Monday, July 23, 2018

Dr Maszlee mangsa politik persepsi


Dr Maszlee Malik merupakan menteri yang boleh dikatakan mendapat perhatian ramai sejak dari awal perlantikan beliau. Isu-isu hangat yang menjadi perbahasan seperti pengiktirafan UEC merupakan bidang kerja beliau sekali gus menjadi sasaran tembak musuh-musuh politik Pakatan Harapan (PH). Isu kasut hitam juga telah dieksploitasi dengan begitu jijik oleh sesetengah pihak.
Perlaksanaan pemakaian kasut hitam oleh pelajar sekolah merupakan 1 dari 5 perkara BERKAITAN SEKOLAH yang disebut oleh Dr Maszlee Malik dalam satu forum beberapa hari lepas. Dan topik ini disentuh secara ringan dan bukanlah seperti mengumumkan sesuatu yang penting.
Perihal kasut hitam ini adalah rentetan dari pandangan dan rungutan ibu bapa, hasil kajian yang dilakukan Kementerian Pendidikan kepada ibu bapa yang mana hasilnya mendapati ibu bapa (ibu-ibu sebenarnya) cenderung agar anak-anak mereka memakai kasut berwarna hitam ke sekolah. Ia mungkin sekali selepas diperhati dari aspek memudahkan kerja ibu (bapa), serta mengurangkan kos lanjutan (pembelian kapur etc). Kajian ini bukan dilakukan selepas beliau menjadi menteri sebaliknya lebih lama lagi tetapi perlaksaannya hanya berjaya setelah Dr Maszlee menjawat jawatan ini.
Benda yang dilihat kecil ini sebenar perkara besar oleh ramai ibu bapa dan tidak hairanlah ia mendapat respons positif rata-rata nitizen. Tahniah Dr Maszlee kerana mendengar rungutan dan pandangan ibu bapa.
Selain itu ada beberapa hal lagi yang berkaitan sekolah dibangkitkan iaitu perihal memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat. Ini adalah masalah sejak begitu lama sekali namun baru diambil perhatian serius oleh menteri, kita berharap ia juga diselesaikan dalam masa terdekat.
Menteri pendidikan juga merancang untuk mengurangkan tempoh pembelajaran di sekolah dan cuba untuk mempastikan pelajar boleh jejaki kaki ke universiti dalam tempoh yang lebih singat berbanding sedia ada sebagaimana di luar negara.
KKM juga akan mengambil langkah untuk memperkasakan sekolah kerajaan (kebangsaan dan pendidikan khas) akan kembali menjadi pilihan utama ibu bapa untuk hantar anak mereka ke sekolah melalui pembaikan dari perbagai sisi yang menjadikan sekolah kerajaan adalah setanding bahkan lebih baik dari sekolah swasta.
Kerajaan juga berusaha untuk tidak lagi membebankan guru-guru dengan tugas pengkeranian sebaliknya hanya fokus pada tugasan hakiki mereka iaitu untuk mendidik pelajar. Ini juga adalah hasrat yang diperjuangankan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH), yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sejak tahun 2016 lagi. Beliau tekankan keperluan mengembalikan guru-guru ke bilik mengajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran sebenar dan tidak membebankan 500,000 guru dengan tugas pengkeranian.
Nurul Izzah mengambil contoh sesi pengajaran dalam satu minggu hanya 17 jam di Malaysia, manakala Finland 20.6 jam seminggu. Guru di Malaysia juga terpaksa melakukan perancangan mengajar yang memperuntukkan 6 jam seminggu dan menanda buku/ujian yang mengambil masa 7.4 jam.
Dr Maszlee hakikatnya telah meneruskan apa yang diperjuangkan dan dibawa oleh PH sejak sebelum PRU14 lagi.
Masyarakat tidak seharusnya terus percaya dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan yang baru berusia 70 hari demi kelansungan parti politik dan cubaan meraih publisiti murahan oleh individu atau NGO-NGO yang mempunyai dendam peribadi.
Setelah 60 tahun rakyat Malaysia mampu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), adalah wajar sekurangnya memberi satu tempoh yang rasional untuk mana mana kementerian menunjukkan hasil yang baik bukannya dalam tempoh kurang tiga bulan.
Lebih malang apabila usaha usaha murni kementerian digelapkan sebaliknya dibesarkan satu satu perkara yang digambarkan secara salah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers