Wednesday, April 11, 2018

Jangan risau, 10 dan 11 Mei cuti umum apabila HARAPAN menang


Orang ramai diminta bertenang berhadapan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi.
“Kerana keputusan SPR menetapkan 9 Mei Rabu, hari bekerja, maka andainya PH menang, maka ‘Kerajaan PH’ akan mengisytirharkan 10 & 11 Mei 2018 sebagai Cuti Umum bagi menggalakkan dan meyakinkan Rakyat/Pengundi untuk Pulang Mengundi dan seterusnya Menyambut Kemenangan Rakyat.”
Demikian perkongsian Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad yang tampil ke laman sosial Twitter untuk memujuk kemarahan rakyat Malaysia.
Media sosial meletup tengah hari tadi berikutan pengumuman SPR yang menetapkan hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14 pada pertengahan minggu, selepas penamaan calon pada 28 April.
Keputusan tersebut dilihat bakal menyusahkan orang ramai yang perlu mengatur perjalanan untuk pulang mengundi, terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung.
Mengulas keputusan tersebut, mantan pengarah badan pemikir IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata adalah penting untuk HARAPAN memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi.
“Jangan biarkan Najib mencuri,” ujarnya di laman sosial Twitter.
“Pemilihan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi adalah satu lagi helah Najib dan UMNO untuk mencuri #PRU14. Ia jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja.
“Sudah pasti ramai yang tidak dapat mengundi, terutama mereka yang menetap atau bekerja jauh daripada tempat mengundi.
“UMNO mahu peratusan keluar mengundi rendah kerana mereka tahu bilangan rakyat yang tidak menyokong mereka adalah ramai. Jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi, kemungkinan untuk Najib berpindah keluar dari Putrajaya juga adalah tinggi,” tegasnya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bagaimanapun enggan memberi rasional kepada keputusan tersebut, yang mengehadkan tempoh kempen setakat 11 hari sahaja.
Mohd Hashim dilaporkan tergesa-gesa melarikan diri dari sidang media SPR, mengelak soalan wartawan
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers