Tuesday, January 8, 2019

CLSA Malaysia puji usaha Guan Eng selamatkan ekonomi negara


Pasukan Penyelidikan CLSA Malaysia memuji kesungguhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menangani situasi kewangan negara yang parah akibat daripada pentadbiran tidak telus Barisan Nasional (BN) selama lebih enam dekad.
Menerusi sepucuk surat yang dihantar terus ke Pejabat Menteri Kewangan, Guan Eng dipuji kerana mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah hutang negara yang diumumkan berjumlah lebih RM1 trilion meskipun dilabel sebagai Menteri Kewangan paling tidak popular.

“Pengumuman mengenai jumlah besar hutang berkenaan pada awalnya mencetuskan keresahan di kalangan para pelabur.

“Bagaimanapun, ketelusan yang ditunjukkan diterima baik oleh pihak yang mementingkan tadbir urus baik, malah agensi penarafan kredit antarabangsa berpuas hati, seperti yang dapat dilihat menerusi penarafan stabil yang diberikan kepada Malaysia,” katanya.

CLSA turut memandang tinggi Guan Eng yang menurut mereka berjaya melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebanyak 45% menerusi pengenalan tender terbuka semasa beliau menjawat jawatan mengemudi negeri itu.

Malah, Setiausaha Agung DAP itu, katanya, terus memberikan tumpuan kepada golongan B40 menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan termasuk pembiayaan rumah mampu milik.
Dalam isu 1MDB, kata CLSA, Guan Eng menunjukkan ketelusan dengan mendedahkan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam syarikat dana berdaulat milik negara itu.
“Kami berterima kasih kepada Menteri Kewangan atas usaha yang dilakukan. Bukan mudah untuk mengemudi Malaysia Baharu,” katanya. – Roketkini.com


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers