Saturday, August 31, 2019

ASAL WALAUN PASTI BODO

TIADA PILIHAN. TUN M JANJI SERAH KUASA



Menjawab kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar Ibrahim dalam kabinet, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, akan ada kekosongan kalau Perdana Menteri meletakkan jawatannya.
Kata-kata Dr Wan Azizah itu secara tidak langsung memperjelaskan lagi hakikat bahawa tempat yang selayaknya untuk Anwar ialah Perdana Menteri, bukannya menteri.
Maksud Tun Mahathir pun apabila beliau mengatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar adalah kerana beliau memang telah memperuntukkan kerusi Perdana Menteri untuk penggantinya itu.
Kenyataan tentang kedudukan Anwar ini bukan saja kerana janji yang sudah dikonsensuskan sedemikian rupa untuk beliau, malah dalam PH sekarang juga tiada yang lebih layak selain Presiden PKR itu untuk menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Lebih dari itu, oleh kerana sudah ada perjanjian tersebut, Anwar sendiri tidak pernah berniat atau ada meminta untuk menjadi menteri dalam kabinet Tun Mahathir.
Umpama kata, kalau sudah diperuntukkan kerusi CEO buatnya, buat apa Anwar mahu jadi Pengurus Besar buat sementara.
Lebih baik beliau menunggu janji yang sudah dipersetujui itu ditunaikan kepadanya.
Dalam hal ini, Tun Mahathir juga kemudiannya, buat kesekian kalinya, sekali lagi mengikrarkan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri apabila beliau meletakkan jawatan nanti.
Kata Tun Mahathir, beliau terikat dengan janji itu dan akan tetap menunaikannya seperti yang telah dipersetujui.
Beliau juga mengulangi tidak akan berkhidmat sehingga PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 akan datang.
Makna kata, sama ada menjelang dua tahun atau melewati sedikit daripada tempoh itu, Tun Mahathir tetap akan melepaskan jawatannya serta akur dengan kedudukan Anwar sebagai penggantinya.
Tiada pilihan, itulah yang sebaik-baiknya untuk Tun Mahathir, PH dan kepimpinan Anwar sebagai nafas baru dipercayai mampu mengemudi parti untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU15 seterusnya. (ShahbudinHusin 31/08/2019)

AKAN TEPATI JANJI SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR – TUN M

KERJASAMA UMNO – PAS RAPUH DI TANGAN MIC, MCA?

BUKAN BAS MINI ‘MERAH JAMBU’ KEMBALI KE KL

MELAKA BINA RUMAH MAMPU MILIK RM100,000

Friday, August 30, 2019

TIADA JAWATAN KOSONG BERMAKNA ANWAR AKAN DILANTIK PM



Realitinya tidaklah sukar memahami kenyataan Tun Mahathir Mohamamd apabila beliau menyatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim.
Kenyataan itu adalah sebagai penjelasan bahawa rombakan kabinet yang bakal dilakukannya tidak lama lagi hanyalah bertujuan menukar portfolio menteri-menteri tertentu saja.
Oleh kerana ia hanya menukar portfolio, bermakna tiada pengguguran atau perlantikan orang baru sebagai menteri.
Sebab itu, kata Tun Mahathir, oleh kerana tiada sesiapa mahu meletak jawatan dan tiada kekosongan, maka tiadalah ruang untuk Anwar dilantik sebagi menteri.
Itulah logiknya.
Jawapan Tun Mahathir bagaimanapun tidak lebih sekadar menjawab soalan wartawan yang bertanya tentang kedudukan Anwar sama ada akan dilantik sebagai menteri atau tidak dalam rombakan kabinet yang bakal dilakukannya.
Ia tidak bermaksud Tun Mahathir menolak untuk Anwar berada dalam kabinet atau memberi gambaran ada ura-ura mahu membawa Presiden PKR itu menjadi menteri.
Perkara itu sudah pun dijelaskan oleh Anwar bahawa beliau tidak pernah berniat sama sekali untuk berada dalam kabinet yang ada sekarang.
Kedudukan Anwar sebenarnya bukanlah untuk menjadi menteri, tetapi sebagai pengganti yang telah dipersetujui kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Untuk itu, kenyataan Tun Mahathir semalam lebih mengesahkan bahawa beliau tidak bersedia melantik Anwar dalam kabinetnya kerana beliau memang telah menyediakan ruang untuk Anwar menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri.
Tempat Anwar sebagai bakal Perdana Menteri secara tidak langsung telah disahkan oleh Tun Mahathir dan bukannya untuk mengisi mana-mana jawatan menteri.
Hanya waktu dan masa saja lagi yang akan menentukan bila penyerahan jawatan itu akan dilaksanakan.
Bagi Anwar pula, tidak berniatnya beliau berada dalam kabinet Tun Mahathir adalah disebabkan sudah ada konsensus mengenai kedudukannya sebagai pengganti Perdana Menteri.
Lagi pula, isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri ketika ini dan sedang bersama-sama dengan Tun Mahathir menguruskan kerajaan.
Maka, sudah tentu tidak molek jika dalam keadaan isterinya sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau yang sudah dipersetujui sebagai pengganti Tun Mahathir mahu turut sama juga berada dalam kabinet sebagai menteri.
Pilihan Anwar untuk tidak berada dalam kabinet dan tidak mahu mengganggu pentadbiran Tun Mahathir – Dr Wan Azizah adalah keputusan yang tepat dan wajar.
Ia adalah demi keharmonian PH itu sendiri dan agar Anwar dan Dr Wan Azizah tidak ditohmah dengan pelbagai dakwaan kerana suami isteri berada dalam kerajaan secara serentak.
Apabila tiba waktunya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir nanti, Dr. Wan Azizah secara automatik akan turut berundur sama.
Tidak akan berlaku keadaan di mana Anwar dan Dr Wan Azizah sebagai suami isteri akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada waktu yang sama.
Pengunduran Dr Wan Azizah adalah bertujuan memberi laluan kepada Anwar menyusun kabinetnya sendiri dan melantik Timbalan Perdana Menteri baru yang dipersetujui secara konsensus oleh PH.
Oleh itu, tiada apa-apa sebenarnya yang perlu digegak-gempitakan atau cuba diselewengkan fakta berhubung kedudukan Anwar dalam kabinet dan masa depannya sebagai pengganti Perdana Menteri daripada apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir semalam.
Kedudukan beliau adalah janji yang telah dikonsensus dan dipersetujui dan cubaan mengingkarinya tidak lain adalah tindakan mahu menghancurkan PH sebagai kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU14 lalu. (ShahbudinHusin 30/08/2019)


ERA PH: KRITIKAN BERFAKTA PERLU KUKUHKAN KERAJAAN

JANGAN BIAR KEMERDEKAAN DIRAMPAS GOLONGAN PELAMPAU

INGAT SENANG KE KALAU PERANG SAUDARA?

KEMISKINAN DIUKUR DENGAN JUMLAH PENERBANGAN?

APAKAH ELEMEN DIKTAKTOR PM4 KINI DIAMALKAN PM7 ?



Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad selalu mengalu-alukan teguran dan kritikan.
Kata beliau, teguran dan kritikan adalah umpama cermin yang membolehkan pihaknya memperbaiki kesilapan.
“Tanpa teguran dan kritikan, kita tidak nampak apa kesilapan kita.
“Dan cuba kita tak tengok cermin dua tiga hari, kemudian kita keluar rumah, adakah rupa kita makin elok?” demikian lebih kurang antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir dalam mengalu-alukan teguran serta kritikan.
Tapi apa sudah jadi sekarang?
Mengapakah Dr Rais Hussin, Ahli MPT Bersatu mahu diambil tindakan disiplin hanya kerana memberikan pandangan yang berupa kritikan dan teguran?
Berhubung kritikan Dr. Rais yang meramalkan PH akan kalah jika PRU diadakan dalam masa terdekat ini, Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu semalam mengakui tindakan disiplin akan diambil terhadapnya.
“Kita telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya perlu adanya disiplin dalam parti, khususnya ahli-ahli dalam Majlis Presiden juga Majlis Tertinggi, iaitu mereka yang ada pegang jawatan.
“Mereka perlu berhati-hati bila membuat pengumuman, kalau mereka membuat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diambil terhadap mereka, dan ini diputuskan berkenaan dengan projection (ramalan) kononnya PH ini akan kalah PRU akan datang.
“Tak tahulah pendapat dia, tetapi kita akan adakan penyelidikan, akan kemukakan kepada Lembaga Disiplin parti dan Lembaga Disiplin akan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi untuk Majlis Tertinggi akan ambil tindakan yang dicadangkan oleh Lembaga Disiplin,” jelasnya.
Ternampak dengan keputusan mesyuarat Bersatu semalam, Tun Mahathir seolah-olah tidak lagi sedia menerima teguran dan kritikan.
Walhal, jika diteliti, teguran dan kritikan Dr Rais bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan parti, malah apa yang disuarakan beliau itu benar-benar merupakan cermin untuk PH memperbaiki dirinya.
Ini kerana, apa yang dinyatakan beliau ialah perlunya PH segera menunaikan janji-janji manifestonya jika tidak mahu kalah PRU akan datang.
Dalam memberikan hujah dalam sebuah forum di UIA baru-baru ini, Dr Rais berkata, PH mempunyai tempoh kira-kira tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janji PRU14.
“Dalam senario sekarang, kalau kita adakan pilihanraya esok, UMNO dan PAS akan menang,” kata beliau.
Berdasarkan apa yang dinyatakannya itu, di mana salahnya hujah tersebut dan dari sudut mana ia dianggap telah merosakkan imej parti?
Lagi pula, Dr Rais telah membentangkan hujah-hujahnya itu dalam sebuah forum terbuka di sebuah universiti dan segala pandangan beliau seharusnya dilihat dari sudut yang positif.
Kenapa Tun Mahathir tidak mahu melihat teguran dan kritikan Dr Rais itu sebagai cermin untuk PH dan Bersatu memperbaiki lagi dirinya sebagaimana yang selalu disebutnya sebelum ini?
Adakah beliau kini sudah berubah dan tidak lagi boleh dikritik?
Adakah Tun Mahathir sudah lupa kepada kata-katanya sendiri?
Atau elemen kediktatoran PM4 sebenarnya semakin meresapi PM7 sekarang ini? (ShahbudinHusin 30/08/2019)

Blog Archive

My Blog List

Followers