ZURAIDA CAKAP TAK SERUPA BIKIN. SIAPA YANG HARUS "MOVE ON" SEBENARNYA?



Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8.
Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu Perdana Menteri ke-8, tak ada lagi isu pengkhianatan.
“Kita kena ‘move on’ dan mula buat kerja dan fokus kepada ekonomi dan beri perkhidmatan kepada rakyat,” kata beliau.
Zuraida berkata demikian sebagai mengulas ucapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan adanya cubaan menghalang beliau daripada menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Anwar ketika berucap dalam Kongres PKR di Sabah semalam mengesahkan memang ada ‘pengkhianat’ yang mahu menghalang peralihan kuasa yang sudah dipersetujui kepadanya.
Tanpa menamakan siapa, Anwar berkata pengkhianat itu banyak membuat tuduhan yang seolah-olah menunjukkan beliau tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, mengulas tuntutannya berhubung mesyuarat rekonsiliasi, Zuraida yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau masih menunggu.
“Saya masih menunggu. Saya menunggu,” katanya ringkas.
Anwar pada 17 September menegaskan tidak bersedia dengan tuntutan anggota Parlimen Ampang itu agar mesyuarat rekonsiliasi diadakan antara Presiden PKR itu dan pihak dalam parti itu yang tidak berpuas hati dengannya.
Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang mereka pulaukan.
Tegas beliau, mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu, manakala mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu pula diadakan pada setiap bulan dan mereka ada banyak ruang terbuka untuk berjumpa dengannya.
Tidaklah sukar memahami bahawa kata-kata Zuraidah berkenaan “move on” itu sebenarnya lebih ditujukan kepada Anwar berbanding sesiapa yang lain.
Selain beliau secara khusus mengulas ucapan Anwar di Konvensyen UMNO Sabah berkenaan isu peralihan kuasa, kebelakangan ini memang terlihat Presiden PKR itu sendiri yang banyak mengulas mengenainya.
Tetapi, ulasan Anwar adalah berdasarkan pertanyaan wartawan atau Ahli-Ahli Parlimen yang ingin tahu dengan lebih jelas berhubung peralihan kuasa yang masih lagi kabur sehingga ini.
Seolah-olah dengan kata-kata Zuraidah itu, Anwar sekarang tidak “move on” dan hanya menumpu kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri semata-mata.
Soalnya, sementara Zuraidah menegur Anwar seperti tidak “move on”, apakah beliau sendiri sudah “move on”?
Kenapa beliau tak habis-habis menunggu mesyuarat rekonsilasisi dengan Anwar, tetapi masih enggan hadir mesyuarat PKR?
Bukankah jika beliau sendiri “move on”, beliau sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan hdir mesyuarat PKR, baik mesyuarat mingguan biro politik atau mesyuarat bulanan MPP?
Kenapa masih tak “move on” lagi, tapi pandai pula mahu Anwar “move on”?
Cehhh….cakap tak serupa bikin betul perempuan ni!!! (ShahbudinHusin 29/10/2019)


No comments: