MISTERI VIDEO BAKAL TERBONGKAR TAK LAMA LAGI, LENAKAH TIDUR AZMIN SEKARANG?


Dua perkara penting yang berlaku hari ini adalah petunjuk kian nyata bahawa kebenaran isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali bakal terbongkar tidak lama lagi.
Pertama, laporan media Australia yang meminta pandangan beberapa pakar digital mendapati tiada sebarang pengubahsuaian dikesan pada video tersebut.
“Saya menjalankan beberapa analisis forensik terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa mendapati tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelas Kevin Nguyen, seorang pakar digital yang biasa menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Seorang lagi pakar digital, Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.
“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung,” jelasnya.
Dengan kata lain, berikutan pengesahan dua pakar digital itu bahawa tidak ternampak sebarang pengubahsuaian pada video itu, bermakna ia adalah video yang asli.
Bermakna, jika pakar digital Malaysia membuat analisa terhadap video itu selepas ini, dapatannya juga adalah sama iaitu ia adalah video asli dan tiada pengubahsuain.
Jeng…jeng…jeng…mana mahu lari lagi?
Hanya satu perkara saja lagi yang penting untuk ditentukan ialah sama ada lelaki dalam video itu adalah Azmin atau tidak.
Tetapi, jika keaslian video sudah boleh disahkan, mengesan pelakunnya tentulah tidak sesukar mana untuk dilakukan.
Apatah lagi, berdasarkan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, beliau bukan saja mengakui dirinya adalah lelaki dalam video tersebut, bahkan turut menyebut pasangannya ialah Azmin.
Sekarang, terserah bagaimana Azmin mahu bersilat kepada pihak polis selepas ini.
Perkara kedua yang berlaku hari ini yang turut memberi petunjuk semua misteri mengenai video itu akan terbongkar dalam waktu terdekat ialah apabila pihak polis membatalkan hasrat mengambil keterangan Hilman Idham, Setiausaha Politik kepada Azmin.
Hilman sepatutnya diambil keterangannya pagi ini dan beliau telah pergi ke IPD Sepang pada jam 11.05 pagi tadi, tetapi keluar lima minit kemudiannya apabila dimaklumkan maklumat yang diambil daripadanya sebelum ini sudah mencukupi.
Apakah ini bermakna, oleh kerana pihak polis sudah mengambil keterangan Haziq dan membawanya menjalani pemeriksaan doktor, maka segala apa yang diperlukan polis daripadanya sudah dianggap mencukupi serta tidak memerlukan lagi apa-apa keterangan tambahan?
Dalam konteks yang sama, tidak pula dipastikan sama ada Azmin sudah dipanggil polis atau belum untuk diambil keterangannya.
Yang nyata, berdasarkan dua perkara tersebut dan ditambah dengan Haziq yang cepat dibebaskan dengan jaminan polis semalam, beliau tidak ditahan reman dan tidak juga passport antarabangsanya dirampas, semua ini seolah-olah membawa erti bahawa segala makumat yang diperlukan oleh pihak polis dalam membongkar misteri video itu sudah lebih daripada mencukupi.
Kata polis, Haziq tidak berisiko untuk melarikan diri ke luar negara kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
Walaupun ketika ditahan beliau dalam perjalanan pergi ke Manila, pihak polis tentu ada asas yang kukuh untuk meyakini Haziq.
Namun, apakah makna semua ini?
Apakah segala-galanya hanya menunggu masa untuk IGP, Abdul Hamid Bador membuat sidang media khas mengenai kebenaran video itu dalam sehari dua ini?
Lenakah tidur Azmin sekarang? (Shahbudindotcom 17/06/2019)

No comments: