Indonesia, kerana Indonesia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di dunia.... Tetapi Haji Hadi ambik peruntukan itu dan membuka pejabat di Rusila dan mengadakan program PAS besar-besaran.... Cuba tanya orang Rusila, apa jadi dengan pejabat itu sekarang...? Sudah jadi rumah tinggal, bangunan basi, dan menjadi tempat jin dan hantu bermastautin.



No comments: