KETUA CABANG BERA SINDIR KAK WAN PULA



Ketua Cabang Bera nasihat SUA parti agar jangan jadi boneka, maksudnya tu jgn jadi boneka Anwar la tu.  Dia marah lah sbb Azmin tak dipanggil utk resmikan Kongres AMK Pusat nanti.

Aku setuju tindakan AMK yang tidak memanggil Azmin merasmikan Kongres AMK kerana tidak masuk akal orang kaki ponteng mesyuarat dipanggil untuk merasmikan mesyuarat.  Orang malas nak ke masjid, jgn sesekali suruh jadi Imam.

Ketua Cabang Bera sindir Kak Wan yang dipanggil oleh AMK untuk merasmikan Kongres itu bukannya jawatan yg wujud dalam organisasi parti.  Wah...sampai jawatan yang diiktiraf dalam Kongres Nasional tahun lepas pun Ketua Cabang Bera ini pertikaikan?  Kalau begitu, selama ini jawatan Ketua Umum yang dipegang oleh Anwar dulu pun Ketua Cabang Bera tidak iktiraf jugakah?  Bukankah jawatan itu juga tiada dalam perlembagaan dan organisasi parti?

Hakikatnya, Ketua Cabang Bera ini sendiri lah boneka kepada bos dia.  Dia tegur SUA parti tapi bos dia setahun tidak datang mesyuarat parti dia membisu.  Konvensyen parti negeri sendiri pun kamu tidak berminat mahu hadir, usah sembang banyak lah.  Kamu dengan bos kamu tu 2 X 5 saja.

WFAUZDIN NS

No comments: