Tuesday, July 31, 2018

BAGUS BILA PEMIMPIN DAP CEPAT MINTA MAAF, TAPI JANGAN DIULANGI LAGI



Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang di negara ini.

"Saya sepenuhnya memohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik balik ucapan ofensif tersebut," kata M Kula yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia.

Sebelum itu, Adun DAP Bercham, Ong Boon Piow juga memohon maaf atas kritikannya terhadap Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik yang mendesak Perdana Menteri agar mengkaji semula kedudukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sebagai anggota kabinet.

Ong sebelumnya mengkritik Dr. Mazlee yang menyebut tiada peruntukan untuk sekolah menengah persendirian Cina kerana ia bukan bertaraf sekolah kerajaan.

Meskipun sudah  meminta maaf, sikap kedua-dua pemimpin DAP itu jelas telah menimbulkan keresahan ramai kerana tergambar ada sentimen perkauman yang nyata di sebalik kenyataan mereka.

Harus diakui bahawa dalam negara ini, hal-hal yang berkaitan Melayu dan Bumiputera adalah perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Ia tidak harus disentuh dan diusik lagi, terutama oleh pemimpin kaum lain.

Apalagi oleh DAP yang merupakan sebuah parti demokratik dan berbilang bangsa yang selama ini selalu menonjolkan sikap anti kepada perkauman dalam penampilannya.

Dalam kes mengenai keturunan orang Melayu, hakikat sejarah sudah jelas mengenai perkara itu dan membangkitkan sesuatu yang berlawanan daripadanya hanya akan mengundang kontroversi dan permusuhan yang mungkin berpanjangan.

Begitu juga dengan bantuan untuk sekolah, kerajaan selama ini memang meletakkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India sebagai sekolah yang menerima bantuan, tetapi bagi sekolah persendirian, bantuannya sudah tentu mengikut keperluan atau jika ada permintaan.

Ia sama seperti sekolah agama persendirian, sekolah Arab dan sebagainya yang juga ada diberikan bantuan oleh kerajaan berdasarkan keperluan atau permintaan.

Tetapi untuk mana-mana pemimpin mendesak agar bantuan kepada sekolah menengah persendirian Cina adalah sesuatu yang wajib memang agak keterlaluan kerana sekolah persendirian itu sendiri sudah mengenakan bayaran yang agak mahal kepada pelajar-pelajarnya.

Dalam kes melibat M Kula dan Ong, memang baik dan boleh dipuji apabila kedua-dua pemimpin DAP berkenaan cepat-cepat meminta maaf sebelum kontroversi yang timbul bertambah parah.

Namun, yang lebih penting ialah agar mereka dan sesiapa juga, baik daripada DAP atau lain-lain parti, agar tidak lagi semudahnya membangkitkan isu-isu yang bercorak perkauman di masa-masa akan datang.

Biar UMNO atau mereka yang sealiran dengannya saja yang kekal dengan sikap perkauman sempit yang kita sendiri sudah saksikan ianya semakin ditolak oleh rakyat. 

Keputusan PRU14 yang lalu adalah bukti jelas bagaimana rakyat sebenarnya telah menolak politik perkauman yang sempit dan tidak beretika yang selama bertahun-tahun dimainkan dijadikan modal untuk terus berkuasa. 

Rakyat kini mahukan Malaysia Baru yang lebih baik dan lebih harmoni untuk semua orang melalui kerajaan baru Pakatan Harapan.

Untuk itu, sementara PKR, Bersatu dan Amanah boleh bertolak ansur dan tidak memainkan sentimen kaum masing-masing secara keterlaluan demi menjaga keharmonian bersama, DAP juga seharusnya mempunyai sikap yang sama.

Malaysia ini adalah sebuah negara yang unik dengan pelbagai kaum ada di dalamnya, tetapi jangan dilupa mengenai kedudukan Melayu dan Bumiputera yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu.

Semua kaum pada hakikatnya ada hak dan bahagian masing-masing dalam negara ini,mcuma permintaan atau desakan terhadap sesuatu perkara yang melibatkan kaum itu biarlah dilakukan secara beradab dan berhemah serta jangan sesekali menyinggung kedudukan kaum-kaum lain.

Jika Malaysia Baru ini tidak dijaga dengan baik, penantian dan usaha selama 60 tahun untuk melihat tumbangnya UMNO tidak akan bermakna apa-apa lagi buat kita semua. (ShahbudinHusin 30/07/2018)

Ketua pentadbiran UiTM didakwa bawa agenda politik BN


Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya mengambil tindakan ke atas ketua pentadbiran institusi pendidikan berkenaan kerana dikatakan membawa agenda politik Barisan Nasional (BN) sekali gus memburukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Dalam sepucuk surat yang mereka alamatkan kepada Menteri Pendidikan, mereka yang menggelar diri sebagai Warga UiTM Prihatin berkata, setiap tindakan yang dibuat oleh Kerajaan PH dipertikai oleh pegawai-pegawai yang rapat dengan pendaftar melalui mesej tertentu yang dihantar menggunakan platform teknologi alam maya (contohnya isu MARA, UEC, Raja-raja Melayu dan Islam).

Jelas mereka, tidak lama selepas keputusan PRU14 yang membawa kemenangan PH, satu mesyurat khas telah dibuat oleh Pendaftar untuk membincangkan kesan buruk Kerajaan PH terhadap UiTM.
“Kami amat mengalu-alukan kenyataan YB yang meminta pensyarah dan pegawai kanan universiti yang tidak sehaluan dengan kerajaan sekarang untuk meletak jawatan. Bagi kami pembersihan tidak hanya berlaku dalam kalangan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sahaja tetapi ianya perlu melibatkan skim pentadbiran seperti skim Penolong pendaftar di UiTM.
“Walaupun di UiTM kami dipimpin oleh Naib Canselor tetapi dalam banyak perkara ianya dicaturkan oleh Pendaftar dan kroni beliau terdiri daripada Ketua Timbalan Pendaftar.
“Beliau akan mempengaruhi Naib Canselor dan menggunakan mesyuarat-mesyuarat tertentu untuk mengesahkan atau menghalalkan perkara-perkara yang beliau telah rancang seperti pelantikan pangkat, pertukaran staf, pengisian jawatan-jawatan penting seperti pelantikan Dekan yang cenderung menyokong BN,” kata mereka.
Tambah mereka, sebelum PRU14 semua warga UiTM telah dipaksa oleh pengurusan atasan UiTM untuk mengikuti beberapa siri program Qalbu yang dibuat secara besar-besaran dan menyeluruh di mana program ini adalah program seumpama Biro Tata Negara (BTN) dan berselindung dengan objektif untuk memperkasa jati diri Melayu.
Salah seorang penceramah yang mengendalikan bengkel ini adalah Datuk Lokman Nor Adam (kawan Pendaftar). Progam ini pada hakikatnya adalah untuk meminta warga UiTM untuk mengundi BN, menimbulkan perasaan perkauman, menakutkan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan memburukkan kepimpinan PH terutama Tun M, jelas mereka.
“Kami warga yang prihatin ingin menyatakan program Qalbu ini telah menggunakan wang rakyat dan tidak membawa impak kepada universiti sebagai gedung ilmu, malah membawa UITM kearah belakang dan hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.
“Pegawai atasan UiTM ini lebih mementingkan agenda BN daripada agenda Pendidikan yang sepatutnya. Kami khususnya warga bawahan UiTM yakin, agenda perubahan sukar dilaksanakan, jika Pendaftar dan timbalan-timbalan beliau masih lagi diberi kercayaan untuk menerajui UiTM terutamanya untuk melaksanakan janji manifesto.
“Pihak kami memohon YB, untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjadikan UiTM sebagai universiti yang tersohor dan bebas daripada politik,” kata mereka lagi.

Monday, July 30, 2018

SETELAH PAS SOKONG UMNO, KE MANA HALA PENGUNDI BUKAN MELAYU DI SUNGAI KANDIS?




Semalam Najib Razak turun lagi ke Sungai Kandis untuk berkempen bagi calon BN, Lokman Noor Adam dan ini adalah kedatangannya buat kali kedua setakat ini.

Kehadiran Najib turun berkempen ini agak ganjil dan menghairankan, seolah-olah tidak sedar beliau telah ditolak rakyat dan merupakan punca utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Apakah tujuan Najib turun berkempen dan menyibuk lagi di Sungai Kandis?

Bukankah, selepas meletakkan jawatan dan ditolak rakyat dan jadi sejarah ketika ini, Najib sebaiknya berdiam diri saja serta menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya?

Adakah dengan turun berkempen itu Najib serius mahu membantu kemenangan atau  sebenarnya ingin melihat calon BN dapat kekalahan yang lebih besar?

Jika calon BN menang, adakah nantinya Najib akan mendakwa beliau adalah  penyumbang utamanya? 

Kalau kalah BN pula, adakah Najib akan tersenyum akhirnya kerana UMNO dan BN yang dipimpin Zahid Hamidi tidaklah lebih baik dan diterima rakyat selepas ketiadaannya?

Bermakna, dalam apa juga keputusan yang bakal menjelma di Sungai Kandis nanti, Najib sudah sedia dengan perangkapnya yang akan dua-dua mengena.

Sedarkah Zahid Hamidi akan hal ini?

Tidak mustahil, sebelum 4 Ogos nanti, Najib akan turun lagi berkempen di Sungai Kandis, walaupun seperti dalam dua kedatangannya sebelum ini, tiada seorang pun pemimpin UMNO Pusat yang hadir menemaninya.

Dalam waktu yang sama, semakin dekat hari pengundian, muslihat Pas tidak turun bertanding di Sungai Kandis akhirnya terdedah juga apabila parti itu kini secara terbuka menyokong calon BN.

Daripada gegak gempita sejak penubuhannya mahu menjadi lawan UMNO, Pas kini secara automatik adalah kawan kepada UMNO. Daripada mahu menjadi pengganti kepada UMNO, Pas kini juga adalah teman sejati UMNO.

Amat malang sebenarnya kerana perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pas ini berlaku ketika UMNO sudah pun hilang kuasa dan digelar parti penyamun oleh kebanyakan rakyat negara ini.

Bukankah jika tidak sibuk nak jadi "king maker" dan sedia bergabung dengan UMNO sebelum PRU14 dulu, Pas hari ini sudah pun jadi sebahagian daripada kerajaan?

Apakah dengan sokongan terbuka Pas ini, ahli dan penyokong akar umbinya yang selama berpuluh tahun ditarbiah dan ditanam dengan kepercayaan bahawa UMNO adalah parti taghut, assabiyah dan kafir akan sedia memberikan undi kepada BN?

Atau lebih ramai yang akan memboikot dan tidak keluar mengundi?

Apalah  gandingan UMNO dan Pas yang begitu diagungkan di Sungai Kandis ketika ini, bermakna BN tidak lagi memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu yang merangkumi 12 peratus Cina dan 16 peratus India?

Bolehkah BN menang dengan sokongan Pas semata-mata dan tanpa undi bukan Melayu? (ShahbudinHusin 29/07/2018)

Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah

Oleh: Al Husseyn

KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan bantuan. 

 Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi berkata, setakat ini pihaknya tidak mengetahui masalah kewangan pusat terbabit yang memaksa pengasas dan pengetuanya, Datuk Kazim Elias mahu menjual Unit Tahfiz di sekolah itu.


Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.





Mangkaq blogspot


Membaca ngomelan Nik Amar, si Lebai yang tidak tahu dan jahil mengenai 'money matters' ternampaklah kebangangan yang teramat bro! Lalu semaraklah Lebai memuji DAP yang dulunya bagai nak rak punya benci dan berkempen tolak parti Cina tu. 

Hadi gesa tolak DAP kerana tidak bersih, bukan Muslim sini | Sekarang angin Lebai nie dah berpusing pusau macam 'hurricane' beb ! Tiba2 DAP dah jadi 'baik' di mata lebai? Lihat Video ni bro !  | Bila Najib serta Umno dan BN dah kena 'screw' dalam PRU14. Tidak ada lagi kelibat Lebai-Lebai PA$ dari Presiden, timbalannya serta lebai2 yg mengampu UmnoBN termasuklah lebai2 'Pasu Bunga'. Entah ke mana mereka membawa diri? 

Di PRK Sg. Kandis pun Pas dan lebai serta walauns terus berikan Umno bernafas dengan terusmenyokong UmnoLebai tidak letak calon pun. Takut spring sekali lagi. Nak selamat terus jadi khadam Umno abadi. Itu yang afdhal bagi Lebai. KAHKAHKAH

Memang satu kesilapan besar manusia ini diberi jawatan naib presiden ulamak..Kerana DS Anwar Ibrahim yg beri nama maka Yusof AlQadharawi menerimanya..ketidak dia bukan sesiapapun...
Layak takat masjid rusila jer. 

SATU LWN SATU Kata lebai! KAHKAHKAH
Ini bukan apa sdr ! Hotak Lebai dah tersumbat ketat. KahKahKah
Manifesto Kelantan dan Terengganu dah brapa persen pak lebai tunaikan? Jangan pandai sembang saja lebai,ukur baju di badan sendiri dulu. Lebai dah TEPATI JANJI ke?
Akhirnya !
Episod ini mengambil tempat !!
Episod jilat serta u-turn Hadi pada DAP..
Ni larr org jenis tak malu sanggup u-turn.

Puak mcm ni yang harus di jauhi....sana berkuasa, puak ni himpit. Sini berkuasa, puak ni himpit. Jadi tahu la kita perangai apa puak2 kahak hijau ni kan? Lebai senang UMNO pun dijulang. Umno susah; Lebai jauh di mana entah? Lebai terlupa kaharq yang diluah dijilat kembali. Umno menanah; Lebai pun punah.

Sebelum PRU14 benci benar Lebai kat PH terutama Amanah dan DAP, jenis muka tak tau malu.Lebai apa ni kena kutuk dek majoriti rakyat Malaysia. Adakah Dedak sudah mau khalas? KahKahKah
Dahagakan kasih sayang dedak yang berkurangan akan menempek sesiapa shaja yang sanggup membelanya. Demi menjaga tembolok nya. Itulah Lebai yang penuh serabai.

Ternyata kenyataan hadi ini benar. Ramai pemimpin2 UMNO dan PAS sedang berhadapan bahaya yang amat memalukan negara, bahkan negara juga sedang berada dlm bahaya kedudukan kewangan yg meruncing.

Ini semua diketahui setelah terbongkarnya berbagai2 skandal yg tersembunyi. Hadi tau dia juga berada diambang bahaya itu. itu sebab cepat2 lebai bawa rombongan jumpa Tun Mahathir. Mana tau boleh pujuk2 akibat terlebih merajuk dulu. Jilat pun jilatlah ! Apa susahnya? KAHKAHKAH.


Perrgghhh dia punya jilat.
U-turn 360° beb ! 


Orang KALAH biasanya akan merendah diri semula melutut serta mengubah skrip lama semula. Yang terlepas cakap dulu tu, yang kata bukan2 dulu tu tetap ditulis oleh Kiraman dan Katibin. Tetapi itu semua tidak jadi soal buat Lebai. Boleh bertaubat? Tun berjiwa besar walaupun beliau ingin ziarah makam Nik Aziz. tetapi Pas menghalangnya. Pintu pagar kawasan perkuburan dikunci. Masa tu otak Lebai tersumbat dengan api dendam dan kesumat terhadap Tun dan belum lagi Tun berkuasa di Putrajaya. Sekarang, jilat ludah balik, terpaksa telan laa juga. Melutut pun melututlah. Nak buat macam mana? Otak lebai dah tersumbat.. Hahahaha.

Kapiarq Harbi sudah dipuji. Dalam hati tetap dibenci. Maruah diri tolak ke tepi. Fulus dan pitih yang Lebai cari. Balasungkawa untuk Lebai sebegini. Sekepiang habuk tak boleh percaya lagi. Ludah dan Kaharq dijilat kembali. Sekelumit MALU tidak berdiri. Di sisi Lebai 'parti suci'. Lebai begini patut dikembiri, konon dulu kuat bersendiri. Cakap bohong menjadi-jadi. Brake lebai ditarik kembali. Sekejap saja Lebai nan mengerti. Bila 'sponsor' dedak dah kian ke tepi. 

| Kalo begini gaya dan 'pattern' Lebai? Memang patut pun orang cerdik seperti Pimpinan PH tidak hirau dan percayakan lagi gelagat Lebai yang kalut sendiri. KAHKAHKAH
Dulu ego sangat..Kini rela menjilat..Apakah ada muslihat..Tkut kena sumbat..Akibat DEDAK dicandat..LOBAI sudah terjerat.KAH KAH KAH  

Konon LOBAI tak KEBULORQ..
Pakman ketawa ayarq liorq TERSEMBORQ.


Mengapa LOBAI dok meroyan MENGELUPORQ..
Umpama selak jubah nampak JUBORQ.


Hakikatnya LOBAI dah jeles TERLIORQ..
Melihat Jawatan menteri JEBON LAYORQ.


Sedangkan LOBAI cuma dapat TELORQ..
Ditolak rakyat jatuh TERSUNGKORQ.


King Maker yang LOBAI ATORQ..
Dah jadi seghopa ayam berak KAPORQ..


Kini parti LOBAI pun dah jadi BUBORQ.
Cepat2 tempah liang KUBORQ.


KAH KAH KAH 
Kata Seloka Disunting dari Fb Azman Yusoff
 
TAHAP PEMIKIRAN PIMPINAN PAS

Untuk pengetahuan tiada statement pernah yang dikeluarkan kjaan PH utk minta derma. Tapi ada cadangan dari rakyat yg mahu menderma. Di Negara UK perkara ini sudah dilakukan pada tahun 1928... Sekirannya tak nak derma tak perlu keluarkan statement yang nampak kurang cerdik. Terpulang sesiapa rakyat Malaysia ikhlas untuk menderma. Ada perbezaan Tin Milo dan Akaun Bank!! | P/S : Apalah salah orang ingin membuat pahala ? Bukankan apabila meninggal kelak kita akan meninggalkan 3 perkara yang merupakan saham pahala kepada kita dalam kubur kemudian hari. Dan antara salah satu ini adalah perkara seperti ini. 
| Jahil lebai pasu bunga yang rajin main selfie masa perbahasan di P'limen dulu tak dapat bezakan kehendak rakyatsendiri , akaun bank dan 'Tin Milo PA$'. Tin milo PA$ tak pernak diaudit? Tabung Harapan punya identiti dan terkawal. Lebai sama saja, membenci kecepatan negara untuk selesai hutang bikinan Umno BN yg jadi idola Lebai sebelum Najib tersungkur. Hutang Harakah pun Lebai belum lunaskan lagi, ada hati pertikai kesungguhan rakyat mahukan negara tercinta bebas dari tanggunggan hutang yang BN cipta dan Lebai ada 'sahamnya' di situ juga? Sebab itu Si Lebai Nik Amar bermadah bahawa Pas tidak kesah kalah di pusat sebab hutang banyak. | Memang Lebai PA$ ini otak tersumbat. Hanya bila Kerajaan PH bercadang meluluskan bayaran royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu, cepat pula Lebai terhegeh2 berjupa Tun? Agaknya minta 'up' sikit kut persennya tu?? kAHkAHKAH

Lebai ni dah lama otak tersumbat bro ! Kerajaan kelantan tak tahu nak cari hasil negeri macam mana sebab tu tak ada duit!!! Itu la orang nak Husam Musa dia tak mahu. Otak sudah semput sebab tu bercakap ikut otak dia sahaja. Bangsat sungguh lebai politik ni. KAHKAHKAH 

 UMNO TAK SEBANGANG LEBAI
Geng Umno marahkan Lebai mulut banyak tu. Mana puak Umno tak bara dengan Lebai PA$ OTAK TERSUMBAT TU. Lebai tak sedar siapa kuat? PA$ ada 18 jer kerusi Parlimen. UMNO pula ada 54 kerusi, 3 kali ganda dari PA$. Otak Lebai Neymar nie makin tersumbat beb ! KAHKAHKAH


Carta Syok Sendiri Lebai.

Lihatlah perkiraan Lebai2 PAS yg melucukan ini. Keangkuhan mereka yg menganggap PAS itu Islam dan Allah memihak kpd mereka sentiasa mengutuk/mengecam PH ketika itu.
Lebai tahyul mengharapkan MALAIKAT mengundi untuk PAS. 


Namun mereka lupa  akibat mempertahankan kebatilan dan kemungkaran. Dengan riak mereka menggambarkan kemenangan besar seolah olah BN pun terpaksa tunduk pada PAS. PH dianggap sampah oleh mereka. Kesombongan mereka menyebabkan
kekalahan besar mereka tidak pernah mereka duga sama sekali.


Keputusan PRU14 menyebab lebai2 PAS hampir hilang pedoman. Mereka hanya ada satu pilihan, iaitu tunduk menyembah PH demi keselamatan mereka dan parti PAS. UMNO tidak lagi menjadi pautan utama lebai2 PAS kerana nasib UMNO/BN dan pemimpin2 parti itu saperti telur dihujung tanduk. Liur dan kaharq ijau Lebai sanggup jilat kembali kerana otak Lebai dan walauns semua sudah tersumbat. Dah Tak Tahu nak bawa diri. Biarqlah mereka syok sendiri.


AGAH, SOMBONG MASIH PAKAIAN LEBAI.
Sekarang Lebai dayung sampan mendekati Pelabuhan HARAPAN. Kerana Lebai sudah tertekan. Lebai sudah dikalahkan. Lebai ingat dia juara bertahan. Ropanya Lebai makin penasaran. Impian Lebai hancur barantakan. Mat Sabu tinggi menyapu awan. Lebai masih membeku di daratan. Nak jadi Ketua PH lagu tu jawabnya Perasan? 

Bila PH sudah ke depan. Lebai pun jadi separuh tak ketahuan. Apa nak jadi Lebai demikian. Mulut celupar tiada sempadan. Jilat kembali ludah dan kaharq pun ditelan..HAHAHA

Yang lebai tak suka tu kita akan lantik..sebab kita boleh tengok lebai2 ni meroyan sambil kita makan biskut raya hehe..Khalid Samad 10 kali lebih layak dari Lebai. Itu pasal sekarang dia jadi menteri. Menteri Wilayah. Lebai lagi tertekan dengan Mujahid yang telah pun dinobat sebagai Menteri (Agama). Dulu halau sangat puak2 ni, sekarang takkan nak menjilat balik kaharq ijau tu? KahKahKah.

BYE BYE PaS!!!...sila berambus!! kami tidak terima parti pengkhianat penungang agama. Parti Besar kepala kecik akai, otak tersumbat.Itu pun Lebai terhegeh2 lagi. Lebai Tiada kewibawaan langsung untuk kerjasama. PA$ kuat kan? Lebai selalu cakap PA$ kuat bersendirian [Baca Sini? Bila otak tersumbat,. Lebai nak U- Turn cari tukun baru. Jilat kaharq balik beb ! KahKahKah


CARA LEBAI PAS MEMIKIR HANYA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI !! 

Dalam Lebai kata tak kesah kalah di Pusat, Lebai bersama Tok Sidang Pas terhegeh2 pi mengadap Tun juga. Buat apa pi mangadap? Carilah pitih sendiri? Jilat jangan tak jilat...Hahaha.

Hutang yang banyak disebabkan cara pemimpin terdahulu yang mentadbir secara boros. Maka untuk melunaskan hutang seperti 1MDB rakyat ditekan melalui cukai progresif anggaran sekitar setahun RM42 billion yang hanya membayar kadar faedah. Bukan ke? dalam Islam menukar pemimpin yang dianggap zalim itu amat diwajibkan ? 

Pas sekadar berjuang hanya untuk Parti dan bukan untuk rakyat.  Pas sebagai parti lebai cetek dangkal akai ni sanggup bertanding lebih dari 150 p'limen hanya mengharapkan kekalahan, sudah2lah cerita mengarut selepas pilihanraya.Hotak Lebai dah tersubat tu.


Hari tu kata 25 jam dibuka untuk SPRM masuk siasat jika ada sebarang bukti penyelewengan dalam mana mana pejabat pentadbiran kerajaan negeri.. [Baca INI] Sembang Lebai, air sungai pun boleh kering beb! KahKahKah

Awat Lani SPRM tak perlu siasat AKSB pulak dah. 😆 Ada 'rahsia' apa di sebalik serban Lebai ni ? Berita penuhnya Di Sini. Sekarang otak lebai makin tersumbat. 

INILAH SUSUK
YG SELAMATKAN
MALAYSIA WAHAI LEBAI !


|| Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion. Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut. Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialog utara, LGE tak berani menjawab..Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup, Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak? LGE dalam proses Tun.
Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu. Errr...pasal Tol tu Tun? Takpa tu nanti saya panggil konsesi tengok macam mana kita forfeited kos depa..


Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.
(Mahathir The Legend) atau di sini .

 MASIH INGAT PIC INI?
Sekarang kita sedar bahawa Tun Mahathir itu sangat baik orangnya. Syukur kepada Allah, kita diberi peluang untuk menyaksikan kebenaran ini..Terbalik dengan Hadi Awang..Dulu kita ingat dia lah ulamak yang paling hebat tiada tolok-bandingnya...Sekarang baru kita sedar bahawa Hadi adalah ulamak jahat yang tak berguna kepada umat walau sekepeng pun...bahkan dia lah yang menyesatkan ramai orang Melayu..." (Awang).

PAS nak bersatu atau kata nak bersatu, bersatulah dengan mana2 parti pun. Asal JANGAN dengan Pakatan Harapan...sebab PH ada DAP - sebab PAS pernah kata *haram* bersekongkol dengan DAP.. sebab walaun masih 'attack' PH. Tapi tak pula haram dengan MCA atau MIC..Menjilat kaharq sendiri lebih afdhal buat Lebai? Bukan begitu Ji? Bila otak dah tersumbat inilah jadinya? Awat hangpa ingat Lebai jiwa tak kaco ke? Kita pun ABAH juga [Asal Bukan Abdul Hadi]. KAHKAHKAH 


Sejak kalah besar, lebai dan PAS terus jadi Matang? Sejahtera pula tu? Apa yang matangnya, sejahteranya Lebai? KAHKAHKAH.

Adehhhh selagi boleh jilat dia jilat PH sampai licin. Memang hotak' Lebai tersumbat betul larr. Selamba je lebai kelarah ni ingin sangat nak menempel PH..Macam ni ke yang duk jaja matang tu bila puak Lebai PAS resah nasib Islam selepas bukan Islam terajui sistem kehakiman. Apa yang nak resah? Ada calon Lebai yang berwibawa nak calon Ketua Hakim Negara ke? Cuba baca wajaran yangdiketengahkan oleh Timbalan Menteri Undang2. 

Lebai yang tak matang, Jangan asyik jaja matang matang matang sampai tak tahu apa yang dijaja tu. Kami dari PH cukup matang dan insyaAllah bakal sejahtera tanpa PAS. Masa dulu sombong, Tun M datang jumpa Hadi ajak sama2 lawan Najib n the gang, tak mahu. Siap hina lagi Tun M. Matang ke begitu? Sekarang Majlis Presiden PH telah menolak kerjasama dengan PAS dan Lebai. Baru padan muka dengan lebai. Khalas.

Kesudahannya Pa$ yg terhegeh2 nak "MELUTUT" Malu larr ! Malu. Kalau tahu malu, tentu lebai tidak akan besekongkol dengan penyangak penyamun dan pengkhianat .

Dia fikir orang tertarik dgn istilah istilah arab Lebai tu? Dulu Taawun. La nie tambah sikit Taawun Siyasi? Wekkk ! Lagi meluat dengan istilah2 macam tu.. peggi lahh. Taawun dengan 'penyamun' sudahlah bro ! 

Jangan duk bawa istilah karut Lebai tu dalam PH. Lebai pelupa ke, penipu muka tak tau malu? Kan ada Amanah, DAP, yg Lebai benci, kutuk mcm² sebelum ni, teringin pula nak duduk dlm kerajaan PH sekarang ni? Nak jadi Rakan dailog? Suruh Lebai pi tidorq..Lebai bukan ada idea.. tidak kalo, Najib tak lingkup laa. Apa boleh buat segalanya kerana Hadi. Lebai bila otak tersumbat inilah jadinya, merapu bana tak sudah-sudah. KahKahKah 


BUSUK MEMPEDAL
Bas ekspres Pa$ dan Lebailah yang tidak sempat sampai ke destinasi,kerana terjunam masuk gaung.Malah ramai dari kamu yg cedera parah menunggu masa untuk di talkinkan.

Bas ekspres yg kami naiki ALHAMDULILLAH telah SELAMAT sampai ke destinasi yg dituju. Mcm2 la ko ni Hadi. Bas ekspres pulak dah.Dah habis haiwan.. Kenderaan pulak ko sebut. Apa yg keluar darli mulut dia ni memang tersumbat belaka.
Mulut longkang, busuk hati.Otak kalo dah tersumbat? Lebai pun makin kamjat. Kahkahkah

Mana pergi suara yang membela Najib sebelum ni ?
Ke dah tersumbat mulut tu nak beri sebarang komen pasal Najib.
Ini semua jenis manusia cakap tak serupa bikin. Semua dah kecut. Lepas ni satu satu akan dibongkarkan. Lebai pun risau mikir akaun SRC yang berhantu tu..tunggu masa menjengah depan muka saja.

 

Agaknya lepas ni giliran lebai2 Pa$ pulak larr.. Itu yang Lebai semua menceceh tak habis2 tu. Otak dah tersumbat beb ! Hehehe

Kena tang orang.. kata balas dendam
Tang dia buat kat Husam macam2 dalil lebai karang bagi'
Mengapa mcm mengelabah jer bunyi nye. Awal2 PM dah bagitau mengikut landasan undang2 bukan ikut mimpi ya pak lobai ! Dendam tu kan sikap lebai ni? Sebab tu dia tak nak orang tiru ... macam la orang lain tak tahu kelaku dia.


Dalam kitab mana ada sebut, menghukum orang yang bersalah tu bermakna membalas dendam?

Astaghafirullah. Ngapa kata "dendam, balas dendam"? Macam dah  biasa sangat bermain di bibir Lebai celupar ni sejak PH megang kuasa? Apakah tiada kata lain mampu didendangkan kepimpinan  PAS. Lazimnya dia pernah buat begitu. Itu sebab mudah menuduh Kerajaan PH pun demikian?

Kenapa parti tok lebai masih tak puas hati dengan PH?, teringin nak join? KahkahKah

Bukan balas dendam wahai Lebai !, Lebai jangan jadi bodoh, ini adalah undang undang yang patut dipatuhi,Tun seorang mengikut rule of law. PM dah beritahu bukan membalas dendam, tetapi tindakan haruslah diambil mengikut lunas undang2.

Dah Takut
Parti lebai tidak boleh terima kenyataan...PH yang usia muda dah boleh "tawan" M'sia...parti lebai usia lebih 60thn..dok block pembangkang lagi...sombong bodoh memag elok la tu...
Apabila hati telah Kotor...tidak nampak lagi molek orang lain.


Bukan setakat Hj Husam. Habis semua kawan kawan dia dalam kerajaan, panel lawyer dll kenaterminate. Yang kena gugur calon pun ada. Hati busuk..mulut busuk..busuk punyer orang. PH hanya berdendam kpd sesiapa yang rasuah Mengapa mcm mengelabah jer bunyi nye Lebai celupar nih?.

Awal2 PM dah bagitau mengikut landasan undang2 bukan ikut mimpi ya pak lobai ! Balas dendam tu kan sikap Lebai?, sebab tu ja dia tak nak orang tiru ...macam la orang lain tak tahu. Hahaha  

KING JOKER.
Kami lagi tak menyesal lu jadi BARUA Umno yang bakal diharamkan. | Walaupun dapat wahyu dalam mimpi, undi dari malaikat, failproof plan dari profesor2.Tak juga menjadi? Bila terasa Pas & Grup Lebai tersisih? Rawat pi laa hati yang remuk redam tu ! Orang tahu ler yang lebai cukup menyesal. Tapi sombong punya pasai. gagah pi la habarq dan royat kata tak menyesal. kalo tidak kenapa belum ayam betina bertelur, Lebai dah sampai ke Pejabat Tun M. Buat apa 'mengadap'? nak cari apa? cari simpati? Sekarang kan otak Lebai makin tersumbat? Kah kah kah .



Kahak Ijau yang ditelan tu tak geli ke Lebai? | Tiba2 nak berdamai larr pulak..Ini semua akal nak bodek menteri kewangan je. KahKah Kah demi kebaikan? Kebaikan apa Lebai? Kebaikan buat Lebai kot? Bila lebai jadi baik nih? KAHKAHKAH.


TIBA-TIBA LEBAI SUKA
DAP. OFFER DIRI YOU !
'Fulus' punya pasal. Lebai sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa menipu.Sejak bila Lebai tahu memuji DAP ini? Oho sejak LGE bergelar Menteri Kewangan? Dulu 'Harbi' sekarang 'Zimmi' pulak agaknya? Lebai bimbang takut Kelantan & Ganu tersisih dari arus pembangunan pusat ke? Itu pasal cepat2 memuji DAP yang suatu ketika dulu puak Lebai tak boleh dengar langsung nama DAP ini? Memang lebai pakar u-turn beb ! No hal kalo puak ni boleh JILAT kembali kaharq ijau mereka. KahkahKah

OLE2 DARI KUMPULAN JEBON.
Mat Sabu sekarang Menteri Pertahanan. Lebai dan PAS menggelar kumpulan Amanah ini sebagai JEBON ! Mat sabu sebagai bapak jebonnya? Dan sekarang bapak jebon ini telah 'menggigit' 'ular lebai2 Pas'. Mat Sabu telah betul2 terbang dengan segala macam pesawat canggih termasuk jet tempur Sukhoi berlajuan 2800km sejam dalam misi tugasnya. 

Lebai dan walauns PAS pula mengusung saja ler jet tempur tu. Naik pi laa heli kaku sambil melambai tangan. Tu yang Tok Sidang melenggung tu? Bila laa aku boleh jadi 'jebon' macam mat sabu tu? Kasiann lebai otak makin tersumbat,. KAHKAHKAH
Pilihanraya yang lepas membuktikan PAS telah bersiap sedia menjadi Menteri Pertahanan?. Namun apa kan daya rakyat pilih “jebon”.
Hahhaaa  jebon juga yang terpilih. kempunan la pemimpin2 Pas.. He he he , yang Palsu dan yang betul , nilai sendiri lah.
"Kami berpuas hati dengan perjelasan Arul Kandar" | orang bodoh je memilih lebai lobai tu .makan gaji elaun buta buta. bukan kenal haram halal mungkin halam?. Itu pasal dah berjuang 60 tahun pun, Pas dan lebai masih tak berubah, malah makin parah. rakyat sudah tidak lagi percayakan lebai dan Pas. KahKahkah


Bila tak cerdik ! jadi Lebai malanglah. Hidup2 kena kelentong. Jadi pasu pun pasulah ! | Lebai ! unit dana 1MDB bernilai RM9.8b adalah penipuan'.. Hang tahu ke tidak ni ? KahKahKah

Itulah otak lebai..Takde yang boleh dipakai cuma walaun saja yang jilat sampai ke tulang. Perasan cerdik pada hal jelas kena kencing dengan arul kanda..Tu pasal kena pilih pemimpin yg bijak. Lebai tu bukan tahu sangat ekonomi perompak. KAHKAHKAH

Memang tepat sekali. Kata2 lebai balik ke muka mereka puak2 PAS ni. Jilat kaharq sendiri. Puak lebai sekarang ini dah jadi seumpama kera dan monyet ke? Depa yang kata beb ! Bukan kita yang kata !! Memang itulah.


Akhirkalam
TUN MAHATHIR YANG BERJIWA BESAR.....

Sebelum pilihanraya, jika kita imbas kembali, macam-macam yang diperkatakan oleh Pas dan Hadi Awang terhadap Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir tidak saja dikata sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri, dinasihat lebih baik hanya bermain-main dengan cucu di rumah dan disarankan melebihkan masa berada di atas sejadah, malah di satu peringkat, Hadi Awang mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan itu lebih layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja.

*** Hadi ni tak malukah? Maruah dah lempaq kat longkang ke? Apa jenis Lebai yg tak lekang jubah n segheban bila lidah mcm berkalang bercabang begitu?
Lihatlah bagaimana Lebai sudah melupakan Najib yang pernah dipeluk erat dan memuji muja Najib dahulunya. Bila najib hilang kuasa. Lebai sudah hilang tempat berpaut? lalu Lebai pun menyongsong arus deras untuk 'melutut' kembali pada PH yg pernah dicerca dimaki disumpit dahulunya. Itulah Lebai dalam episod menjilat ludah dan kaharq ijau kembali. Otak lebai sudah tersumbat. 


***** Moral lima bintangnya adalah Tun Mahathir sendiri. Sekarang akhlak dan keperibadian Tun lebih mulia berkali2 ganda berbanding Lebai tua itu yang sudah merosot dan muflis kepribadiannya.  

Akhir Kalam

Blog Archive

My Blog List

Followers