Monday, May 20, 2019

PAS DALAM KACAU : KARTEL DEDAK DAN KAKI HASUT LAGAKAN HADI DAN MENANTU

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dudukImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan teks

Imej mungkin mengandungi: 3 orang

Dah maklumkan kepada SUA tentang media sendiri yang melaga lagakan saya dengan tok guru. Page Mujahid Siber 2 menggambarkan saya seolah-olah menentang tok guru,page rasmi tok guru sendiri dilihat sebagai "tidak restu", spin konteks isu sebenar bagi menggambarkan tok guru seolah2 menentang saya pula. Berita akhbar biasanya boleh dibeli dan dibayar beritanya. Petunjuk jelas sesuatu berita itu dibeli ialah tidak professional wartawan berlaku. Saya kenal kartel2 ini yang biasa beli page berita akhbar2 tertentu.
Mr SMN dari Kedah yang biasa buat round jaja konon2nya tok guru x tegur saya 3 tahun. Fitnah dalaman dicernakan dalam bentuk saraf media. Tahniah team media kartel dedak.
Tok guru tak setuju dedak, saya tak setuju dedak. Tok guru menanamkan integriti yang tinggi untuk parti dan ahli ahli parti dan saya mendokongnya. Dimana point saya lawan tok guru. Tak ada. Sabtu 2 minggu lepas (4 Mei 2019) tok guru datang makan tengahari rumah saya. Sebelum tu saya kerap ke IJN waktu tok guru warded di sana. 2 minggu lagi insyallah balik raya di Rusila..
Yang melagakan-lagakan saya ialah kartel dedak yang menggambarkan tok guru ambik dedak cuma saya keras kepala lawan keputusan tok guru. Ini potrey yang berjaya dibuat oleh kartel dedak dan racunnya dimakan oleh mutassibun (pentaksub).
Tahniah group media kartel dan KH (kaki hasut) boleh teruskan kerja lapor benda yang separuh masak.
Sekian.
Nota: posting ini tak termasuk dalam gage order SUA dan saya dah PM beliau 2 hari lepas waktu berita ni tersiar.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers