Saturday, April 7, 2018

Kerajaan HARAPAN akan bersihkan Malaysia dalam 100 hari



Tempoh 100 hari pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menyaksikan perubahan dasar-dasar penting yang mengutamakan kedudukan ekonomi rakyat dan reformasi institusi serta dasar-dasar kerajaan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tempoh itu merupakan masa ‘pembersihan’ negara daripada sebarang kekotoran pentadbiran regim terdahulu.
“Pemerintahan UMNO selama 60 tahun telah menyebabkan penyingkiran institusi yang bebas dan runtuhnya prinsip semak – imbang sebuah sistem demokrasi.
“Agenda awal yang menjadi keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya adalah mereformasi institusi-institusi nasional bagi menyelesaikan skandal-skandal besar sama ada 1MDB, FELDA, MARA atau Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, tonggak pentadbiran yang bersih seperti pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman telah digantikan dengan pemusatan kuasa yang melampau oleh Perdana Menteri.
Sehubungan itu, kaedah terbaik mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan adalah dengan membuka laluan kepada kebebasan sivil yang sememangnya mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Peguam Negara yang baru akan diberi tanggungjawab untuk menyemak semula atau memansuhkan mana-mana undang-undang yang telah mengekang rakyat daripada menikmati hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
10 Rang undang-undang yang akan disemak semula atau dimansuhkan ialah:
1)      Akta Perhimpunan Aman, 2012
2)      Akta Komunikasi & Multimedia, 1998
3)      Akta Kesatuan Sekerja, 1959
4)      Akta Imigresen
5)      Akta Pertubuhan, 1966
6)      Akta Polis, 1967
7)      Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971
8)      Akta Rahsia Rasmi, 1972
9)      Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984
10)   Akta Antiberita Tidak Benar, 2018 – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers