Monday, September 30, 2019

TUN M DAN MARUAH MELAYU




Ada seorang menteri berkata, tiada garis masa tempoh dua tahun berkenaan transisi jawatan Perdana Menteri daripada Tun M kepada Anwar Ibrahim.

Nampaknya, menteri ini pun mudah lupa juga bahawa tempoh dua tahun itu, walaupun tiada dalam perjanjian, tetapi dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir melalui mulutnya.

Dalam hal ini, sebelum menyampaikan ucapan di Himpunan Maruah Melayu pada 6 Oktober depan, sesuatu yang menteri berkenaan dan Tun M perlu sedar, Melayu akan sentiasa bermaruah kalau selalu bercakap benar, berpegang pada janji dan tidak cakap berbelit-belit, terutama berkaitan janji daripada mulutnya sendiri.

Berdegar-degar bercakap tentang maruah Melayu, tapi cakap lain buat lain, maknanya sama macam tiada maruah juga.


DAPAT PROJEK KUOTA MELAYU, MENYALAK SALAHKAN DAP

EZAM GELAR MAHATHIR REFORMIS PALSU.



1. Kenyataan keras dan tegas Dr Syed Husin semalam pasti mengundang pelbagai reaksi.
2. Beliau memberi peringatan jelas kepada pelopor dan pejuang Reformasi bahawa mereka wajib terus kental dan tegas pertahan prinsip dan semangat reformasi.
3. Kedudukan dalam kerajaan tidak boleh menjadi alasan untuk mereka kendur daripada terus berjuang melakukan perubahan dan reformasi didalam negara ini lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin parah, yang kaya terus kaya, elit terus bermaharajalela dan rakyat biasa semakin melarat dan papa kedana.
4. Syed Husin mempunya asas moral untuk memberi teguran keras ini. Beliau pelopor sebuah perjuangan rakyat yang panjang. Menjadi korban dan mangsa regim zalim. Pernah hilang hak meneruskan kerjaya mendidik sesuai kelayakannya yang cemerlang.(menerima PhD di LSE,universiti terkemuka dunia). Dan pernah dihumban dan merengkok bertahun2 didalam penjara.
5. Saya mendokong penuh kenyataan beliau. Sebagai seorang yang pernah memainkan peranan kecil di awal era reformasi saya dan ramai sahabat2 seperjuangan dapat merasakan concern dan keperihatinan Syed Husin didalam mempastikan agenda reformasi terus dijulang di negara ini.
6. Dalam suasana negara yang semakin celaru dan keliru, dengan percaturan jahat kelompok elit yang sekarang berada diluar kerajaan dan juga sebahagian daripadanya berada didalam kerajaan sendiri yang mula memainkan sentimen sempit bangsa dan agama, sikap dan tindakan Syed Husin dan setiap pejuang tulen reformasi mesti disokong, diperkuat dan diperhebatkan demi kelangsungan cita2 kita melihat perubahan dan reformasi benar2 berlaku di negara ini.
7. Reformasi, islah adalah tuntutan agama dan sirah, teladan jelas yang pernah di tunjukkan dengan jelas oleh Rasul2 Agung kita Nabi Ibrahim AS dan Muhammad SAW. Melawan penguasa yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak menjunjung prinsip keadilan adalah satu kewajiban dan asas bagi perjuangan reformasi.
8. Pada hemat saya perintah Allah yang paling relevan didalam konteks dunia hari ini khususnya di Malaysia dimana kelompok elit terus berkuasa dan kaya raya manakala rakyat biasa semakin terhempit adalah Firman Allah yang jelas didalam Al Quran Surah Al Hasyr ‘Jangan biarkan harta kamu hanya berlegar2 dikalangan orang2 kaya dan berkuasa dikalangan kamu’.
9. Maka, saya menyeru seluruh jiwa yang benar2 menghayati semangat dan prinsip reformasi ini bangkit mendokong kenyataan dan peringatan Syed Husin ini demi mempastikan semangat dan cita2 murni dan sebenar reformasi dan islah ini tidak dikhianati dan dirompak oleh kalangan mereka yang mengaku kononnya mahu melakukan reformasi tetapi sebenarnya sama sekali tidak berbeza dengan agenda musuh2 reformasi dan islah itu sendiri.
10. Saya gesa pemimpin2 reformasi palsu hari ini termasuk PM berhentilah menipu rakyat dengan pernyataan2 palsu dipentas dunia dan PBB kononnya pejuang keadilan dan menentang kezaliman. Tidak ada maknanya bercakap soal maruah sekiranya rakyat semakin merempat dibumi sendiri ,menteri2 anak emas dan anak sendiri yang berlaku sumbang dan songsang terus menjadi menteri. Memalukan.
10. Tun Mahathir jelas gagal mempertahankan prinsip dan semngat reformasi samada secara sengaja atau tidak. Dan atas semangat dan prinsip reformasi dan demi kelangsungan hidup rakyat miskin yang semakin terhimpit saya menyarankan agar Tun Mahathir berhenti daripada jawatan PM dalam kadar segera agar proses reformasi sebenar boleh dilaksanakan tanpa tangguh lagi.
Mohamad Ezam Mohd Nor
30 Sept 2019, 1 Safar 1441H.

MAJLIS PRESIDEN JANGAN LENA.JIKA TIDAK RAKYAT HUMBAN PH



Majlis Presiden PH kini tidak ada pilihan lain selain harus segera bertindak menyelesaikan pertikaian yang nampaknya berterusan berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Walaupun sebelumnya sudah ada persetujuan untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu dalam tempoh dua tahun, tetapi sebagaimana yang kita sedia maklum, kenyataan beliau sering berubah-ubah daripada semasa ke semasa.
Terbaru dikatakan beliau mahu tiga tahun pula sebagai Perdana Menteri.
Dengan itu, isu tersebut bukan saja telah meretakkan, malah menjadikan PH terus berpecah-belah.
Perkara ini jika dibiarkan pastinya akan menjadikan kemungkinan PH hanya kerajaan sepenggal lebih mungkin menjadi kenyataan.
Rakyat juga tentunya muak kerana sejak lebih setahun yang lalu, isu yang sama terus menjadi pertikaian tanpa ada sebarang titik penamatnya.
Tiada cara lain untuk mengelakkan perkara itu daripada berterusan menjadi pertikaian melainkan Majlis Presiden PH mesti segera bermesyuarat dan menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa yang telah dijanjikan itu.
Hal ini bukan saja berikutan desakan Syed Husin Ali berkenaan perkara itu, bahkan itulah juga sebenarnya yang dinanti-nantikan oleh rakyat, khususnya penyokong PH sendiri selama ini.
Blog ini sendiri sudah berkali-kali, malah tidak henti-henti membangkitkan perlunya tarikh peralihan kuasa kepada Anwar itu segera ditetapkan memandangkan PH ini, jika tanpa Anwar mengasas dan menggembleng kekuatannya sejak 1998, ia tidak mungkin berupaya menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Kenyataan terbaru Tun Mahathir di New York yang kemudian membuatkan Syed Husin bersuara mengecam Majlis Presiden PH, badan itu mesti segera bangun dan bertindak tanpa membuang masa lagi.
Majlis Presiden PH harus secepatnya membincangkan dan membuat keputusan berkenaan peralihan kuasa agar tiada lagi sebarang keraguan yang timbul.
PH mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah berbeza dengan BN sebelum ini yang mana Perdana Menteri daripada UMNO berkuasa sepenuhnya memilih pengganti mengikut selera dan kehendaknya.
Sebaliknya, dalam PH, yang berkuasa ialah Majlis Presidennya yang akan membuat keputusan secara konsensus, bukan Perdana Menteri.
Dalam hal pengganti Perdana Menteri, calonnya sudah pun ada dan yang menjadi isu hanya bilakah peralihan kuasa itu sepatutnya dilaksanakan.
Memandangkan Tun Mahathir sudah berusia 94 tahun dan hidup dalam usia bonus, maka adalah penting sebenarnya penetapan tarikh itu tidak lagi dilewat-lewatkan.
Bak kata pepatah, sediakanlah payung sebelum hujan.
Tetapi, jika selepas ini Majlis Presiden masih juga diam dan tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan isu peralihan kuasa itu, tanggapan umum tidak lain ialah pemimpin-pemimpin utama PH memang benar telah “dibonsaikan” dengan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan sehingga hilang suara untuk menegakkan kebenaran.
Mahu tidak mahu, perangai mereka sebenarnya saling tak tumpah seperti para pemimpin UMNO sebelum ini yang syok dengan kedudukan dan jawatan serta tidak berani menegur Najib Razak kerana jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Tidak malukah pemimpin yang ada dalam Majlis Presiden PH dengan perangai mereka yang sama saja seperti UMNO itu? (Shahbudindotcom 29/09/2019)


MP KEPONG NAFI LEPAS TANGAN ISU PERUMAHAN ERA BN

MCA MAHU CALON CINA DI TANJUNG PIAI

PRESTASI ANWAR TIDAK PERLU DIRAGUI..



Perkara lain yang turut disentuh oleh Tun Mahathir Mohamad di New York baru-baru ini ialah mengenai prestasi bakal penggantinya.
Kata Tun Mahathir, beliau tidak pasti sama ada penggantinya nanti akan melakukan yang lebih baik daripada apa yang dilakukannya sekarang.
“Saya tidak boleh menjamin orang yang menggantikan saya akan melakukan dengan baik, atau mungkin tidak terlalu baik.
“Saya tidak boleh jamin, tetapi kita boleh melaksanakan jentera yang betul.
“Jika anda bekerja mengikut sistem itu, saya fikir kita boleh mencapai matlamat status negara maju menjelang 2030,” katanya lagi.
Sambil itu Tun Mahathir juga mengungkit kekecewaan berhubung prestasi penggantinya yang mengecewakan ketika beliau berundur pada 2003 dahulu.
Kerana kecewa dengan Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir telah keluar daripada persaraannya dan berkempen mendesak pengunduran pengganti pilihannya itu.
Kemudian, apabila Naiib Razak menggantikan Pak Lah, prestasi Perdana Menteri ke-6 itu juga mengecewakannya terutama berhubung pembaziran, suka bermewah yang melibatkan Rosmah Mansor serta berkaitan skandal 1MDB.
Tun Mahathir seterusnya berpakat bersama PH dan sanggup berbaik dengan Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya semata-mata untuk menjamin kejayaan menumbangkan UMNO, BN dan Najib.
Kedua-dua Perdana Menteri selepasnya itu adalah sama ada pilihan Tun Mahathir sendiri atau yang disokong kuat olehnya.
Pengganti Tun Mahathir selepas ini ialah Anwar, tetapi berbeza dengan sistem dalam BN, pemilihan Presiden PKR sebagai bakal penggantinya bukanlah atas pilihan atau sokongannya secara peribadi.
Sebaliknya, Anwar dipilih sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 secara konsensus oleh parti-parti gabungan dalam PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan juga Bersatu.
Oleh kerana Tun Mahathir terkemudian menyertai PH dan gabungan itu telah meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak sekian lama, tetapi kerana beliau berada di penjara ketika itu, maka telah dipersetujui Pengerusi Bersatu itu sebagai Perdana Menteri interim.
Bagaimanapun, Tun Mahathir masih terikat kepada konsensus penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang dijanji dan dipersetujui oleh PH.
Jadi, perlukah Tun Mahathir risau tentang prestasi Anwar sebagai bakal penggantinya sedangkan ia bukanlah pilihan beliau?
Hakikat, berbanding risau tentang prestasi bakal penggantinya, Tun Mahathir sebaiknya harus lebih memikirkan untuk menunaikan janji konsensus tersebut kerana itulah yang menjadi penentu kestabilan PH seterusnya.
Tentang kedudukan Anwar, ia adalah pilihan serta ketetapan PH dan Tun Mahathir tidak harus membandingkannya dengan kedudukan Pak Lah atau pun Najib sebelum ini.
Kecuali jika Tun Mahathir memungkiri janji konsensus PH itu dan berusaha menjadikan pemimpin lain sebagai penggantinya, itulah barulah beliau seharusnya risau tentang prestasinya bila menjadi Perdana Menteri kelak.
Pendek kata, kedudukan Anwar sebagai bakal penggantinya tidak harus sama sekali membebankan Tun Mahathir untuk memikirkan tentang pretasinya.
Itu adalah beban dan tanggungjawab PH, bukan Tun Mahathir.
Beban dan tanggungjawab Tun Mahathir ialah menunaikan janji yang telah dipersetujui.
Tetapi, yang pasti, biasanya pilihan yang dibuat melalui persetujuan ramai iaitu empat parti dalam PH tentulah jauh lebih baik berbanding pilihan yang dibuat hanya melalui kepala sendiri. (Shahbudindotcom 29/09/2019)


Sunday, September 29, 2019

BERGAMBAR: AKTIVITI DSAI SEMINGGU LEPAS


Hadir ke Majlis Makan Malam Gala The Brand Laureate malam tadi di Hotel Majestic.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum

Bertemu Duta Republik Rakyat China Bai Tian di kediaman rasmi kedutaan semalam.
Pelbagai isu mutakhir dalam dan luar negara disentuh dalam lawatan tersebut.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman


Saya meluangkan masa menziarahi pusara ayahanda dan bonda tercinta di Sg Ramal dan Bukit Kiara petang semalam.


Terima berita sedih bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Saya berkesempatan menziarahi allahyarham di kediamannya di Wangsa Maju ketika bulan Ramadhan lalu.
Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menempuh dugaan ini.
..
Saya mendoakan roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM.

SERAH JAWATAN PM, TUN M TIDAK PERLU FOBIA DENGAN KISAH LAMPAU




Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu.

Tun M menyatakan tiada jaminan pimpinan selepas beliau akan lebih baik darinya. Beliau mungkin fobia dengan peristiwa lalu bila beliau menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Banyak agenda yang beliau rancang gagal diteruskan oleh Pak Lah, malah negara bertambah teruk apabila Najib mengambil alih pemerintahan. Tidak salah kalau Tun M merasa begitu fobia sekarang.


Namun kita harus terima hakikat bahawa apa jua perasaan Tun M sekarang, janji dan persefahaman di dalam PH dan kepada rakyat wajib ditunaikan. Kalau mahu bercerita tentang rasa gusar dan fobia, kami juga gusar dan fobia apabila PH mengambil keputusan untuk menamakan Tun M sebagai bakal PM sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Kami wajib merasa gusar dan bimbang kerana kami kenal Tun M bukan baru dan kami pernah menentang Tun M, bahkan reformasi tercetus ketika pemerintahan beliau.

Namun, kami berfikiran positif dan mengambil kira pandangan Anwar bahawa kita harus beri ruang untuk Tun M membuktikan bahawa beliau benar-benar telah berubah. Beliau keluar dari Umno/Bn merupakan perubahan dan tindakan awal serta hijrah yang baik dan perlu kita sokong. Maka, kami tidak lagi berwasangka buruk dan fobia dengan Tun M.

Tun M tidak boleh menyamakan kisah penyerahan jawatannya kepada Pak Lah. Itu peristiwa yang hanya berlaku di dalam Umno, pemimpin bertukar tetapi dasar dan sikap Umno tetap sama. Ibarat satu kumpulan perompak yang menukar ketua saja.

Penyerahan jawatan Tun M kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun ini jauh berbeza dengan era beliau di dalam Umno dahulu. Bahkan, kami berpendapat kunci reformasi sebenar terletak di tangan Anwar kerana beliau pelopornya.
Jangan samakan Anwar dengan Pak Lah, jauh sekali dengan Najib. Benar, tiada sesiapa pun boleh beri jaminan bagaimana keadaan negara di masa akan datang, itu semua di bawah ilmu Allah.

Apa yang kami harapkan dari Tun M sewaktu kami bersetuju menerima Tun M sebagai PM ke 7, itu pun banyak tidak kesampaian. Di luar kuasa kami untuk menjamin Tun M akan mampu melaksanakan kesemuanya. Bahkan, tiada jaminan sekiranya Tun M kekal sebagai PM sehingga PRU15 kita akan menang. Apa jaminannnya?

WFAUZDIN NS

Bagaimana agama ditunggang demi kepuasan nafsu serakah lebai dedak..



Bagaimana agama ditunggang demi kepuasan nafsu serakah lebai dedak..

Masa dia kafirkan Umno, dia baca..
'waman lam yahkum..' 
Masa dia kahwin dengan Umno, dia baca..
'wain janahu lis salmi..'

Masa dia kawan dengan DAP, dia baca..
'wain ahadun minal musyrikin..'
Masa dia buang DAP, dia baca.. 
'la yattahizil mukminun..'

Masa dia dok guna Bang Mat kutip derma buat markas, dia baca..
'innamal mukminuna ikhwah..' 

Masa dia buang Bang Mat, dia baca hadith 
'man faaraqal jamaah qaida syibrin..'

Sama-sama dia, dia baca ayat syurga..macam syurga hak dia.. 
Depan orang lain, dia baca ayat neraka..macam dia kompom tak masuk neraka..

Orang lain buat maksiat, dia kutuk habis²an..dia buat maksiat, dia tutup dengan serban..

Jangan marah haaa...! 

- Ust Zola -

Blog Archive

My Blog List

Followers