MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH





Seorang peguam wanita sabah berpandangan yang PAS seharusnya meninggalkan Sabah agar kejadian di Tawau baru baru ini tidak berulang di masa akan datang dan tidak menular kepada rakyat sabah yang selama ni hidup harmoni tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berpendapat yang parti seperti PAS tidak sesuai berada di Sabah kerana Sabah adalah tempat yang mana budaya saling menghormati antara kaum dan agama adalah sangat tinggi.

Oleh demikian mana mana parti yang hanya memperjuang satu kaum atau agama tidak sesuai berada di Sabah.

Berikut adalah tulisan yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp.

-------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Setiap tahun, setiap kali kita merayakan sambutan xmas bersama teman dan keluarga, pasti ada viral mengenai haram dan kurang Islamnya jika umat Islam mengucapkan "Merry Christmas" pada saudara dan sahabat. Setiap tahun, kita di Sabah tidak mengendahkan golongan ini dan kita teruskan senyuman dan ucapan ikhlas pada keluarga dan sahabat yang meraihkan xmas. Kejadian di Tawau baru2 ini tidak boleh dibiarkan. This is where we should put a proactive move to say, ENOUGH!

Of course kita maafkan. Tapi itu bukan bermakna kita harus tunggu setahun lagi untuk mereka berkembang lebih besar, lebih kuat dan lebih lantang tahun hadapan. Sabah dirahmati dengan pelbagai kaum dan agama yang hidup harmoni. Parti yang berlandaskan satu bangsa atau satu agama tidak boleh dibiarkan bertapak di Sabah.

Kita (orang Islam) DEMAND orang lain hormat pada kita tapi sebaliknya kita tunjukkan sikap angkuh dan prejudis. Ingatlah, Islam adalah agama global. Apa yang kita lakukan di sini (Malaysia) sebagai negara majoriti Islam, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perspektif orang kristian (dan agama lainnya) di negara di mana mereka adalah majoriti. Apa mereka akan buat pada  saudara Islam kita di tempat lain bila mereka lihat kita di sini pun bersikap prejudis? Spread the love, not hatred. And it should start with ourselves.

Saya, secara peribadi, boleh maafkan PAS. But I strongly support that PAS should leave Sabah.

95% silent majority is irrelevant. I am voicing my opinion and I urge the rest do too.

Humbly me,
Mazliwati AMC

No comments: