PENGANGGURAN DAN ANAK MUDA



Mat Saman Kati.

Kisah anak muda pemandu Grab dan komen orang tua tentang sikap pemandu Grab mencerminkan jurang kesefahaman yang semakin melebar tentang harapan(expectation) dan realiti.

Kadar pengangguran dikalangan anak muda pada tahun lepas ialah 10.9%, tiga kali ganda kadar pengangguran negara iaitu 3.3%.

Dari jumlah 504,000 penganggur, 60% adalah anak muda yang berumur 20-30 tahun.

57,000 daripada 173,000 graduan yang dilahirkan tahun lepas masih menganggur selepas 6 bulan mencari kerja.

Antara 75-90,000 anak muda lepasan SPM diluarbandar menjadi penganggur dan masih mengharap subsidi ibubapa.

Daripada 1.47 juta kerja kosong yang ditawarkan tahun lepas, 86.9% adalah untuk tenaga kerja kurang mahir. Hanya 4.7% yang memerlukan ijazah.

Pelaburan asing pula masih menumpukan kepada projek yang tidak memerlukan tenaga mahir sebaliknya lebih menumpukan kepada mencipta pekerjaan kepada pekerja asing.

Kajian Merdeka Center pula mendapati 42% anak muda diantara 20-30 tahun hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Berdasarkan statistik diatas, huraikan pendapat anda dengan menggunakan tidak lebih 100 patah perkataan.


No comments: