Tun M tersasul panggil perwakilan Bersatu sebagai ahli Umno



Tun M tersasul panggil perwakilan Bersatu sebagai ahli Umno
Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini gamat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebagai ahli Umno.
Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Pengerusi Bersatu berkenaan menasihatkan ahli Bersatu supaya menyertai pertubuhan dan organisasi untuk kekal aktif dalam kegiatan masyarakat.
“Kita perlu memainkan peranan dalam aktiviti masyarakat setempat bukan sekadar aktiviti dalam parti. Kita boleh menyertai persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan sukan dan lain-lain.
“Ahli Umno..,” ujar Perdana Menteri itu yang terhenti seketika selepas menyedari beliau tersasul ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018.
Telatahnya mengundang gelak tawa lebih 1,900 perwakilan.
Serentak itu, Dr Mahathir juga ketawa sambil kedua-dua tangannya memegang songkok sebelum menyambung semula ucapannya.


No comments: