Tuesday, July 23, 2019

AZMIN ATAU ANWAR AKAN DISIASAT?

Image result for anwar ibrahim dan azmin ali

PETALING JAYA: Spekulasi tersebar luas dalam kalangan pimpinan PKR bahawa polis mungkin akan menyoal seorang orang besar politik sebelum selesaikan siasatan ke atas video seks sejenis yang didakwa mengaitkan seorang menteri.
Seorang pemimpin PKR yang tidak mahu dinamakan berkata, beberapa pemimpin mendapat tahu polis mungkin akan memanggil seorang pemimpin sebelum menyoal orang besar itu.
“Kami sedang bersedia,” kata sumber itu, selepas berita mengenai polis memanggil seorang Adun awal hari ini( SEMALAM).
“Selepas polis memanggil Adun itu hari ini, mereka mungkin memanggil seorang lagi pemimpin. Selepas itu, mereka mungkin menyoal orang besar itu sekiranya mereka rasa perlu menyoalnya bagi menyelesaikan siasatan,” katanya.
Sebuah portal online sedang mendapatkan pengesahan daripada Bukit Aman.
Sumber itu juga hairan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali mengumumkan dia tahu siapakah dalang yang terlibat dalam pengedaran video seks sejenis itu “walaupun polis tidak mendedahkan nama”.
“Adakah Azmin punyai maklumat dalaman?” katanya.
Beliau berkata pengumuman seperti itu sepatutnya daripada ketua polis negara atau menteri dalam negeri yang mungkin ada maklumat mengenai siasatan itu.
“Seorang menteri yang didakwa mempunyai kaitan dengan video itu membuat kenyatan sedemikian adalah luar biasa,” katanya.
Malam tadi, Azmin dilaporkan berkata dia tahu identiti dalang sebalik pengedaran video seks sejenis yang didakwa membabitkannya.
Dia enggan menamakan orang itu kerana perkara itu masih dalam siasatan polis. FMT.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers