SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN POLIS, HAZIQ DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB

KENYATAAN MEDIA
Memperakui kenyataan pimpinan Biro Politik minggu lalu bahawa Parti KEADILAN menolak politik lucah dan jijik maka Lembaga Disiplin KEADILAN telah bersidang pada hari ini untuk membincangkan isu video lucah.
Kami ambil maklum mengenai pandangan dan cadangan serta komen semua pihak khususnya dalam media sosial.
Kami ingin menggesa kepada semua anggota parti untuk menghadapi ujian dan cabaran ini dengan berhemah dan menghormati keluhuran undang-undang.
Anggota yang cinta dan kasihkan perjuangan parti perlu berganding bahu untuk memperkuatkan keutuhan parti.
Lembaga Disiplin juga telah memaklumkan kepada Biro Politik seperti berikut:
1. Surat tunjuk sebab akan diberikan kepada Saudara Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Santubong kerana telah mencemarkan nama parti dengan membuat kenyataan umum yang menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi dan keperibadian pemimpin parti.
2. Lembaga Disiplin ambil maklum penafian oleh YB Timbalan Presiden dan akan meneliti sebarang penjelasan sekiranya ada.
3. Kami juga menunggu siasatan serta dapatan daripada PDRM atau pihak lain yang berotoriti terlebih dahulu.
4. Lembaga Disiplin juga ingin memberi amaran keras kepada semua anggota parti supaya tidak membuat kenyataan tanpa asas dan fakta kepada pimpinan parti.
Sekian, harap maklum.
LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
19 Jun 2019.

No comments: