TUN MAHATHIR ANGKUH ,APEC SATU TAHUN LAGI, RAKYAT SUSAH HARI INI.




1.Kenyataan Tun Mahathir semalam bahawa PH perlu memecatnya sekiranya mahukan transisi segera jelas satu kenyataan angkuh dan tidak berpijak dibumi nyata.

2.Saya sudah jangkakan dalam kenyataan saya sebaik PRK Tg Piai bahawa Tun Mahathir tidak akan berubah dan mengambil iktibar sewajarnya. Semalam ternyata benar dengan kenyataan angkuh beliau itu.

3.Tiada langsung sikap tawadhuk dan humility dalam menerima kekalahan paling buruk dan mesej paling jelas daripada rakyat biasa.Yang kita lihat adalah sikap keangkuhan dan kedegilan, menepati ciri2 seorang yang sudah lama berkuasa dan takut hilang kuasa.

4.Rombakan kabinet hanya satu muslihat untuk kelemahan diri sendiri yang jelas dipamerkan oleh undi rakyat di Tg Piai.Kemarahan rakyat memang kepada jentera kerajaan seluruhnya tetapi BUKANKAH PERDANA MENTERI SENDIRI KETUA KERAJAAN ITU? 

5.Alasan Sidang APEC November 2020 juga satu muslihat mencari ruang terus berkuasa.Ya APEC penting tetapi lebih penting adalah kelangsungan hidup rakyat biasa sekarang yang amat susah dan dipamerkan dengan jelas di TgPiai.APEC SATU TAHUN LAGI, RAKYAT MELARAT SEKARANG!

6.Mesej dari Allah dengan satu peristiwa luarbiasa dari penghujung benua seharusnya cukup menginsafkan dan sebagai seorang yang dipenghujung usia beliau seharusnya mengambil mesej dan sikap yang betul.Bukan ikut perangai Firaun yang semakin lama berkuasa semakin angkuh dan gila kepada kuasa.

7.Jangan dengar pemimpin2 desperado sekeliling PM yang kepentingan mereka hanya mahu selamatkan diri mereka yang sudah hilang maruah dan legitimasi dengan kes jenayah songsang, rasuah dan kelompok elit yang hanya mahu menjaga harta mereka seperi Qarun yang tidak langsung ada rasa tanggungjawab kepada rakyat yang susah dibawah ini.

8.Dan para menteri kabinet lain yang masih punya integriti, bangkitlah nyatakan yang benar.Mengapa mereka harus jadi seperti menteri dan bekas menteri desperado yang hanya mengampu dan membodek.Dulu mereka panglima membantai keras kabinet kerajaan dulu yang membisu tidak meneger ketua yang melampaui batas dan sekarang mereka berperangai sama?!Apakah jawatan menteri mengubah jiwa panglima mereka kepada jiwa bacul?

9.Saya alu2kan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang menyatakan dengan jelas keperluan reaksi drastik daripada pemerintah terhadap keputusan luarbiasa rakyat diTg Piai.Saya tidak nampak kenyataan tegas seperti ini daripada ahli kabinet lain?!

Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada beliau sebagaimana Allah memberinya kekuatan dalam kabinet dahulu untuk menyatakan hak demi rakyat dan negara.

Mohamad Ezam Mohd Nor
21 November 2019, 24 RabiulAwwal 1441H.

No comments: