PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN TEKAL PAHANG MENGANCAM PENDUDUK DAN HIDUPAN LIAR







ULU TEMBELING , PAHANG- pembalakan tanpa mengikut garis panduan Jabatan Perhutan sememangnya banyak berlaku di Pahang Khususnya. Baru baru ini beberapa kupulan Ngo telah melakukan lawatan di kawasan Kompartmen 24, 28 & 29  Tembeling Tambahan, iaitu kawasan pembalakan di kawasan Taman Negara Pahang.




Image may contain: outdoor

Kawasan kawasan pembalakkan ini telah memberi kesan terhadap penempatan beberapa kampung yang terletak di kawasan Ulu Tembeling meliputi kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi , Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal dan juga kampung Gusai.Selain beberapa penempatan orang asal iatu di persekitaran kampung Kuching.
Image may contain: outdoor and nature







Pembalakan yang aktif ini menjejaskan kualiti alam sekitar terutamannya kawasan tadahan air bagi kegunaan penduduk setempat dan juga kehidupan liar dan ikan ikan sungai yang menjadi mata pencarian penduduk setempat.




Image may contain: tree and outdoor




Akibat dari pembalakan hutan simpan ini , ianya bukan sahaja mengancam hidupan liar malahan menjejaskan Sungai  Puput hingga Betong yang merupakan sumber air penduduk Kg. Pagi, Kuala Tahan dan kawasan perkampungan  lain juga.



Kerajaan negeri juga berkemungkinan akan mengalami kerugian yang besar keatas aktiviti pelancongan kerana wujudnya Hutan DARA , Gunung Dulang dan lata Layang Layang yang merupakan asset Eko-Pelancongan dan memberikan bukan sahaja peluang pekerjaaan kepada pendududk setempat dan negeri berdekatan, namun ianya akan menjadikan pelancongan meningkat, namun keadaan ini sudah tentulah bukan sahaja membantutkan aktiviti pelancongan, malahan air sungai menjadi  keruh dan kemerah merahan dan menyukarkan pembiakan spesis ikan yang bernilai tinggi  dan menjejaskan kehidupan penduduk setempat.






No comments: