Tuesday, December 31, 2019

Kertas tuduhan terhadap Azmin, Haziq sudah ada, dakwa Lokman



PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa Jabatan Peguam Negara sudah ada kertas pertuduhan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz menurut sumbernya.
“Sahabat kita dari Jabatan Peguam Negara melihat dengan mata dia sendiri, kertas pertuduhan ke Azmin Ali bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan kertas pertuduhan terhadap Haziq pula bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya di Facebook.
Seksyen 377B berkenaaan kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, manakala 337D pula berkenaan kesalahan melanggar kesopanan.
Lokman bersiaran di Facebook di depan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil jabatan itu hari ini.
Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui terbabit dalam suati video seks sejenis dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dinafikan Azmin yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Lokman pada September mendakwa polis memaklumkan kertas siasatan membabitkan pelaku dan penyebar video seks sejenis melibatkan individu mirip Azmin sudah siap untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada Julai berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.


ISLAM TERANCAM DI BAWAH PH???



Pasti kita terbiasa membaca pernyataan-pernyataan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Islam terancam di Malaysia, Islam tidak terbela, Islam dihina di bawah pentadbiran PH.

Namun apabila membuat perbandingan apa berlaku di bawah Pakatan Harapan terutamanya  pentadbiran Islam, kita melihat sesuatu sangat berbeza dengan apa didakwa, misalnya peruntukan diberikan Kerajaan kepada pentadbiran Islam jauh lebih tinggi dengan apa diperuntukkan sebelum ini.

RM1.2B diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 berbanding RM1.1 billion pada tahun 2018.

Peruntukan kepada Sekolah Tahfiz RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok RM 25 juta. RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita.

YB Menteri DS Mujahid Yusof mengumumkan wang RM2.6 juta dan melancarkan Tabung Kebajikan Guru KAFA Seluruh Malaysia contoh mudah menjaga kebajikan  para guru KAFA. Wang diagih mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri, Kelantan mendapat peruntukan terbanyak RM388,000.00. Tabung ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan Guru-Guru KAFA bukti keprihatinan Kerajaan melihat kebajikan para guru KAFA sebagai keutamaan.

Kerajaan berusaha mengangkat para guru KAFA ke satu tahap lebih tinggi, bukan lagi sebagai "Guru Kelas Kedua" seperti sekarang dengan proses menawarkan jawatan tetap kepada guru KAFA yang memiliki ijazah.

Mengikut catatan disediakan  jumlah dana yang diagih kepada Guru-Guru KAFA mengikut negeri :

1. Kelantan - RM388,000.00
2. Terengganu - RM250,400.00
3. Perak - RM249,760.00
4. Kedah - RM241,920.00
5. Selangor - RM202,640.00
6. Sarawak - RM194,320.00
7. Pahang - RM192,320.00
8. Sabah - RM176,720.00
9. Johor - RM167,200.00
10. Negeri Sembilan - RM159,040.00
11. Pulau Pinang - RM123,200.00
12. Melaka - RM113,760.00
13. Wilayah Persekutuan - RM88,480.00
14. Perlis - RM52,480.00

Usaha memperkasakan perundangan syariah di negara mesti dimulakan dengan memperkemas sistem mahkamah syariah dan instrumen berkaitan dengannya, termasuk hakim dan peguam syarie.

Antara usaha dilakukan Kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah.

i.  Menyelaraskan skim perkhidmatan pegawai-pegawai yang berkhidmat  di Mahkamah Syariah. 

ii. Mewujudkan sistem E-Syariah untuk menyelaras dan menyeragamkan sistem pengurusan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia 

iii. Mewujudkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah untuk menyelaraskan pemakaian hukum Syarak dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;

iv. Melaksanakan kaedah Sulh bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang bersesuaian dan menepati matlamat undang-undang dan hukum Syarak;

v. Mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua negeri-negeri seluruh Malaysia bagi melancarkan proses penguatkuasaan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

vi. Melantik Pegawai Syariah wanita ke jawatan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73, yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006. 

vii. Menyediakan infrastruktur dengan membina Kompleks Mahkamah Syariah yang baru di negeri Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang;

viii. Penempatan Pegawai Syariah sebagai pegawai kader di agensi-agensi Kerajaan bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia. 

ix. Membina sistem E-Faraid bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kes-kes faraid di dalam kalangan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selari dengan kehendak hukum syarak. 

Contoh kejayaan yang telah dicapai ialah Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekuan 2019 diluluskan parlimen pada 16 /8/2019 tingkat profesionalisme peguam syarie, mewujudkan Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah, peningkatan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda’, meluluskan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz  berdaftar) dan mewujudkan Mahkamah Fast-Track mempercepatkan perbicaraan kes-kes  perceraian.

Islam Terancam dan Dihina???

Kerajaan tegas menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW terutama melibatkan media sosial, ia boleh dilihat satu talian khas diwujudkan menerima aduan untuk disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan tegas.

Data dikeluarkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama JAKIM sebanyak 5000 aduan diterima, 53 tindakan telah diambil diambil SKMM dan PDRM, dan hukuman lebih berat  dikenakan seperti apa berlaku kepada kes Wai Foo Sing, Yazid Kong Abdullah, Danny Anthony, Alvin Chow Mun Fai.

Ini boleh dijadikan kayu ukur ketegasan kerajaan menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW, jadi dimana terancamnya Islam jika Kerajaan berusaha memastikan langkah pencegahan dan membendungnya sewajarnya.

Isu Islam terancam dan dihina kadangkala tenggelam sebentar kemudian timbul semula dalam politik kepartian negara kita.

Fundamental yang menjadi teras kewujudan negara Malaysia, Islam sudah terjamin, pertamanya, Islam agama rasmi Persekutuan terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. 

Keduanya, Islam diberikan tempat tinggi di setiap negeri di Malaysia, kerana pentadbiran agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri dan ketua agama berautoriti di bawah Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu.

Ketiga, setiap negeri ada Majlis Agama Islam Negeri dipengerusikan Tuanku Sultan atau Raja Muda mengawal dasar dan polisi menjaga Islam, manakala Jabatan Agama Negeri bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi tersebut.

Keempat, peruntukkan khusus dalam perlembagaan tentang pengawalan pengembangan agama-agama lain di bawah Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga Enakmen-enakmen di negeri.

Kelima, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara Malaysia adalah Melayu Islam. 

Keenam, komposisi Ahli Parlimen Melayu Islam di parlimen sekarang mewakili 60% daripada jumlah keseluruhannya, begitu juga komposisi Jamaah Menteri, iaitu 31 Melayu Islam dan 18 bukan Melayu yang terdiri dari menteri dan timbalan menteri.

Jadi, dimanakah Islam Terancam??? Bukankah yang terancam itu ialah politik kepartian pembangkang tertentu yang telah kehilangan sokongan setelah melihat kejayaan demi kejayaan dilakukan Kerajaan PH dalam memastikan pentadbiran Islam di Malaysia terjaga dan terpelihara

Tepuk dada tanya Iman??? Islam terancam atau survival politik mereka sebenarnya terancam.

Antara Kejayaan PH di bawah Pentadbiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dalam Memperkasa Institusi Agama Islam di Malaysia Pasca PRU14



☑ Selamatkan Tabung Haji dari mengalami Defisit Kewangan berjumlah RM10 billion

☑ Peruntukan mengurus dan pembangunan Islam di Malaysia ditambah dari RM1.1 billion pada 2018 kepada RM1.2 billion pada tahun 2019.

☑ Peruntukan tambahan kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok berjumlah RM25 juta

☑ Tambahan peruntukan sebanyak RM11. 8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan Bantuan Per Kapita

☑ Peruntukan RM2. 4 juta untuk Pembelajaran Agama dengan Penggunaan Braille

☑ Peruntukan RM8 juta untuk Progran MyINSANIAH

☑ Mengkaji dan menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap

☑ Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

☑ Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac 2019 bersetuju Gagasan Negara Rahmah berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara.

☑ Menubuhkan talian khas Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan di Mahkamah beberapa individu seperti Yazid Kong Abdullah, Danny A'antonio Jr, Ayea Yea dan banyak lagi

☑ Data kes Penghinaan Agama yang diterima :

➡1157 terhadap agama Islam

➡25 kertas siasatan telah dibuka

➡8 kes dihadapkan ke mahkamah

➡26 pertuduhan dikenakan

➡3 kes mengaku salah dan disabitkan

➡5 kes tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. 

☑ Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati salah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH ambil alih pentadbiran Kerajaan sebelum ini

☑ Memperkenal dan melancarkan model Masjid Rahmah yang dijadikan model masjid yang mesra jamaah dan pengguna

☑ Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya

☑ Mempertahankan kewajaran subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta meskipun Tabung Haji mengalami krisis kewangan yang sangat teruk dengan usaha keras mencari sumber yang boleh diguna menampung subsidi haji tersebut

☑ Memperkenalkan Mahkamah Khas untuk memastikan kes Nafkah dan Hadhanah dapat didengar dan tindakan segera

☑ Menubuhkan Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi

☑ Menghantar para hakim syarie ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda' di sana serta mendapatkan pengalaman tentang mahkamah dan perlaksanaan hukum syara' di sana

☑ Sidang Meja Bulat Maqasid Syariah berkaitan isu-isu Agama,  Perundangan dan Tatacara bersama para ulama', cendiakwan dan ilmuan Islam secara bulanan

☑ Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti Dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama' tanahair dari masa ke semasa.

☑ Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara Rahmah kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, Universiti Awam dan masyarakat

☑ Sesi penerangan Dasar Rahmatan Lil Alamin ke setiap Kementerian bagi menjelaskan dasar yang telah diputuskan Kabinet untuk dijadikan Dasar Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan

☑ Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga Alam Sekitar (Alami), Hormat-Menghormati satu sama lain, yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri

☑ Kempen dan Solidariti Kedamaian sempena isu kemanusian seperti apa berlaku di Christchurch New Zealand.

☑ Program Foodbank kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan mesin Foodbank diletakkan di masjid tertentu bagi memudahkan Asnaf mendapatkan perkhidmatan tersebut

☑ Sidang Meja Bulat Bersama Ulama' dan Panel Pakar bagi Membincangkan Isu Semasa Bersama diadakan 2 bulan sekali

☑ Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia - Bosnia Herzegovina (MBTCA) selaku Menteri bertanggungjawab bagi hubungan langsung malaysia - bosnia herzegovina dalam rangka pengembangan pendidikan islam, perdagangan muslim dan industri halal


PERMAINAN PERKAUMAN



Dulu orang-orang Cina dalam MCA ni kata kenapa orang Melayu tak boleh tengok salib, takkan tengok salib boleh tergugat iman?

Hari ini mereka pulak rasa tergugat iman bila belajar tulisan khat (jawi) takut jadi Islam.

Yap Ah Loy pun ada tulisan JAWI pada cop dia sejak zaman dahulu kala.

Yap Ah Loy ni sudah masuk Islam kah?

Hong Leong Takaful ada tulisan jawi, kumpulan Hong Leong ni semua sudah masuk Islamkah?

Tuan-tuan, Melayu Memang Mudah Lupa.

Ramai tok bilal dan Imam pakat lupa yang MCA lah yang melakar “monyet beserban di atas pokok dengan RUU”.

MCA lah yang berikrar menentang syariah Islam (ya, Syariah Islam, bukan takat RUU355 je) jika ingin dilaksanakan di Malaysia.

Bahkan, MCA lah yang paling depan menentang penulisan Jawi di Malaysia.

Kelakarnya, DAP yang ditakuti Melayu Islam sokong penulisan Jawi dan teruk dikritik MCA kerana sudah tidak “Cina” lagi.

Mungkin MCA lupa, DAP itu parti pelbagai kaum. Bukan parti untuk sesuatu kaum atau agama.

Kelakar nombor dua adalah tok-tok Lebai dan Melayu yang memperjuangkan Islam bersama MCA. Habis bungkam lidah, kelu apabila MCA melalui Dong Zhong berjuang bermati-matian melawan tulisan Jawi.

Habis dilupakan kisah silam dilunyai oleh MCA dalam isu hudud dan RUU355.

Sedarlah Umat Islam, siapa yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan siapa yang memperdagangkan Islam.

Ingatlah ketika Saidina Ali karamallah berperang dengan Khawarij, bukannya Saidini Ali yang menjunjung Quran.

Khawarijlah yang menjunjung Quran dan meluangkan  slogan “Tiada hukum selain hukum Allah”.

Ya, slogannya baik. Tapi niat dan perlaksanaannya tidak baik.

*BERITA BAIK BUAT PARA PENEROKA FELDA DI SELURUH NEGARA*



KENAIKAN DEMI KENAIKAN HARGA SAWIT DAN SAHAM FGV...

PEMULIHAN YANG KERAJAAN PH TUMPUKAN PADA INSTITUSI ORANG2 MELAYU TERUS GIAT DILAKSANAKAN WALAUPUN DI SERANG DAN DI FITNAH OLEH PEMBANGKANG DARI PELBAGAI SUDUT DAN CARA..

KINI *KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN* *PEMULIHAN* SEMULA *INSTITUSI2.. GLC2..*  HAK *ORANG MELAYU* TELAH MEMBERI KEJAYAAN YANG POSITIF YANG MANA INSTITUSI TERSEBUT TELAH *MUSNAH TERUK DI JARAH DAN DI LUNYAIKAN OLEH PARA PEMIMPIN2 PARTI UMNO BN ERA KEKUASAAN NAJIB* YANG LANGSUNG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP KEPENTINGAN2 HAK2 ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

KERANA *KETAMAKAN* MEREKA *PEMIMPIN2 UMNO BN ERA NAJIB* SEMASA BERKUASA MEMERINTAH NEGARA DULU TELAH MENGAMBIL JALAN SINGKAT UNTUK *MEMENUHI KEPENTINGAN... KEMEWAHAN DAN KEKAYAAN PERIBADI SERTA UNTUK KEPENTINGAN KAUM KELUARGA* MEREKA SEMATA MATA YANG SANGGUP MENJARAH.. MEYELEWENG.. MEREMBAT KEWANGAN2 DI INSTITUSI2 GLC2 MILIK ORANG MELAYU HINGGA MUSNAH TERUK DAN MENJADI KEBERHUTANGAN YANG TINGGI.

*Alhamdulillah.. kini segala nya telah kembali dapat di PULIHKAN OLEH PEMIMPIN2 PENTADBIR2 KERAJAAN YANG DI KUASAI PAKATAN HARAPAN (PH)* Untuk rakyat khasnya untuk orang melayu dan agama islam...

*Alhamdulillah, harga minyak sawit mentah telah mencecah *RM3,003 satu tan* *beberapa hari yang lalu.*

 *Terdapat peneroka-peneroka FELDA seperti di Felda Kota Air Tawar, Kota Tinggi dan di lain2 tempat yg memberi maklumbalas dan amat bersyukur dapat menggandakan hasil bulanan masing-masing ekoran kenaikan ini.*

*Di peringkat Kerajaan Persekutuan, komitmen berterusan sentiasa dijalankan bagi melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti melaksanakan biodiesel B20 di Malaysia, yang bertujuan mewujudkan permintaan pasaran yang kukuh.*

*Maka di yakini sentimen positif ini akan berterusan pada tahun 2020 di mana manfaatnya akan terus dinikmati 'stakeholders' industri kelapa sawit seperti peneroka-peneroka FELDA dan pekebun-pekebun kecil.*

 #MEA

Namun harus di ingat...
Berita gembira sebegini adalah suatu kegembiraan dan kebaikan kepada rakyat...
*_Tetapi_*...
Berita ini *tidak* memberi kegembiraan kepada *PARA PEMIMPIN2 PEMBANGKANG KHUSUSNYA PEMIMPIN DAN KETUA2 BAHAGIAN SERTA PARA PENYOKONG UMNO dan Kini juga di sokong oleh PAS* dan mereka2 yang telah terpengaruh dan terpedaya dengan *UMPAN2 DEDAK* dari Pemimpin2 UMNO BN selama ini serta masih mengharapkan DEDAK2 akan diberi seperti sebelum ini oleh pemimpin2 UMNO BN dan PAS.

Jadi dengan berita kejayaan KERAJAAN YANG DI URUS TADBIR OLEH PH KEPADA RAKYAT ini akan di...
MANIPULASIKAN...
DI PUTARBELITKAN...
DI PALSUKAN FAKTA...
DICIPTAKAN PELBAGAI KENYATAAN DAN ARTIKEL DENGAN WUJUDKAN TOHMAHAN DAN FITNAH OLEH CYBERTROOPER2 UPAHAN PEMBANGKANG UMNO BN PAS BAGI MENAFIKAN KEJAYAAN KERAJAAN PH INI DAN MEREKA PEMIMPIN2 PEMBANGKANG MELALUI CYBERTROOPER2 UPAHAN MEREKA AKAN BERUSAHA REKA CIPTA PELBAGAI PERSEPSI.. PEMALSUAN DAN PUTAR BELIT NEGATIF SERTA P ENAFIAN UNTUK MEMPENGARUHI.. MENGHASUT RAKYAT SUPAYA TERUS MENEKAN KERAJAAN PH DAN TERUS MENYOKONG PARTI MEREKA..

Kerana kejayaan2 oleh Kerajaan PH yg positif seumpama ini adalah akan memberi kesan pada pengaruh dan sokongan rakyat terhadap mereka terjejas..
Jadi untuk mengatasi daripada pengaruh dan sokongan rakyat yang akan terjejas pada parti mereka (UMNO BN PAS)itu..
Pemimpin2 UMNO BN PAS ini akan berusaha serta berkerja keras melalui cybertrooper upahan denga pelbagai cara dan sanggup membuat FITNAH.. TOHMAHAN.. PEMALSUAN FAKTA.. PUTARBELIT.. untuk menghasut dan manipulasikan rakyat.

SELAMAT TINGGAL 2019 . JIKA INILAH PENILAIAN RAKYAT,PH HARUS KUAT BERUSAHA ATAU ROMBAK SAHAJA KABINET. KAMI PENAT BANTU HANGPA. TAK KENANG BUDI KOT.



Hari ini, 31 Disember merupakan hari terakhir bagi tahun 2019 dan esok, kita akan melangkah ke tahun baru 2020.
Sepanjang tahun lalu, apakah yang mahu kita kenang tentang 2019?
Secara keseluruhan, meskipun tahun 2018 boleh dianggap tahun manis bagi PH kerana berjaya melakar sejarah menjadikan gabungan itu sebagai kerajaan dengan menumbangkan BN, tahun 2019 sebaliknya adalah tahun sedih dan malang bagi PH.
Ini kerana sepanjang 2019 tidak banyak berita gembira atau kejayaan yang berjaya dibentang oleh PH untuk tatapan serta dijadikan hidangan kepada rakyat jelata.
Yang paling menyedihkan tentunya tentang penerimaan rakyat terhadap menteri-menteri PH yang ada.
Tahap penerimaan rakyat terhadap menteri-menteri PH sepanjang 2019 nampaknya begitu rendah, termasuk kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri.
Walaupun berpengalaman selama 22 tahun, mungkin kerana pernah menolak janji manifesto sebagai bukan wajib untuk ditunaikan serta terlalu banyak berpolitik untuk kepentingan dirinya, sedangkan keutamaan dan harapan rakyat ialah memberi kesejahteraan kepada mereka, maka tahap penerimaan rakyat kepada Tun Mahathir hanyalah sebanyak 26 peratus saja.
Lebih buruk, ada menteri yang penerimaan rakyat terhadapnya hanya serendah 10 peratus.
Inikah hadiah PH untuk rakyat bagi tahun 2019? (ShahbudinHusin 31/12/2019)
Kongsikan artikel ini

BILA AKHBAR TAK LAKU DAN KAUNTER PERTANYAAN

Inilah akhbar yang selalunya membuat berita dengan tanda soal kerana berita bertujuan fitnah atau tak cukup maklumat. Kalau sesiapa yang pernah jadi wartawan, taktik ni beemakna nak selamat saja berita yang dibuat dan bukan untuk membuka minda rakyat. Jadinya... Kalau nak tanya ju.palah kau ter pertanyaan Harakah...kah.kah.kah...



Betul-betul jahat sungguh DAP ni sampai bina Kompleks Kehakiman Syariah di Pulau Pinang yg buatkan walaun sakit hati...



Betul².. jahat betul DAP ni sampai bina Kompleks Kehakiman Syariah di Pulau Pinang yg buatkan walaun sakit hati...

GEORGETOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis perasmian Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Seri Paduka berdua diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff serta Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee.

Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang terletak di Jalan Batu Gantung, di sini dibina pada 2012 dan siap sepenuhnya pada 2016 dengan kos RM32 juta.

Dalam ucapan, Al-Sultan Abdullah bertitah agar usaha meningkatkan dan penyebaran syiar Islam diteruskan dengan sistem yang cukup lengkap supaya Islam dapat menjadi agama yang dipandang tinggi, dicontohi serta dapat bekerjasama erat dengan agama-agama yang lain.

#DaulatTuanku

KISAH GURU BELACAN DAN MURID SAMBAL BELACAN



Oleh: Miqdad Zakaria


Kalau gurunya "Belacan" sudah pasti muridnya "Sambal Belacan"..

Kita duk tengok walaun's berselera sungguh dengan maki-hamun.. Macam orang kebulur tak pernah makan nasi.. Dan mereka tidak pernah kenal erti kenyang dengan maki-hamun.. 

Tahu kenapa..? 


Sebab Guru mereka pun sama.. Mana nak tumpah kuah kalau tak di nasi.. Mana nak berselera makan nasi kalau tak ada sambal belacan.. Walaupun pedas.. Kau tetap ketagih.. 

Belacan sungguh kau walaun's..! 

Ha ha..

MP DAP salur RM640,000 bangunkan Kampung Tradisi Melayu Parlimen Teluk Intan



Gambar: Bersama dengan Keadilan Teluk Intan, Woo Kah Leong telah mewakili Nga Kor Ming untuk menjayakan program kembali ke sekolah di Kampung Padang Tembak.
Kenyataan Media Setiausaha Sulit Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Woo Kah Leong di Teluk Intan pada 29 Disember 2019
Pembangunan adalah hak semua rakyat yang perlu disediakan sebaik mungkin oleh kerajaan yang bertanggungjawab. Itulah konsep yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan khusunya Nga Kor Ming selaku Ahli Parlimen Teluk Intan.
Pembangunan dan kemajuan tidak lagi sekadar menjadi senjata meraih populariti semasa waktu kempen Pilihan Raya Umum bahkan turut dilaksanakan sebagai kewajipan kepada rakyat. Tiada lagi sikap berat sebelah mengikut fahaman politik di dalam merancang sebarang pembangunan. Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming senantiasa memastikan pembangunan dilaksanakan secara adil dan memberi manfaat kepada semua tanpa mengira fahaman politik, perbezaan kaum atau agama.
“Di mana yang memerlukan, di situlah HARAPAN akan ada,” kata Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Teluk Intan, Woo Kah Leong.
Sehingga kini, sebanyak RM640,000 telah disalurkan kepada MPKK-MPKK kawasan Parlimen Teluk Intan bagi melaksanakan kerja-kerja pembangunan bagi jalan, perparitan dan pembentungan. Selain RM220,000 yang dimanfaatkan untuk MPKK di sekitar Daerah Bagan Datuk seperti Sungai Samak dan Sungai Manila, peruntukan Nga Kor Ming juga meliputi kebanyakan kampung tradisi Melayu di Mukim Durian Sebatang dan Changkat Jong.
“Sebagai contohnya Lorong Misdi di Kampung Selabak melibatkan kerja berjumlah sebanyak RM40,000, Lorong Haji Tahir di Kampung Padang Tembak melibatkan kerja berjumlah sebanyak RM60,000, Jalan Sekolah Kebangsaan di Kampung Ayer Hitam dan Jalan Tebuk 4 di Kampung Sungai Kerawai juga berjumlah sebanyak RM30,000 masing-masing. Tidak lupa juga kampung terbesar di bawah Teluk Intan yakni Kampung Bahagia yang menyaksikan kedua-dua Lorong 4A dan 7A  dan yang lain-lain dinaiktarafkan sepenuhnya dengan melibatkan jumlah sebanyak RM90,000 dan banyak lagi MPKK-MPKK lain mendapat nikmat pembangunan yang sama mengikut keperluan masing-masing,” Ulas Woo Kah Leong lagi.
Jika sebelum ini kerajaan BN dikatakan hanya menumpukan pembangunan semasa tahun-tahun akhir PRU dan hanya segelintir kawasan sahaja yang menikmati pembangunan kerana kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang pada ketika itu sering diketepikan daripada memperoleh pembangunan. Namun hari ini kejadian seumpama itu tidak lagi berlaku kerana pasukan Nga Kor Ming sentiasa berada di padang demi berkhidmat untuk semua.

KEPUTUSAN AMBIL ALIH LEBUH RAYA PLUS, GAMUDA MINGGU DEPAN

DAP HALANG SOLAT SUBUH, FITNAH

95 PERATUS PESAWAH TERIMA BAJA SUBSIDI

RUNGUTAN LEBAI SETELAH CAKAP TAK GUNA OTAK.



Kenapa masa BN memerintah tak banyak isu? Bagus sangat ke BN?



Oleh:Ruzaihan Junit


Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.

Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar 'slogan JANJI DICAPATI'. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.

Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?

Bukan... Bukan kerana BN bagus. Tapi kerana pembangkang ketika itu, yang menjadi kerajaan sekarang ini, bersikap rasional.

Memang pembangkang ada menaikkan isu yang disebutkan. Tapi tujuannya adalah untuk membetulkan kerajaan. Berbeza dengan pembangkang sekarang.

Pembangkang sekarang tidak rasional dan bolehlah digelar sebagai dungu. Mereka menaikkan isu bukan untuk menegur kerajaan tetapi untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Pembangkang dahulu matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat. Pembangkang sekarang pula matlamatnya untuk mendapatkan kuasa. Rakyat sejahtera atau tidak, itu bukan concern mereka.

Sebab itu sekarang ini kita lihat bila ada sahaja isu, ia akan menjadi besar. Pembangkang akan cuba bangkitkan segala macam sentimen, daripada bangsa ke agama, untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Walaupun sekadar isu yang remeh.

Segala isu ini bukan petanda kelemahan pentadbiran PH. Kalau ada kelemahan PH pun, dari segi penyampaian maklumat. Tapi segala isu ini adalah bukti bahawa pembangkang kita benak dan berhati hitam serta jahat. Bahkan tidak ada sifat dan rasa bertanggungjawab terhadap kestabilan negara.

Anda yang selalu terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tanya diri anda sendiri. Adakah anda sanggup benarkan puak ini mentadbir negara? Apakah akan terjadi kepada negara jika diuruskan oleh puak yang penting diri dan haloba pada kuasa ini?

Fikirkan masa depan negara, masa depan anak cucu cicit kita. Mahukah kita wariskan negara yang musnah kepada mereka? Bolehkah mereka yang tidak punyai rasa tanggungjawab kepada negara seperti pembangkang hari ini pertahankan kemakmuran negara?

Jika sayangkan negara kita, wajib tolak dakyah pembangkang. Usah layan isu remeh. Itu akan jadi penanda aras buat mereka yang isu bodoh yang mereka utarakan tidak ditelan oleh rakyat.

Setelah itu berlaku, diharap mereka akan ubah teknik dan mulai menjadi rasional. Selagi rakyat melayan isu remeh dan bodoh yang mereka naikkan, selagi itu mereka tidak akan sedar, semakin naik lemak dan akhirnya, masa depan generasi kita yang terancam.

Fikirkan...


PAS CUBA GUNAKAN KEHADIRAN YDP MAJLIS ULAMA DUNIA.TAPI TAK JADI AKHIRNYA.



Oleh: Awang

Sheikh Dr Ahmad Al-Raisuni ialah Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.... Dia berkunjung ke Terengganu sebagai tetamu, memenuhi undangan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak.... Tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Terengganu, jauh sekali ada kaitan dengan parti PAS.

Tetapi pihak PAS cuba mengambil kesempatan dengan mengatur pertemuan dengan Haji Hadi di Rusila.... Sheikh Dr Ahmad setuju untuk bertemu Haji Hadi tetapi atas dasar pertemuan biasa sahaja.... Tetapi pihak PAS Terengganu telah merancang suatu program yang besar di Rusila sempena kedatangan Sheikh Dr Ahmad.

Perkara itu sampai ke pengetahuan Sheikh Dr Ahmad, dan ternyata dia tidak senang dengan perkembangan itu, lalu dia meminta program besar itu dibatalkan.

Pihak PAS terpaksa akur dengan permintaan Sheikh, takut nanti Sheikh batalkan pertemuan dengan Haji Hadi.

Persoalannya, apa tujuan PAS...? Mudah saja jawapannya, PAS mahu ambil kesempatan untuk dapatkan keuntungan politik dari kunjungan Presiden Kesatuan Ulamak Dunia.... Itu saja.... Nanti boleh dicanangkan kononnya Haji Hadi seorang ulamak hebat, Presiden Kesatuan Ulamak Donia pun kalau datang Ke Malaysia pergi jumpa dia dulu di Rusila.





Ingat tak beberapa tahun dulu PAS mengadakan program atas nama kesatuan Ulama Dunia ketika Haji Hadi dilantik jadi Naib Presiden...? Saya ada dengar cerita, tapi tak pasti betul ke tidak, sebenarnya jumlah peruntukan wang yang besar dari Kesatuan Ulamak Dunia itu ialah untuk membuka pejabat Kesatuan di rantau belah sini, lebih tepatnya di Indonesia, kerana Indonesia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di dunia.... Tetapi Haji Hadi ambik peruntukan itu dan membuka pejabat di Rusila dan mengadakan program PAS besar-besaran.... Cuba tanya orang Rusila, apa jadi dengan pejabat itu sekarang...? Sudah jadi rumah tinggal, bangunan basi, dan menjadi tempat jin dan hantu bermastautin.



IBRAH DAN PERJUANGAN




Oleh:Miqdad Zakaria


[ 'ibrah & perjuangan ]

Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan, salah satu sifat utama para sahabat tatkala bertemu Rasulullah SAW pasti meminta diri mereka ditegur, dan dinasihatkan ( عَلِّمْنِي وَأَوْجِزْ ) "ajarlah atau nasihatkanlah diriku ini",

Sunnah yg samalah kita perlu lakukan apabila bertemu dgn mereka yg lebih 'alim atau guru yg pernah mendidik kita.

1. Awal 2019, seorang petugas peribadi Presiden party lama itu menelefon saya. Katanya, "...masa di IJN tadi Tok Guru bertanya hal enta, Sayuti Australia, dan bagaimana penglibatan enta dgn Amanah... ". Saya maklumkan pada sahabat itu, kirimkan salam, dan maklumkan memang sejak saya aktif Amanah ini, sudah 2 kali patutnya saya berjumpa Tok Guru, tapi perjumpaan itu dibatalkan akhirnya oleh "orang tengah", atas alasan Tok Guru pula tak mahu jumpa, katanya.

2. Yang terakhir, dua bulan sebelum tinggalkan party lama dulu (Jun 2015), itulah terakhir saya dgn Tok Guru. Saya nyatakan soalan dan pandangan bahawa tindakan Tok Guru melanggar syura/muktamar itu bertentangan dgn kehendak perwakilan yg menolak usul tersebut. Saya nyatakan penuh yakin, jika keputusan itu tidak dibetulkan, saya yakin party akan dihina atas pengkhianatan yg berlaku itu, bahkan Tok Guru pula akan dipersalahkan segalanya.

Jawapan Tok Guru - tiada jawapan! 

Tapi keputusan itu kata Tok Guru dibuat sebab Anwar & DAP katanya. Walau pun tiada syarah mampu diberikan pada alasan yg diberikan itu.

3. Dalam pertemuan itulah saya sebut ke Tok Guru, saya mengambil pendirian terpaksa "expose" kan kesalahan jama'ie yg Tok Guru lakukan itu, agar ummah yg sayangkan dakwah tak terpedaya dgn tindakan salah yg Tok Guru lakukan itu.

Itu dulu, sudah 4 tahun berlalu.

Pendedahan di wall FB saya diikuti rapat kalangan ahli & bukan ahli party itu, termasuk musuh politik. Tak terkata ramainya para pentaksub Tok Guru yg mentohmah, menfitnah, pun tanpa berani berhujjah!

4. Kisahnya ketika 3 hari di Pantai Timur kelmarin, saya ambil kesempatan peribadi ziarahi Tok Guru di rumah beliau sendiri, dalam suasana penuh mahabbah, ceria dan tenang. Lebih mudah berjumpa rupanya tanpa si org tengah yg kerap menciptakan alasan tersebut. 

5. Dimulakan dgn pelukan, bertanya khabar, kesihatan serta perkongsian sessi rawatan.Tok Guru di IJN. Then Tok Guru imbas beberapa kisah permusafiran dulu, ketika saya memegang tanggungjawab Setiausaha Lajnah Antarabangsa, serta berkaitan anak-anak saya yg pernah dikucup dan didoakan satu ketika dulu.

6. Hingga akhirnya landing kepada tajuk serious berkaitan ceramah Syeikh Raisuny yg dibatalkan malam sebelum itu di Rusila. Sempat juga Tok Guru berikan taaruf lebih dekat berkaitan Syeikh itu pada saya. Saya setuju pendirian Tok Guru dalam isu antarabangsa yg bersungguh dinyatakan itu.

7. Saya juga yakinkan, sebahagian kepimpinan Amanah sejak dahulu lagi memang berpegang pada pendirian yg sama dgn Tok Guru, khasnya dlm isu antarabangsa, termasuklah isu  sunni/syiah, peperanagn disebabkan penindasan mustakbirin, isu Syria & Yaman, dan lain lagi. 

Then barulah Tok Guru masuk ke tajuk sebenar yg beliau fahami tujuan kehadiran saya itu; 

"...Habis, dah pandangan isu antarabngsa saya orang Amanah pegang, mengapa pandangan politik nasional saya nak tolak pula...?"

8. Persoalan ringkas itulah sebagai muqaddimah lebih 45 min selepas itu untuk saya mendengar teliti, mengamati serta menilai setiap bait ungkapan yg keluar daripada Tok Guru tersebut, termasuklah antara yg kecilnya;

- Enta wajib masuk semua ke Pas, sebab dosa bila tinggalkan perjuangan Islam ini.

- Enta kenalah fahami bahawa Amanah itu haram untuk disertai, berdosa.

- Enta tak memahami process ilfiltrasi oleh JIM atau IKRAM yg sudah merosakkan Pas sejak dulu lagi, dan merosakkan kepimpinan Pas sendiri, hingga saya tolak semua mereka itu keluar daripada Pas.

- Enta tak kenali fikrah komunis yg DAP perjuangkan, sebab itu enta masih sanggup berkawan dgn DAP itu, sedangkan Pas dah tinggalkan puak itu.

- Bahkan sebenarnya kedua mereka itu, DAP & Anwar itulah yg menjadi punca sebenar kerosakan Negara Malaysia ini, bukan Umno dan bukan TunM.

- ...huh, dan lain-lain lagilah. Berpeluh saya :) 

Selama keseluruhan 57 min saya menadah telinga, dengan cubaan sesekali mencelah dgn hujjah atau jawapan yg langsung tidak membawa apa-apa kesan buat apa yg mahu diungkapkan Tok Guru ketika itu.

9. Saya gembira sebenarnya, selama 57 min itu saya berjaya medengar sendiri dari mulut Tok Guru segalanya, bait demi bait dgn jelas. Saya amalkan sifat sahabat pada hadith di atas tadi, jumpa untuk mendengar nasihat atau teguran, dan saya bawa balik untuk saya amati dan menilainya.

10. Akhir pesan Tok Guru, enta balik dan enta ingatkan kawan-kawan benda yg saya dah bagitahu ini. Kecuali beberapa yg dah dipesankan sebagao personal & private yg tak mahu dikongsikan atas sebab tertentu. Saya nyatakan ya, insya Allah saya cuba kongsikan di wall FB saya selepas menulis semula setiap rakaman yg dititipkan itu.

11. Seperkara yg saya benar-benar terasa sebaik tinggalkan Rumah Tok Guru itu adalah, saya berasa begitu tenang dan sungguh bersyukur mendengar sendiri setiap bait keras dan tegas Tok Guru yg selama ini saya menerima kebanyakannya hanya daripada pihak ketiga semata. Tapi semalam, semuanya di depan mata saya, dan segalanya dalam catatan saya untuk dikongsikan bersama kelak.

12. Akhir sessi pesanan sang ayah kepada anak itu, saya bersalaman, perpelukan perpisahan, serta memohon Tok Guru terus doakan buat kita semua yg berjuang di medan dakwah ini, dalam apa jua wadah yg ada.

Tidak kata Tok Guru, "... nak doa hanya jika enta pulang semula kepada Pas...!"

Thanks anyway Tok Guru..!

Saya memahami pendirian dan kehendak Tok Guru itu.

13. Jazakumullahu khayran menerima kehadirian anak kecil ini. Terima kasih kerana memberikan "pencerahan" yg sebenarnya melenyapkan banyak taraddud yg berlegar selama ini.

14. Saya doakan Tiok Guru diberikan nikmat kesihatan serta diilhamkan pandangan yg terbaik, dijauhkan lagi segala kekhilafan fikrah. Saya menyusun jari kemaaafan atas khilafnya saya pada tulisan saya (jika ada) dan memohon Allah terus berikan kekuatan melaksanakan kerja dakwah yg masih banyak di depan kita hari ini....

Perkongsian pada kenyataan Tok Guru itu bakal menyusul dlm artikel selepas ini, insya Allah.

Kredit : Akhi Ahmad Sayuti Bashiron


Veteran Umno, Zaharin Mohd Yaasin menulis:



#CopyNpaste
Veteran Umno, Zaharin Mohd Yaasin menulis:

Tragedi di Malaysia sejak Dato Sri Najib Menjadi Perdana Menteri.

1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30tahun
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )
15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh terok 
26. Menaikkan Harga Minyak 
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’ 
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat 
40. Helikoter yang membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter yang membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timbalan Pengarah SB 
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas ( Menurut laporan bekas MB terenganu )
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar  dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ) dan Menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang beshubahat dengan jholow.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. Kwap , ltat , kwsp , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri di tutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Protun di jual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak SPM
72. Isu korea utara

Blog Archive

My Blog List

Followers