ANWAR TAK PERLU LAYAN ORANG YANG MENGADA NGADA TABIATNYA



Zuraidah Kamaruddin, wakil Geng Kartel dalam PKR, yang sebelum ini dikatakan telah mengurus tiga pucuk surat kepada Anwar Ibrahim untuk mengadakan “mesyuarat perdamaian” nampaknya terus dengan sikap mengada-ngadanya.
Malah kali ini cuba mengugut Presiden PKR itu pula.
Besarnya kepala beliau ini?
Tegasnya, beliau akan terus mendesak Anwar untuk bertemu dengan mereka sehingga ia menjadi kenyataan.
Beliau berkata, mereka yang mahu bertemu Anwar termasuk Azmin Ali, dua naib presiden termasuk dirinya, 14 anggota majlis pimpinan pusat PKR dan enam yang lain dianggap dari ‘pihak lain’.
Zuraida yang juga Naib Presiden PKR seterusnya mengugut bahawa beliau tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat parti melainkan Anwar bersetuju bertemu beliau dan beberapa pemimpin lain yang memihak kepada Azmin.
Katanya, usaha telah dibuat untuk mendekati Anwar tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak memberi maklum balas kepada cadangannya agar rekonsiliasi atau perdamaian diadakan.
Zuraidah juga membayangkan akan turut memulaukan Kongres PKR yang akan diadakan Disember nanti sambil berkata, “kita akan seberang jambatan apabila kita sampai kepadanya”.
Perlukah Anwar melayan semua tuntutan ini?
Dalam hal ini, Anwar perlu tegas dengan pendiriannya seperti sebelum ini yang meminta Azmin dan Zuraidah agar hadir mesyuarat PKR jika ada apa-apa perkara mahu dibincangkan.
Tidak harus ada mesyuarat lain selain mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan mesyuarat Biro Politik dalam PKR.
Jika sekali Anwar melayan permintaan mereka ini, di lain kali mereka akan terus mengada-ngada untuk menuntut diadakan mesyuarat berasingan kalau ada sebarang masalah yang timbul.
Bayangkan, jika kemudiannya pihak lain juga menuntut perkara yang sama iaitu mesyuarat berasingan dengan Anwar?
Apa jadi kepada PKR akhirnya?
Sudah tentunya akhir PKR akan jadi caca marba dan mesyuarat MPP atau Biro Politik hilang fungsinya.
Lagi pula, sikap Zuraidah mengugut tidak akan menghadiri mesyuarat PKR selagi pertemuan yang diminta tidak ditunaikan hanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajarnya.
Di mana beliau belajar orang bawahan boleh mengugut seorang Presiden?
Kalau tidak berminat lagi dengan PKR, silalah cari wadah lain yang sesuai untuk meneruskan perjuangan.
Anwar harus terus dengan jadual mesyuarat MPP serta Biro Politik seperti biasa dan jika ada sesiapa terus tidak hadir mesyuarat tanpa alasan yang munasabah, tindakan sewajarnya sudah boleh diambil terhadap mereka.
Cukuplah bagi muka kepada mereka yang sudah besar kepala ini.
PKR harus ditekankan dengan disiplin kepada semua ahli dan pimpinannya agar ia terus berwibawa sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi dalam gabungan PH.
Lebih-lebih lagi pentingnya disiplin itu ialah kerana Anwar adalah bakal Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad ini. (Shahbudindotcom 17/09/2019)

No comments: