Thursday, November 8, 2018

SIAPA YANG AZMIN MAKSUDKAN?




Berikut adalah antara kata-kata yang diucapkan oleh Azmin Ali dalam majlis makan malam yang merupakan program kempennya untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR di Kuching, Sarawak malam tadi.

“Kita menolak kronisme, nepotisme dan korupsi, kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh anggota dan pimpinan PKR Sarawak saya percaya hujung minggu ini kita akan mencipta satu lagi sejarah bahawa orang Sarawak tidak boleh dibeli oleh tauke-tauke.

“Kita tidak ada wang berjuta-juta ringgit, kita tidak ada jet peribadi, kita hanya ada semangat dan idealisme, jangan mana-mana tauke merampas perjuangan PKR Sarawak.

“Saya mahu SPRM teruskan siasatan bukan sahaja melihat kepada siapa yang terlibat tetapi siasat siapa dalangnya.

“Dalang juga harus dihadapkan ke muka pengadilan, jangan runtuhkan apa yang telah kita bina selama 20 tahun, jangan kerana kerakuskan kamu nak letakkan anak kamu, nak letak pakcik kamu nak letak bapa saudara kamu, nak letak bapa kamu, kamu hina anggota yang lama berjuang menegakkan keadilan di bumi Kenyalang.”

Siapa yang menggunakan tauke-tauke dalam pemilihan PKR?

Siapa yang ada wang berjuta dalam PKR?

Siapa yang ada jet peribadi dalam PKR?

Siapa yang rakus yang nak letakkan anak, pakcik, bapa saudara dan bapa sendiri dalam PKR?

Siapa dalang dalam pemilihan PKR, khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden?

Siapa? Siapa? Siapa?

Kepada siapa sebenarnya Azmin tujukan kata-kata di atas? (ShahbudinHusin 08/11/2018)
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers