*KENYATAAN MEDIA* *KETUA-KETUA AMK NEGERI* KHAMIS | 14hb November 2019



*KETUA-KETUA AMK NEGERI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN YAB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI PERASMI KONGRES NASIONAL TAHUNAN AMK 2019*

Kami Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri seluruh Malaysia menyokong penuh ketetapan Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Malaysia pada 20 Oktober 2019 yang memutuskan untuk mengundang YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019.

Kami yakin dan percaya keputusan ini dibuat setelah mesyuarat menimbang tara semua keadaan yang perlu. Ini juga merupakan satu pengiktirafan atas segala jasa bakti YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selama beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat sejak 1998.

Bagi meredakan pertikaian segelintir pihak mengenai keputusan ini, kami ingin tekankan bahawa Peraturan Tetap AMK 2014 memberi kuasa kepada Majlis Pimpinan AMK untuk menguruskan sepenuhnya hal ehwal pengurusan Kongres Nasional Tahunan AMK. Tidak ada sebarang klausa yang menetapkan atau menghadkan mana-mana individu yang perlu diundang sebagai perasmi, malah mana-mana kepimpinan tertinggi Keadilan boleh diundang untuk merasmikan Kongres AMK.

Justeru itu, kami mengalu-alukan keputusan Majlis Pimpinan AMK yang menetapkan YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan sebagai perasmi Kongres AMK 2019 yang akan berlangsung pada 6hb Disember 2019 di MITC Melaka.

Kami juga amat berbesar hati menerima kesudian YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk hadir ke Kongres ini memandangkan inilah kali pertama dalam sejarah Kongres AMK akan dirasmikan oleh pemimpin nombor dua dalam negara iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Oleh itu kami menyeru agar semua anggota AMK untuk sama-sama merapatkan muafakat dengan hadir beramai-ramai ke Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 pada 6 Disember nanti.

Sekian

Kenyataan ini dikeluarkan secara bersama oleh:

1. Yuneswaran Ramaraj, Ketua AMK Johor

2. Naim Bin Brundage, Ketua AMK Wilayah Persekutuan

3. Muhd Hafiz Bin Muhd Kasasi, Ketua AMK Kelantan

4. Prasanth Kumar Brakasam, Ketua AMK Melaka

5. YB Nor Azam Bin Karap, Ketua AMK Perlis

6. Fahmi Bin Zainol, Ketua AMK Penang

7. Saifunnizam Sam, Ketua AMK Sarawak

8. Mohd Mustaqim Bin Abdul Jalil, Ketua AMK Pahang

9. Ahmad Izzuddin Bin Ismail, Ketua AMK Negeri Sembilan

10. Mohamad Hairul Amir Bin Sabri, Ketua AMK Perak

11. YB Najwan Bin Halimi, Ketua AMK Selangor

12. Mohd Huzaifah Bin Md Suhaimi, Ketua AMK Terengganu

13. Raymond Ahuar, Ketua AMK Sabah

14. Mohammed Firdaus B Johari, Ketua AMK Kedah

No comments: