Friday, August 23, 2019

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM



KENYATAAN MEDIA

Saya menggesa penganjur himpunan ‘Say No To Zakir Naik’ serta beberapa himpunan lain untuk menghentikan penganjuran kerana keadaan sudah reda dan tiada keperluan untuk melakukannya.

Zakir Naik juga sudah dilarang untuk berceramah di seluruh negara oleh pihak polis, maka meneruskan bantahan tersebut hanya akan meningkat serta memanaskan suhu politik negara, sekaligus mengundang pelbagai reaksi.

Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai himpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

ANWAR IBRAHIM

23 Ogos 2019

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers