Wednesday, January 9, 2019

Menteri Kewangan serah cek peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menyerahkan cek berjumlah RM25 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Rawa untuk disalurkan ke 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar.

Peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 berkenaan adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu melicinkan operasi institusi terbabit.

“Lazimnya peruntukan akan diberikan secara berfasa sepanjang tahun dan bukan pada Januari, tapi saya rasa harus diberikan awal supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri dapat buat perancangan yang lebih teratur dan menyeluruh supaya bantuan sampai secepat mungkin.

“Pengagihan kelak akan mengikut budi bicara pihak Mujahid, kita tidak letak syarat hanya janganlah ada unsur politik sama ada dalam perniagaan, media dan juga pendidikan, institusi sekolah pondok tidak boleh dimiliki ahli atau parti politik,” kata Guan Eng kepada pemberita di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.

Turut hadir pada sesi penyerahan cek tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir. 


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers