REFORMASI OMONG KOSONG.ANAK PM JUAL SAHAM KAUT UNTUNG



1. Kerajaan baru menjanjikan reformasi dan perubahan khususnya dalam tatacara pentadbiran dalam menangani rasuah,salahguna kuasa yang menjadi budaya kerajaan lalu.
2. Saban kali PM menggariskan dan menekankan langkah2 yang akan diambil kerajaan baru dalam menangani rasuah dan salahguna kuasa ini.Terbaru dalam ucapan sembah takzim PM di majlis keputeraan DYMM Agong beberapa hari lalu.
3. Saya dan rakan2 beberapa kali menyatakan sokongan kepada usaha dan komitmen PM dalam mempastikan kerajaan baru bebas rasuah dan salahguna kuasa.
4. Namun apabila dilaporkan baru2 ini MB Kedah menjual sebahagian saham milik beliau didalam sebuah syarikat tersenarai awam dan mengaut keuntungan, timbul persoalan samada kerajaan baru ini benar2 serius melakukan perubahan atau hanya retorik kosong.
5. Bagaimana sebuah kerajaan baru pro reform membenarkan dan membiarkan seorang MB terus memiliki saham dalam sebuah syarikat?
6. Anggota pentadbiran seharusnya melupuskan semua pemilikan saham dalam syarikat2 sebaik mengangkat sumpah jawatan.Apa yang berlaku MB ini terus memilikinya dan melupuskan sebahagian daripadanya untuk meraih keuntungan.Ianya tindakan tidak beretika dan samasekali tidak memperlihatkan ciri2 sebuah pentadbiran pro reform.
7. Lebih tidak beretika apabila penjualan dibuat setelah wujud kenaikan harga saham syarikat miliknya gara2 spekulasi manfaat mendatang hasil pengumuman sebuah kementerian dan agensi kerajaan pelan nasional yang membabitkan puluhan billion ringgit.
8. Dan sehingga hari ini tiada penjelasan dilakukan apalagi pembetulan yang sepatutnya dilakukan bagi mencerminkan kerajaan hari ini bukan seperti kerajaan lalu yang tiada etika dan moral dalam pembolotan harta kekayaan negara termasuk yang membabitkan keluarga PM.
9. Maka tiada beza kerajaan hari ini dengan kerajaan lalu.Yang berbeza hanya dari sudut ucapan dan retorik.Dari sudut praktis sama sahaja sikapnya yang tidak mempedulikan soal moral dan etika dalam urusan pengagihan kekayaan negara.
10. Semakin jelas kerajaan baru ini terus menjadikan yang kaya terus kaya dan yang miskin terus papa kedana.Tradisi bobrok lalu yang terus dipertahan sehingga hari ini.
11. Dalam suasana ekonomi suram,rakyat semakin terhimpit dengan kepayahan, syarikat semakin banyak gulung tikar kita diperlihatkan pembesar menjual sahamnya dan meraih jutaan ringgit dalam beberapa hari sahaja.Inikah ciri kerajaan baru?Kerajaan perubahan dan reform?Atau lebih tepat ciri sebuah kerajaan tiada moral dan etika, sebuah kerajaan yang terus melindungi sipembesar dan sikaya terus kaya raya.
12. Kalau tidak serius mahu lakukan perubahan,saya sarankan lebih baik berhenti melaungkan agenda reform dan perubahan.Berhenti dari terus menipu rakyat yang dahagakan perubahan dengan retorik kosong.
13. Atau berhenti sahaja dari memegang kuasa atas nama perubahan dan reformasi.Berundur secara terhormat dan serahkan kepada mereka yang benar2 jujur mahu lakukan perubahan dan reformasi bagi negara ini.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ahli Dewan Negara (2010-14)
11 Sept 2019/ 11 Muharam 1441H.

No comments: