Saturday, May 12, 2018

PH TEMERLOH RAIKAN PETUGAS DAN PENYOKONG




TEMERLOH- 12 Mei - Ahli Parlimen Temerloh meraikan petugas dan juga penyokong parti  petang ini hingga ke malam.Majlis yang bermula dari jam 6 petang tadi berlanjutan hingga jam 9 malam  ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan petugas dan penyokong yang telah memilih PH sebagai parti pilihan dan memenangi Parlimen Temerloh.

Majlis yang dihadiri hampir 200 orang terdiri dari pelbagai bangsa itu menyediakan makan kuih muih dan nasi untuk dinikmati para tetamu yang hadir.




En Osman dari Taman Bukit Cermin melunaskan niat beliau untuk mencukur rambut kerana PH memenangi  kerusi Parlimen Temerloh.

 En. Hasbullah juga turut membayar niat beliau kerana PH telah berjaya menawan kerusi Parlimen Temerloh

Mantan YB 2 Penggal Syed Hamid turut Hadir menyampaikan ucapan tahniah kepada Hj Annuar Tahir
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers