Wednesday, June 12, 2019

SAMPAI BILA AZMIN MAHU BERDIAM DIRI?


Alamak…satu lagi kejutan berlaku!!!

Belum pun Azmin Ali sempat menafikan sama ada lelaki dalam video seks sumbang yang didakwa menyerupainya itu adalah dirinya atau tidak, pasangan dalam video terbabit telah pun lebih dulu muncul membuat pengakuan.

Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama dalam pengakuan yang dibuat melalui FBbya lewat malam tadi mengakui bahawa beliau adalah lelaki yang di atas katil bersama menteri itu.
Kata, video itu dirakam tanpa pengetahuannya di sebuah hotel di Sandakan ketika kempen PRK kawasan itu, Mei lalu.
Kenapa Haziq begitu bangga dan tiada rasa malu mengakui beliau adalah lelaki dalam video itu?

Sedarkah beliau, sebagai seorang Islam dan jawatan dalam kementerian yang disandangnya, beliau sebenarnya sedang memalukan dirinya sendiri?

Tetapi, apa jadi kepada Azmin selepas ini?
Bagaimana lagi beliau mahu menafikan dirinya tidak terlibat berikutan Haziq sudah pun lebih awal membuat pengakuan?
Apakah Azmin akan cuba juga menafikannya atau sekadar berdiam diri berhubung isu ini?

Atau apakah, berikutan skandal yang terdedah ini, Azmin akan meletak jawatan dan berundur terus daripada politik? (Shahbudindotcom 12/06/2019)


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers