CARA ANWAR BERUNDING , PAS SAKIT HATI KAH ?



Di dalam menangani isu projek tambakan laut di P.Pinang yang mendapat bantahan dari sekumpulan nelayan di kawasan yang terlibat, maka langkah pertama Anwar adalah meneliti isi kandungan memorandum bantahan sekumpulan nelayan tersebut dan Anwar juga membaca laporan dari kerajaan negeri P.Pinang tentang perlaksanaan projek tersebut serta kontroversi yang timbul. Ertinya, Anwar mendengar dari kedua-dua pihak.

Anwar serius untuk menyelesaikan isu ini sehingga beliau bertemu dengan PM untuk memaklumkan kepada PM bahawa beliau akan turun bertemu para penduduk nelayan yang terlibat bagi mendengar keluhan mereka. Apa yang tidak betulnya tindakan Anwar ini? Mengapa pemimpin Pas P.Pinang merasa gusar dengan tindakan Anwar itu?

Sebenarnya pemimpin Pas P.Pinang itu mahu agar isu ini berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan agar puak-puak lebai ini boleh gunakan sebagai modal pilihanraya umum nanti. Mereka tahu Anwar bukan Menteri atau KM atau Exco kerajaan negeri yang ada kuasa di dalam isu berkenaan. Anwar hanya Presiden KEADILAN dan MP Port Dickson yang mahu membantu menyelesaikan isu tersebut. Itu sahaja. Kalau pemimpin Pas P.Pinang hanya tahu bertepuk tangan sahaja melihat para nelayan sedemikian, janganlah cemburu dan sakit hati sekiranya Anwar sanggup mendengar rintihan mereka.

Anwar bukan seperti pemimpin Pas yang tidak berfikir panjang. Anwar pemimpin yang suka mendengar dari semua pihak kerana tidak semua yang kerajaan buat itu betul dan tidak semua juga yang dibantah oleh nelayan itu tepat. Kerajaan negeri ada alasan dan hujah untuk mereka merancang projek berkenaan, manakala para penduduk nelayan juga ada alasan dan hujah mereka.

Anwar mahu kedua-dua pihak terus berunding bahkan beliau sendiri akan bertemu dengan KM P.Pinang bagi membantu menyelesaikan isu ini. Apa yang bagusnya, KM P.Pinang juga turut menyatakan persetujuan untuk bertemu Anwar. Ertinya, semua pihak serius untuk selesaikan isu ini dengan baik.

Apa yang lebai Pas susah hati sangat? Mereka mahu Anwar buat keputusan paksa pihak lain ikut kehendaknya? Maaf, Anwar bukan macam pemimpin lebai.

WFAUZDIN NS

No comments: