Friday, May 31, 2019

ISU AGAMA DAN BANGSA MAINAN PEMBANGKANG. MELAYU BAKAL DITIPU LAGI.

*ISU AGAMA, PERKAUMAN PUNCA MELAYU BENCI PH*

29/05/2019
KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering *dibawa Umno dan Pas* mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, *Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.*

*Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.*

“Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

*”Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.*

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan vaucer kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

*Fuziah berkata sepatutnya Pas lebih memikirkan isu rasuah dan hutang negara yang tinggi yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN*

*Dalam pada itu, Fuziah turut menasihatkan supaya Umno dan Pas tidak memainkan isu tersebut kerana negara ini masyarakatnya berbilang bangsa dan taat kepada perlembagaan negara.*

*”Kita sepatutnya perlu berbangga kerana Malaysia merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama namun mereka menjunjung dan mematuhi perlembagaan negara.*

*”Jangan rosakan reputasi ini supaya rakyat tidak salah faham..saya kira mereka tidak harus mempersoalkan kerana pemimpin dalam PH sentiasa mempertahankan Islam dan perlembagaan,” katanya.*

ADA PENGHALANG, MAHATHIR JAMIN SERAH KUASA KEPADA ANWAR

MALAYSIA AKAN GUNA TEKNOLOGI HUAWEI SEBANYAK MUNGKIN

INI PUNCA BIL TNB NAIK?

KIRIMAN : PENGGUNA RAKYAT MALAYSIA



Ini lah salah sebab kenapa Bil TNB kite naik...nahh admin dedahkan isu dalaman TNB.

CELAKA TNB ..itu aje aku boleh nak cakap..!!

Pada 15 hb May 2019, sistem bil TNB mengalami masalah pada database mereka.

TNB cuba untuk restore tetapi gagal disebabkan database telah corrupted.

Mereka cuba mengambil data yang lama untuk dimasukkan kembali ke dalam system bil dan ianya berjaya.

Tetapi mereka ada satu masalah:

TNB menggunakan sistem bil di mana lebih banyak kita menggunakan; lebih mahal bil akan dikenakan.

Akibat kegagalan BCRM mereka; pembaca meter elektrik gagal membaca meter pada hari yang ditetapkan. Apabila sistem kembali pulih sedia kala, mereka datang mengambil bacaan tetapi tidak memberi bil kepada pengguna.

Hasilnya; kiraan meter lebih daripada 30 hari dan pengguna terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya mereka membayar...
TNB sedar tapi mereka tidak dapat buat apa-apa kerana mereka telah gagal memastikan database mereka terlindung daripada sebarang kesilapan sistem. Hasilnya pembaca meter gagal.





Selamatkan Pulau Pinang! Tolak Tambak 3 Pulau!


Salma Khoo
George Town, 31/5/2019, Malaysia
18 MAY 2019 — 
BM / English / 中文 / தமிழ் / 日本語 / BI
Kami membantah cadangan untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow (The Star, 6 Mei 2019). Kurangnya rundingan awam dan maklumat lengkap mengenai projek ini amat mencemaskan, memandangkan skala besar cadangan penambakan itu yang melibatkan 4,500 ekar atau 7 batu persegi – sebesar Johor Forest City! Kami menggesa Tun selaku Pengerusi Majlis Perancangan Fizikal Negara untukmenolak Projek Mega ‘Tambak Selatan Pulau Pinang’ (Penang South Reclamation – PSR) atas sebab-sebab yang berikut:
  1. Projek penambakan ini akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan di Pulau Pinang. Memandangkan ikan yang semakin pupus di seluruh dunia, sumber perikanan pantai ini merupakan jaminan keselamatan makanan kita. Ia membekalkan keperluan tempatan serta industri makanan dan pelancongan Pulau Pinang. Sekali dimusnahkan, harga makanan laut akan melambung naik, melangkaui apa yang penduduk Pulau Pinang mampu.
  2. Kehidupan 4,817 nelayan pantai dipertaruhkan. Nelayan-nelayan ini telah membantah berulang kali, bantahan yang terbesar diadakan oleh 1,500 nelayan mewakili 14 persatuan di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar (Berita Harian, 13 Disember 2015), yang terkini pada awal 2019. Pengalaman nelayan dengan projek penambakan di pantai utara untuk projek STP2 menunjukkan mereka tidak dilindungi dengan baik oleh Kerajaan Pulau Pinang walaupun diberikan jaminan.
  3. Kesan perlombongan pasir juga akan turut dirasakan di Perak. Dasar laut (zon benthic zon) akan dikorek dan musnah. Seperti mana dalam projek tambak pantai utara, nelayan di Pulau Pinang dan 6,080 nelayan di Perak akan turut menjala lumpur dan batu-batan, serta mengalami kerosakan pada pukat ikan mereka. 
  4. Pantai selatan Pulau Pinang akan habis musnah. Alam sekitar pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar akan menjadi rosak akibat penambakan dan pencemaran. Penduduk tempatan bukan sahaja kehilangan pemandangan saujana pantai tetapi juga pantai yang menjadi tempat rekreasi mereka. Reputasi ekopelancongan Pulau Pinang akan ternoda oleh projek yang tidak bertanggungjawab ini.
  5. Habitat pantai dan Hidupan Bawah Air (SDG 14) akan musnah. Tempat membiak Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle) yang tersenarai oleh IUCN sebagai spesie terancam ("vulnerable") dan "taman permainan" ikan lumba-lumba Indo-Pacific Humpback Dolphin dan Indo-Pacific Finless Porpoise akan tergugat. Pengelodakan mungkin sampai ke Pulau Kendi yang kaya dengan karang laut. Biodiversiti marin di sekitarnya akan tertekan dan lenyap.
  6. Projek ini tidak menghiraukan alam sekitar dalam menghadapi krisis iklim. Sementara mengklaim untuk mensasarkan 40% pengurangan, projek tambak laut ini akan menjana tambahan 3.2 juta tan pelepasan karbon tahunan (Sumber, 18 Nasihat, 18 April 2019).
  7. Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion adalah alasan yang remeh bagi penambakan laut. Tambakan dan jualan tanah kononnya bertujuan untuk membiayai pelaksanaan PTMP bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Akan tetapi versi terkini PTMP pada asasnya tercela kerana terdiri daripada projek yang terlampau mahal dan bukannya penyelesaian bersepadu dan berdaya maju.
  8. Alasan tambahan bagi tebus guna tanah adalah meragukan. Cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang Pulau Pinang telah luput, digantikan oleh rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Lokasi pusat pentadbiran dan ruang awam yang dicadangkan tidak sesuai bagi kebanyakan penduduk Pulau Pinang. Tambahan pula, pengembangan perbandaran masa depan adalah berdasarkan ramalan penduduk yang tidak realistik, iaitu 2.45 juta, dibandingkan dengan 1.98 juta yang ditaksirkan oleh Jabatan Perangkaan!
  9. Kekurangan tanah sekadar dalih untuk menambak laut, hakikatnya adalah kepincangan perancangan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memiliki 4,500 ekar tanah di Seberang Perai. Dalam Visi 2030, Ketua Menteri Pulau Pinang berjanji untuk membawa pembangunan yang amat diperlukan kepada penduduk Seberang Perai. Ini boleh dicapai dengan melabur dalam prasarana yang sempurna dan lingkaran pengangkutan awam yang sebaiknya, merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang – bukannya dengan penambakan laut di selatan pulau.
  10. Kerajaan Pulau Pinang tidak telus mengenai projek ini. Dari mula lagi, pameran 20 jilid cadangan SRS amat terhad, di mana pengunjung tidak boleh membuat salinan, membawa kamera ataupun telefon bimbit. Sampai ke hari ini, tiada rincian kos sebarang komponen PTMP, termasuk penambakan, yang boleh diperolehi.
  11. Pembangunan spekulatif ini berdasarkan kegelojohan, bukannya keperluan. Walaupun gejala bangunan kondominium kosong menjadi-jadi, masalah hartanah lebihan agak serius, dan projek penambakan pantai utara sedang berjalan (hampir 900 ekar), kerajaan negeri masih bertegas untuk tambak 3 pulau (4,500 ekar), yang sudah tentu akan mengawatkan lagi limpahan hartanah!
  12. Tambak pulau akan membebankan kerajaan negeri dengan kos penyelenggaraan. Pada hakikatnya, kami menentang penambakan pembuatan pulau bagi pembangunan jenis “resort”. Oleh kerana pemendapan selat antara pulau perlu senantiasa diselenggara, dengan bebannya ditanggung oleh pihak awam.
  13. Malaysia tidak perlukan lagi satu “Forest City”. Ramalan penduduk di 3 pulau itu ialah 446,300 orang (sumber: 18 nasihat), tetapi siapakah penghuninya? Dengan hanya 6–20% tanah perumahan dalam kategori “mampu milik”, adakah sebahagian besar hartanah disasarkan kepada pembeli warga asing? Adakah pembangunan ini akan meningkatkan jurang ketaksamaan sosial yang menonjol?
  14. Kerajaan negeri perlu menjaga penduduk setempat, bukan pembeli masa depan yang dibayangkan. Rakyat Pulau Pinang berulang kali membangkitkan masalah banjir yang menjejaskan mereka, di bahagian pulau dan Seberang Perai, dan cerun bukit yang terdedah di Tanjung Bungah, Bukit Relau, Paya Terubong dan Bukit Kukus yang menjadi kawasan tanah runtuh. Kenapa kerajaan negeri begitu beriya-iya mahu mewujudkan 3 pulau “Pintar dan Hijau” untuk pembeli yang dibayang-bayangkan, tetapi mengabaikan pelestarian alam sekitar bagi penduduk sedia ada?
  15. Kurangnya ketelusan dalam proses perancangan dan pengurusan tersirat sesuatu agenda. Mungkinkah objektif sebenar projek tebus guna tanah bersangkut dengan silapmata menutup jurang belanjawan negeri, kos tebus guna yang sengaja dibengkakkan dan perjudian hartanah di selatan pulau? Projek mega yang melangkaui penggal Ketua Menteri sekarang, dengan mudahnya boleh menjadi suatu platform bagi manipulasi nilai tanah, pengaliran keluar masuk wang antarabangsa dan pembiayaan politik yang tidak diisytiharkan.
  16. Projek berisiko ini mungkin menjebakkan kewangan negeri dalam bahaya. Dengan hasil tahunan sekitar RM1 bilion, kerajaan negeri sedang cuba mendapatkan pinjaman RM1 bilion untuk menjalankan tebus guna yang bernilai RM16 bilion. Walaupun mungkin bangkitnya kebarangkalian aliran tunai dan ketidaktepatan masa dalam pasaran hartanah yang tidak menentu. Kos pegangan dan pinjaman penyambung yang tidak pasti sudahnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala konsortium pemaju (sebagai Rakan Penyampai Projek) terjamin bayaran 6%. Apakah kerajaan negeri menempa kancah malapetaka kewangan?
  17. Terlalu banyak dipertaruhkan bagi kemanfaatan awam yang sedikit. Projek tebus guna yang gagal akan membebankan negeri Pulau Pinang dengan hutang dan projek terbengkalai, manakala generasi sekarang dan mendatang akan kehilangan peluang berharga bagi adaptasi diri dengan perubahan iklim yang tepat pada waktunya dan pembangunan yang seimbang dan teguh.      
  18. Penyelesaian yang lebih baik, murah, cepat (lebih awal) boleh dikerjakan. Jika kerajaan negeri melabur dalam menambah baik perhubungan dan pengangkutan awam, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam (mensasarkan 40% bahagian modal), jaringan jalanraya yang tersedia mencukupi sehingga 2030. Ke arah mobiliti pintar dan perkongsian!
  19. Penyelesaian perlu memanfaatkan majoriti penduduk Pulau Pinang. Analisa jajaran RM9.6 bilion Pan-Island Link, dan RM9 bilion LRT tidak sepadan dengan taburan penduduk, dan sudahnya melayani 3 pulau semata-mata. Sedangkan warga Pulau Pinang terpaksa menderita jahanam kepada alam sekitar.
  20. Penyelesaian mestilah membawa keadilan sosial. Jika tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kenapa perlu kerajaan negeri mengutamakan pengguna kereta dan membelakangkan yang lain? Kenapa nelayan dan komuniti luar bandar perlu beralah dan tinggalkan gaya hidup lestari, lantaran sesetengah pemandu terlalu mementingkan diri untuk memberikan ruang jalan bagi lorong bas?
Pulau Pinang dirahmati dengan bukit-bukau, laut dan kota George Town yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO, tetapi kita kini di persimpangan jalan. Apakah wawasan yang kita mahu untuk Pulau Pinang?Pengembangan dominasi kereta, perbandaran konkrit yang berselerak sehingga melahap bukit dan laut kita? Atau Pulau Pinang yang pintar, hijau, kurang kereta, terhubung dan layak dihuni bagi semua warganya?
Strategi pembangunan lestari yang berhemah kewangan dan inklusi sosial akan membawa pertumbuhan ekonomi yang mantap. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mewariskan bumi yang lebih baik untuk generasi masa kini dan mendatang!
Selamatkan Nelayan Kita! Selamatkan Alam Sekitar Persisiran Pantai Kita! Tolak Tambak Laut!
#PenangTolakTambak   #SavePenang  

Thursday, May 30, 2019

MENDENGAR TITAH SULTAN PERAK ,SULTAN NAZRIN


Image result for sultan nazrin


Kelmarin mendengar titah Ucapan Sultan Perak, Dr Nazrin Shah, pesanan khasnya dalam pertemuan dengan GPMS( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), teguran Sultan Nazrin kelmarin sungguh halus dan tajam menyentuh soal melayu...

Kalau kita dengar titah Sultan Nazrin, hat Melayu, kelompok Ashabiyah hat nak buat demo, hat bantah Peguam Negara dan Ketua Hakim dikalangan bukan melayu... Persatuan Mahasiswa Islam hat kononnya nak pertahan melayu, tentang UEC patut rasa malu...

Paling menikam hati kelompok Ashabiyah ini, bila Sultan Nazrin berkata...jangan jadi seperti LEBAI MALANG dan PAK PANDIR, watak jenaka alam melayu.. jadi faham faham la...

Malah dikatakan seperti Dinasaur yang badannya besar, otaknya kecil, tak mampu menyesuaikan dengan perubahan... Sultan nazrin suruh orang melayu berhijrah, buka minda, berubah, dan berhentikanlah menyalah orang Lain...

Kata Sultan Nazrin, jangan salahkan orang lain, jgn salahkan penjajah dan kolonial Inggeris, kemunduran & kerosakan melibatkan orang melayu diwaktu melayu merdeka, orang melayu berkuasa...berkuasa membuat dasar, orang melayu sendiri yang tidak amanah, tidak Intergriti dan khianat dan rasuah merosakkan bangsanye sendiri...

Menyentuh soal pendidikan dan mereka yang menakut & takutkan dengan kristian, kata Sultan Nazrin orang melayu dulu berani berubah, boleh keluar belajar di Sekolah Mubaligh Kristian yang bagunan sekolahnya jelas ada tanda dan lambang salib, dengan belajar di sekolah kristian tidak pula mengancam dan merubah aqidah mereka orang melayu.. malah wanita Inggeris yang berkahwin dengan orang melayu pula yang memeluk Islam...

Jadi bagi puak-puak Lebai Malang, Pak Pandir hat kononnya nak pertahankan islam, melayu...sedangkanmerekalah yang merosakkan melayu dan islam...malulah dengan diri sendiri...cerminlaah diri sendiri...berhentilah berlakon mempertahankan melayu dan islam...malulah sikit dengan Teguran Sultan Dr Nazrin...

Sultan Nazrin tak pandai buat lawak, dia tak kata 'sila duduk jangan lari', tapi pesananya tajam menikam kalbu....



SAMPAI BILA NAK BIAR "DEEP STATE" BERMAHARAJALELA DALAM SKMM?



RAMAI MENGANGGAP BELIAU TERLALU BERLEMBUT

Image result for gobind singh deo


Saya adalah veteran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Namun saya bersyukur kerana dapat bekerja di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mencari rezeki di sini, dan dapat menyumbang dalam membangun prasarana telekomunikasi dan multimedia negara.

Namun, apa yang sedang berlaku di SKMM sehingga sekarang ini membuatkan saya fed-up, muak dan tidak boleh lagi menutup mulut dan memekakkan telinga. Saya kena meluahkan SEBELUM TERLAMBAT.

Apabila Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah pada 9 Mei 2018, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 61 tahun, saya nampak cahaya pengharapan untuk satu perubahan besar. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah muak dengan perangai pemimpin-pemimpin BN yang makin berlagak tuhan (play god), merompak duit rakyat berbillion ringgit, rasuah berleluasa dan menjadikan Malaysia mahsyur sebagai negara kleptokrasi, saya meletak kepercayaan yang tinggi agar PH melakukan sesuatu untuk pulih segera kerosakan yang telah berlaku.

Apabila kepimpinan baru PH mengambil tindakan segera menggugurkan Pengerusi, Datuk Dr Mazlan Ismail dan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang merupakan talibarut UMNO, saya mengucapkan syabas kerana mereka inilah yang telah menjadikan SKMM sebagai kuda tunggangan UMNO untuk mengejar, mengugut dan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang ketika itu atas alasan menghasut, memfitnah dan membawa huru hara apabila pemimpin pembangkang ketika itu mendedahkan segala kejahatan dan korupsi yang berlaku.

Setelah hampir setahun SKMM di bawah Menteri baru, YB Gobind Singh Deo, rupa-rupanya rumah belum siap, tetapi pahat terus berbunyi semakin kuat. Dalam kerajaan baharu masih bertatih mahu belajar dan membuat perubahan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH, KKMM baru di bawah YB Gobind Singh Deo tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari kakitangan dan agensi-agensi dibawahnya. Pahat yang berbunyi kuat itu rupa-rupanya membantu bekas Perdana Menteri Najib Razak mencipta jenama baru "Malu Apa Bossku" dengan diam-diam dibelakang tabir. Ramai kakitangan di bawah agensi-agensi KKMM seperti RTM, FINAS, BERNAMA, Jabatan Penerangan (JAPEN) dan SKMM masih tidak mahu bekerjasama dengan "Government of the day", tetapi membantu pembangkang kerajaan pula.

Maka, terpaksalah YB Menteri mengambil tindakan tegas dengan menukar pegawai-pegawai atasan dengan serta merta pada 9 Oktober 2018. Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku ketua pengarah menggantikan Datuk Fauzi Ayob. Turut terbabit adalah jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS yang kini dipangku Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin bagi menggantikan Datuk Azmir Saifudin Mutalib.

Dengan kegilaan pembangkang kerajaan mencipta dan menular berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah dan meragukan, rakyat kian menjadi bingung dalam menilai berita, auta dan fakta. Maka di sinilah tanggung jawab SKMM yang diharapkan memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan mengawasi kandungan media sosial dan internet agar rakyat Malaysia menggunakan teknologi dan media digital dengan penuh bertanggung jawab.

Dengan prioriti kerajaan mahu meminimakan penularan berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah, sepatutnya lah SKMM memperhebatkan siasatan, menjejaki penyebar berita palsu dan pemfitnah dan penangkapan dan pendakwaan ke atas jenayah ini. NAMUN, INI TIDAK BERLAKU DENGAN AGRESIF. Maka, makin pesatlah jenayah penyebaran berita palsu dan fitnah sekarang ini!!
SKMM adalah agensi kerajaan yang memiliki peralatan dan perkakasan teknologi canggih yang boleh menjejaki penjenayah maya dalam dunia siber. Malah, kakitangannya yang saya kenal adalah dilatih khas dan mempunyai pengalaman luas dalam penggunaan teknologi canggih ini.

Malang seribu kali malang, teknologi, kepakaran dan pengalaman yang ada bukan sahaja tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pergolakan politik dalaman SKMM antara kumpulan "Black Panther & Trio Ladies" dan mereka yang tidak seiring dengan mereka, akan makin melemahkan SKMM. "Keganasan" "Black Panther & Trio Ladies", yang makin berpengaruh mengabui mata YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau, termasuk Pengerusi SKMM yang begitu lemah dan "naive" untuk memahami dan menyiasat politik dalaman SKMM, telah menzalimi kakitangan yang komited, dedikasi dan bersungguh-sungguh mahu memperkasakan SKMM.

Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham.....Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali.....dan ramai lagi yang bakal menyusul..

Kegasanan "Black Panther & Trio Ladies" terkini ialah mahu menyingkir keluar satu-satunya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang diiktiraf sebagai pakar kes siber dan cemerlang dalam kerja-kerja beliau, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. Malah, "Black Panther & Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran-penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan. Cubaan penyingkiran ke atas Timbalan Pendakwa Raya ini telah sampai ke pengetahuan Jabatan Peguam Negara dan ini telah menimbulkan kemarahan Jabatan Peguam Negara yang mahu menarik kakitangan beliau dengan serta merta!! Tahniah "Black Panther & Trio Ladies" kerana berjaya melumpuhkan operasi siasatan SKMM dan memutus hubungan akrab selama ini dengan Jabatan Peguam Negara.

Rupa-rupanya "Deep State" dalam SKMM masih mekar dan hidup, menzalimi kakitangannya, dan memberi impak negatif kepada usaha baik kerajaan yang mahu membanteras penyebaran berita-berita palsu dan fitnah. "Deep State" di KKMM akan memburukkan lagi nama baik dan niat ikhlas YB menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau untuk membuat perubahan negara!

YB Menteri perlu melakukan sesuatu dengan segera di SKMM agar usaha-usaha membanteras penyebar berita-berita dan maklumat palsu dan fitnah dapat diteruskan. Jika tidak, maka PH akan menjadi kerajaan sepenggal oleh kerana kegagalan diri sendiri untuk merobah dan berobah dengan pantas.

Saya menulis kerana saya sayangkan SKMM, sayang negara Malaysia ini.

Pekerja Veteran SKMM
29 Mei 2019


ANWAR DAN AZIZAH KE MAKKAH

Berangkat ke Mekah bersama Azizah untuk menunaikan umrah. Mohon doa teman-teman semoga dipermudahkan.


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk

AWASI BERITA PALSU





https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/556159994909654/?t=30


Cabaran umat dan negara hari ini adalah bagaimana menangani sentimen perkauman dan gejala 'fake news' yang semakin berleluasa. Kesempatan dan kebebasan bersuara hari ini ternyata lebih baik dari dulu, namun ia tidak wajar digunakan untuk menyebar kebencian. Gejala seperti ini semakin meluas di Eropah saat ini yang kebanyakannya memberi kesan kepada minoriti Islam dan penganut-penganut kepercayaan dan agama yang lain.

ORANG TAK SUKA KERAJAAN PH KERANA TAK BAGI ‘CASH’

NAJIB YANG KECUT GAGAL HADIR “NOTHING TO HIDE”

SAKSI KE-38 KATA NAJIB SURUH PERCEPAT PROSES PINJAMAN KWAP

Wednesday, May 29, 2019

TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA, BAWA BALIK F1 BOLEH, TAKKAN BAGI DUIT RAYA TAK BOLEH?


Jawapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini, tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan.
Katanya, beliau tidak tahu sama ada wang insentif raya kepada peneroka Felda pada tahun ini akan diberikan seperti tahun-tahun sebelumnya atau pun tidak.
“Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini (peneroka) kita tak tahu pegawai kerajaan atau tidak.
“Itu kena tanya Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekononi yang bertanggungjawab terhadap Felda),” tambah Tun Mahathir.
Aduhhh Tun, kenapa beri “jawapan tak cerdik” seperti ini?
Takkanlah seorang Perdana Menteri yang merupakan antara pemimpin terhebat di dunia tidak tahu kedudukan peneroka sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak?
Kenapa status pegawai kerajaan dijadikan sebagai perbandingan untuk memberi duit raya peneroka Felda?
Memberi duit raya kepada peneroka bukanlah sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, tetapi sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu kehidupan mereka.
Kalau pun Tun Mahathir mahu memberi jawapan sinis dan menyindir, beliau haruslah soal duit dan dalam situasi sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menyindir peneroka Felda.
Selain itu, fikirkanlah juga jasa dan sumbangan peneroka Felda kepada terbentuknya kerajaan yang ada ini.
Kalau nak beri, cakaplah nak beri dan kalau tak nak bagi, cakap saja tak nak bagi. Habis cerita.
Apa perlu dikata “saya tak tahu mereka pegawai kerajaan atau tidak?”
Bukankah menyakitkan lagi hati peneroka saja jadinya dengan jawapan seperti itu?
Dalam hal ini, Anwar Ibrahim nampaknya lebih ada perasaan simpati dan kemanusiaan terhadap peneroka Felda apabila menyarankan agar duit raya tetap diberikan kepada mereka, walaupun dengan jumlah yang sedikit.
Kata beliau, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian duit raya itu bagi meringankan beban golongan itu, selain berpendapat, mereka sangat memerlukannya dalam keadaan ekonomi dan hasil ladang seperti sekarang ini.
Tidakkah tugas pemimpin memberi sedikit kesenangan kepada rakyat yang memerlukan?
Buat kereta ketiga boleh, nak bawa balik perlumbaan F1 boleh, malah nak buat kereta terbang pun boleh, kenapa tak boleh beri sedikit duit raya kepada peneroka Felda? (Shahbudindotcom 28/05/2019)

BN yang tangguh projek terowong, sekarang Najib mahu salahkan PH?



Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membidas Najib Razak berhubung projek terowong di Pulau Pinang.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin mantan perdana menteri itu sebelum ini adalah pihak yang bertanggungjawab meluluskan penangguhan projek terowong dasar laut berkenaan.

Ini gara-gara dendam kerajaan BN sehingga tidak mempedulikan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu kesesakan di negeri itu, tambahnya.

“Kini dia berdiri tepi laut dan tuding jari tanya kita mana terowong?

“Terowong itu merupakan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menghubungkan tanah besar ke pulau, memberi rakyat akses yang lebih baik ke pulau dan sebaliknya.

“Kita berusaha untuk menjadi lebih inklusif dan bukan hanya menumpukan untuk membangunkan pulau.

“Bagaimana Najib boleh ketawa macam ia adalah suatu jenaka? Najib sudah sesat. Dulu dia ada visi, tapi kini itu pun sudah hilang,” katanya yang juga merupakan Adun Seberang Jaya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri berkali-kali menegaskan bahawa pemimpin BN cuba untuk mensabotaj usaha murni kerajaan negeri itu.

Mengulas lanjut, Afif turut mengingatkan Najib agar menjelaskan mengenai skandal 1MDB yang menyaksikannya dia didakwa dan dibicarakan di mahkamah atas pelbagai tuduhan.

“Wang yang dia (Najib) ambil pun hilang, tak nampak.

“Kata dulang paku serpih. Dia tak sedar ke gimik dia ini memalukan? Dia tuding satu jari pada orang lain, empat jari tuding diri sendiri,” katanya. 

Blog Archive

My Blog List

Followers