APA KATA PIMPINAN KARTEL : KAMI PEMIMPIN DIPILIH. KAMI BERHAK BUAT APA SAHAJA*



Oleh : HAMSINA HAMZAH(Fb)

1⃣. Kami adalah pemimpin PKR yang menang dalam Pemilihan PKR 2018. Kami diundi oleh majoriti anggota PKR. Oleh itu kami mempunyai hak mutlak untuk menentukan halatuju PKR. 

2⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk tidak hadir mesyuarat*. Kami tidak mahu bermesyuarat sekali dengan orang-orang yang kalah dan dilantik oleh Presiden. Mereka tidak layak untuk berada semeja dengan kami. 

3⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk memastikan Tun M kekal sebagai PM*. Tun M perlu diberi masa secukupnya untuk mentadbir negara. Tidak ada sesiapa termasuk Presiden Keadilan berhak mengganggu perkara tersebut. 

4⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk mempertahankan Timbalan Presiden.* Kami menyokong penuh tindakan YB Azmin Ali untuk terus memboikot Mesyuarat MPP Keadilan. YB Azmin Ali berhak berbuat apa sahaja kerana beliau adalah Timbalan Presiden yang menang dalam pemilihan. Beliau ada hak untuk buat pertemuan sulit dengan UMNO. Beliau ada hak untuk lebih utamakan Tun M berbanding Presiden.

5⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami berhak buat Kongres berasingan dengan Kongres parti*. Kongres kami adalah untuk yang menang. Kami tak mahu berkongres dengan orang-orang yang kalah. Oleh itu kami akan mengadakan Kongres berasingan pada 7-8 Disember nanti. Kami tidak akan hadir Kongres orang-orang kalah.

6⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami berhak menentukan siapa perasmi Kongres AMK* tanpa perlu berbincang dalam mesyuarat. Kami boleh menentukan semua perkara dalam mesyuarat kami sendiri yang menang pemilihan. 

7⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami tidak boleh dipecat.* Walaupun SPRM kata pemimpin kami terlibat dengan unsur rasuah, kami tidak boleh dipecat sebab kami menang pemilihan. Mesyuarat MPP Keadilan tidak ada apa-apa kuasa kerana dipenuhi oleh orang-orang kalah. Mesyuarat sulit kami lebih berkuasa kerana dipenuhi oleh orang-orang menang.

Kesimpulannya, kami ini nenang pemilihan. Kami berhak buat apa sahaja sebab kami ini menang Pemilihan. 

Sekian. Terima kasih

Oleh : 

Kami Yang Menang Pemilihan @ _Otak Kartel_

No comments: