Touch N Go edisi Anwar Ibrahim disahkan palsu


 
 
 
 

PETALING JAYA: Touch ‘n Go hari ini mengesahkan “kad edisi Anwar Ibrahim” yang tular di media sosial sebagai palsu.
Touch ‘n Go dalam kenyataan hari ini menyangkal dakwaan ia menerbitkan kad memaparkan presiden PKR itu dan meminta orang ramai mendapatkan maklumat sahih daripada saluran yang sah.
“Para pelanggan dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi media sosial Touch ‘n Go di Facebook dan Twitter @MyTouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan kami,” katanya.
Tinjauan di Facebook mendapati terdapat beberapa perkongsian mengenai “kad edisi Anwar Ibrahim” pada harga RM50, RM150 dan RM250 Terdapat juga perkongsian yang mendakwa kad istimewa yang tertera “Hapuskan Tol” boleh didapati secara percuma di kaunter-kaunter Touch ‘n Go terpilih.
Touch ‘n Go meminta orang ramai berhati-hati dengan penipuan di media sosial, dan sebarang keraguan atau pertanyaan boleh diajukan menerusi talian rasminya..


No comments: